April 20, 2012

Puff berinti ayam dan kentang

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah dengan segala rahmat dan kurniaan Allah...kurniaan rezeki, umur dan semestinya kesihatan yang baik untuk terus menambahkan amalan disamping keluar bekerja mencari rezeki sambil beribadat kepadaMu...syukur ya Allah... Namun pada insan2 yang kurang ceria hari ini kerana masalah kesihatan dsb...bersabarlah...buat anak buahku, Amin semoga cepat sembuh. Ibu doakan semoga Amin akan kembali senyum dan ceria seperti selalu. InsyaAllah...
Lama jugak rupanya blog aku ni tak berasap...termasuk la dapurku sekali agaknya...hehehe...ni kes kalau dah berdua jer kat rumah so mood nak memasak pun jatuh merundum. Tak berbaloi untuk dua mulut makan nak spend masa berhargaku kat dapur...hahahha....boleh?
Ni masak malam tadi untuk dinner. Kitaorang makan ringan-ringan jer....lately ni konon nak diet la kot....tapi tengok la sampai takat mana...harap2 istiqomah. Niat untuk jaga kesihatan, bukan untuk kurus, slim melim....kalau kurus pun ok gak...satu bonus la tu....yang si abang pun sama, balik dari Redang dia kata dia makan banyak giler....buffet jer manjang so dah boroi perut dia....katanya.....so nak ikut diet la kunun-kunun...;) Aku pun tak tahu nak panggil ape makanan ni. Pastry tu biasa la...pastry ready made jer...pastu inti tu buat sendiri la...buat cam inti karipap la lebih kurang. kentang potong dadu, ayam potong kecik2... bwng merah, putih mayang... serbuk kari daging sikit.. cili blender sikit untuk pedas... tumis bawang merah, putih, masukkan serbuk kari... pastu masukkan ayam dan kentang, masak sampai kering... garam, gula dan serbuk perasa jangan lupa lak... So hasilnya seperti di atas. Alhamdulillah....sedappp sangat...

April 10, 2012

Mushroom soup and garlic bread

Assalamualaikum.... Salam pagi penuh berkat dan rahmat daripada Allah. Dah sarapan? Saya dah, alhamdulillah kenyang...makan lebihan mushroom soup dan garlic bread di atas tu. Maafkan saya (dah jadi cam zizan plak), itu jer la yang kadang2 'siibu bekerja' masakkan untuk dinner anak2... Alhamdulillah, anak2 pulak tak cerewet, lagipun memang soup dan garlic bread ni feveret diorang so ibu mane yang tak suka. Senang dan cepat disedia. Roti tu masukkan dalam oven selama 10 min, sup plak masak jer sampai mendidih. Taraaa...dah boleh makan. Soup campbells tu memang tak asing lagi la...mesti semua orang suka kan? Jauh benar sedapnya daripada sup kat pizza hut tu....cayorr bebeno, rasa pun udoh seghuper ayor paip. Hehehe... Garlic bread original tu keluaran sunshine. Sedappp sangat...tak payah buang masa uli2 tepung, tebar2 tepung...masuk lam oven, sepuluh minit sahaja, wangi bau garlic seantero ruang dapur...so hidangan dinner telah tersedia....Jemput makan... *nasib baik ada lebih boleh buat sarapan lagi*

Blueberry Cheese Cake

Assalamualaikum... Blueberry cheese cake lagi. ni upon request dari anak bujang, siadik tu dah jadi feveret dia cheese cake ni. So bila bahan2 semua dah ada kat umah, siibunya tak de la terpukul sangat nak beli bahan2 untuk membuatnya....cepat dan tepat..
Base tu biskut cream crackers tiger tu jer...itupun pemberian dari kawan, katanya tak de sape nak makan biskut tu kerana anaknya dah jauh ke Sabah. So daripada membazir, siap dia blender biskut tu dan bagi aku....tak sampai hati pulak nak tolak pemberian orang. Rezeki jangan ditolak. yer dak...? so jadilah base yang agak tebal kerana kuhabiskan semua biskut tu supaya tak berbaki lagi. Kalau ada baki, nanti nak kena buat lagi...huhu.. Ibu masuk gak mulut sepotong dua...pastu angkat tangan surrender dah...badan makin berlemak, risau gak bila dah tua-tua ni...takut jugak macam2 penyakit hinggap...nauzubillah...so dah masuk 4 series ni, cuba kurangkan makanan2 penyumbang kepada aktiviti2 tidak sihat di dalam badan. Moga sihat sentiasa....aminn...

April 8, 2012

Puding Cendol

Assalamualaikum wbt Salam pagi minggu yang ceria. Puding cendol ni bukan untuk breakfast yer...ni hidangan dessert yang dibuat semalam.
Resepi daripada kak Hanieliza. Nanti letak resepi...nak masak breakfast jap... -tata- As promised, resepi seperti di bawah.. PUDING CENDOL CHEF HANIELIZA Bahan-bahan:- 1/2 paket agar2 [20 gm] 3 gelas air (akak letak 3 1/2 mug) 1 cawan gula 1 cawan susu cair 2 cawan cendul 1 cawan gula merah Cara-Cara:- Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 3 bahagian. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan. Hidangkan. 'Happy cooking'

April 6, 2012

RV Cupcake and Moist Choc cake..

Assalamualaikum Salam pagi Jumaat yang penuh barokah. Lama tak postkan gambar kek and cupcake... Cekdisaut...

April 3, 2012

D'Savoy Condo, A'Famosa Resort World

View dari Balkoni condo penginapan kami untuk 1 nite stay at A'Famosa. Condo yang simple yet comfortable...ok la untuk big family macam kitaorng. Condo with 3 bedroom ni kami occupied about 15 pax including kanak2 riang seramai 4 orang. Yang lain semua adult dan separa adult. :)Price for 1 nite is RM468 with 6 pax bfast....itupun kami booked thru travel agent.
3 bedroom with sharing bed. Cantumkan katil tu so leh muat 4-5 orang. 2 jejaka terpaksa tidur kat hall. Nasib baik ada bawak toto so tak la kesejukan dek air-cond yang dipasang terlampau kuat...
Pagi yang ceria, breakfast for 6 pax at Lake View Restaurant. Restoren ni plak jauh kat Water World sana so terpaksa la drive dan pusing2 satu A'Famosa. Very calm morning and nice food. Gambar makanan takde, sibuk menjamu selera... Overall holiday kat sini biasa2 jer...tiada yang istimewa sangat pun, cam indah khabar dari rupa pun ada gak...layanan kat check in kaunter pun cam suam2 kuku jerk...bila kami bertanya mana Lake View Restaurant, jawapannya hanya ' ambik map A'Famosa' dan draw kan arah dari Condo ke Lake View, terus pusing belakang pasal nak sambung nyembang dengan kawan2..Terpinga2 kami, pastu kena la study sendiri map tu....kat Condo tu jangan dicari perkataan dan notis dalam bahasa Melayu yer...semuanya dalam english dan juga bahasa cina. Ada la jumpa 1,2 pamplet dalam huruf jawi. So dari situ kita tahu la management dia camane kan? Untuk ke sini lagi pada masa akan datang, mungkin fikir 2,3 kali... -tata-

A'Famosa Water World

Assalamualaikum... Ini la aktiviti minggu lepas, aktiviti bersantai bersama keluarga tersayang di A'Famosa Resort World @ Wet World. Kata sepakat dicapai untuk masuk ke Wet World ni, dengan entrance fees yang agak mahal, rm 40 untuk dewasa dan rm35 untuk kanak-kanak. Menggigil gak tangan nak bagi duit rm350 tu...nasib baik trip kali ini mendapat sponsor sepenuhnya daripada Mr Din yang bermurah hati memberi voucher percutian yang dimenangi daripada lucky draw hari tu....TQVM...
Sampai jer terus breakfast dulu kat Kg Pulau Sebang, Tampin.
Tarik nafas dulu sebelum masuk lam air.
Pelampung untuk anak2, pilih jer comel2 belaka. Tapi harga 2 kali ganda daripada kedai biasa la...even aiskrim conneto pun harga rm5.
Ni tempat mandi yang menjadi favourite semua orang, esp mereka yang berkeluarga la..ada anak2 kecik...bila bunyi jer siren tu bermakna ombak nak datang membadai...so jaga2....jangan takut dilambung ombak...hehehe...oh yer...nampak tak wakaf (pengola) tu, itu untuk disewa harganya rm170 untuk 1 hari lepak. Kalau masuk pagi, wet world nak tutup, baru balik, then baru la berbaloi dengan harga sewa yang dibayar. otherwise duit tu banyak lagi boleh buat. yer dak....
Ni pulak, nasi kari ayam untuk hidangan lunch. Kat kupon tu ada 3 pilihan. Nasi ayam, ayam kari atau ayam rendang tapi sebenarnya ada 2 pilihan jer...So terpaksa lah pilih ayam kari dan rendang tapi malangnya tekak aku tak dapat nak menerima kehadiran ayam rendang menyelusurinya....rasa cam nak muntah dan loya lepas makan...pastu terus pening kepala menyerang. Tak tahu kenapa...aku tengok orang lain makan semua ok jer...minuman lak, ada ais lemon tea, air soya dan air teh bunga...ok la...rm40 u...
My nephew amin, makan ape tu...?
My niece with Dora the Explorer...
Surrounding view..
My anak bujang..
Laju2 pelampung ku laju....laju la sampai ke bandar Hilir....
Entrance..
My anak bujang dengan penari gelek Hawaiii...aka penari tiang...hahaha..
Lupa nak berkenalan dengan pak belalai ni. tak tahu ape nama dia....tapi kecut gak perut tengok saiz badan dia...

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...