July 2, 2021

Langkawi - throwback Sept 2020 trip

Assalamualaikum

Cerita Langkawi lagi, trip Sept 2020, baru nak update sisa2 cerita Langkawi yang masih tertinggal. Takde dari A-Z dah, belasah semua dah jadi rojak. Yang penting simpan sini untuk kenangan, first trip dengan anak, menantu dan cucunda tersayang. 

Parking kereta at Salak Tinggi Park and Ride, Sepang (Salak Tinggi ERL Transit)
Parking fees - RM8 per day (kalau tak silap, for me still murah untuk trip 3H2M).
ERL RM4.90 sehala to KLIA2, 10 minit sahaja ke KLIA-KLIA2

View bumi Langkawi

Selamat mendarat
I love Langkawi
Terus ke Oriental Village, misi utama sudah semestinya untuk naik ke atas sana. Hari dah petang waktu ini, orang pun tak ramai. Mana semua orang ye. Mungkin masih lagi takut-takut nak bercuti atau masih ramai yang terkesan dengan PKP dan pandemik C19 yang melanda. Atau ramai yang lebih gemar ke sini di waktu pagi
Kosong takde orang, tak perlu nak Q. Beli tiket terus dapat tempat dalam Cable Car. Frontliners boleh dapat diskaun, kalau tak silap less 50% dari harga biasa. Rezeki menantu..
Gambar ni semua ambik pakai phone cap chicken jer, so takde la woww gambar2 nya. Jadilah sekadar untuk simpanan dan tatapan di blog ini
Dah berapa kali datang Langkawi tapi ini FIRST time kuat semangat untuk naik ke atas, pasai malu kat cucu...hahaha...cucu ada of cos semangat nekbu jadi lain macam walaupun rasa nak luruh jantung.
Bila dah sampai atas, seronok dengan view yang amazing. Breathtaking view. Cuaca cantik, no crowds, macam tempat ini kami yang punya
Pantai Kok and Paradise 101 nun di kejauhan 
Tempat wajib bergambar

Sky Bridge, tempat yang paling best. Nak ke sini kami naik Sky Glide, kalau tak silap rm10 per head. Duit lagi...ok la daripada struggle walk down through natural forest dengan si kecik tu lagi kan...660 meters above sea level, enjoy the amazing and awesome views. Hutan2 tebal di bawah, sayup dan gayat, sesekali macam bergoyang pun ada sky bridge ni...haha
Ayuh posing sebanyak mungkin. Kalau ada rezeki ke Langkawi lagi, belum tentu nak naik sini lagi kan...waktu ni memang orang tak ramai, memang best
Glass floor, boleh la intai2 apa orang kat bawah sedang buat. haha...hutan belantara tebal je bawah tu. Seronok pulak sicucu ni
nak ke hujung sana rasa macam gayat la pulak. Kita kat sini2 aje la ye..
Kan main lagi sikecik ni, berani pulak dia tu


Kaki2 yang penat berjalan pada hari itu



awesome view




View waktu turun. Bila turun perasaan tak lah segayat dan senebes waktu naik...haha...sicucu pulak duduk tak diam dalam tu, melompat la, ke situ la, ke sini la...kecut weihh perut nekbu. 

Abadikan sekeping gambar yang cantik. 30 hinggit sekeping pun takper la. Ku redho..


Selamat turun jom kita layankan si Noah nak main2 dengan si rabbit. Seronok pulak dia bagi makan si rabbit yang berkerumun tu. First time Noah dekat dengan binatang selain kucing. Lepas rabbit dah kenyang kami ke SkyRex. Complimentary access sekali dengan tiket cable car tadi. Jom la kita menjelajah ke alam Dinosour. 3D simulator rides, macam real dan menjerit jugak la bila dinosaur tu berlari2 macam nak attack kita...haha...Penjelajahan ke alam Dinosour, tak sampai 5 minit pun. Ok la, waktu ni kami ok je memang tak lekang mask kat muka tapi ada gak yang kebal masuk dalam ni, selamba je tak pakai mask pun. Susah sangat kan nak patuh SOP ni kan..
Gambar dari Google 
Penat berjalan kita check in di Malibest Resort at Pantai Cenang. Family room. Luas dan selesa.
End of day 1 di bumi Langkawi.

#esok bersama-samalah kita start berPKPD, seluruh Selangor😅😅
Stay home, Stay Safe, Patuh SOP..InsyaAllah









 

June 24, 2021

Pantai Cenang yang tenang - Sept 2020

Assalamualaikum

Awal pagi berjalan2 tiada arah tujuan, menelusuri di Pantai Cenang. Tenang dan mendamaikan, cuaca redup, hujan gerimis. Kenangan travel di waktu pandemik pada bulan September 2020. Seronok Langkawi waktu ini, orang tak ramai sangat. Boleh la me time, layan hati, layan perasaan berseorangan tanpa gangguan. Bila nak travel lagi? Semua orang rindu nak travel. Bila pun tak tahu lah, sekarang kalau dapat travel pun tujuan satu je, nak balik kampung. Nak jumpa mok dan adik2, sedara mara di kampung. Dah lama sangat tak bersua muka. Rindu serindu rindunya.

Selipar jepun beli kat deretan kedai di Cenang. Haha...
Laluan dari Malibest ke Pantai Cenang. Best stay sini, suka sangat. Bilik pun besar dan selesa, harga mampu milik untuk marhaen macam ai ni

Chalet atas pokok, next time ada rezeki boleh try
Hujan waktu pagi, gerimis mengundang, cuaca pun gloomy aje. Pasir pantai memutih baru dibersihkan pekerja pantai waktu ini 
orang lain masih lena dibuai mimpi

Jet Ski setia menunggu pemboncengnya kejap lagi
Pantai Cenang saya yang punya..haha..





Rindu bau Laut China Selatan, Pantai Sura kampung halamanku. Doa dan harapan semoga Covid19 ini akan cepat berlalu pergi 










 


June 17, 2021

Laksa Sarawak yumm yumm

Assalamualaikum

Kita orang Ganu tapi suka jugak laksa Sarawak ni. Alhamdulillah, first time buat laksa Sarawak, Sibujang rindu nak makan, kalau dulu selalu out station ke Sarawak, sekarang ntah bila nak jejak kaki ke Sarawak lagi. Semoga C19 ini cepat berlalu pergi dan kita akan dapat kemana-mana macam dulu...Aaminn ya Allah

Pes laksa Sarawak tu google je cari info mana nak dapat pes yang sedap, so cuba la cari kat Shopee. Alhamdulillah, ramai yang rekemen pes Haji Manan ni. Recommended betul2 rasa cam berada di bumi Kenyalang. Resepi follow kat packet pes aje. Cuma sambal udang kering tu buat je la sendiri resepi  sesuka hati.
Harga pes tu tak sampai 7 ringgit sepeket untuk 200gm. Boleh la sekali masak. Beli 2 paket dengan postage dalam 16 ringgit. Dapat la untuk mengubat rindu pada laksa Sarawak. Alhamdulillah..






 #MCO ni sendiri masak, sendiri makan dua beranak, nak ke rumah jiran2 pun fikir dua tiga kali. Duk la diam2 wfh dalam rumah. Keluar bila perlu sahaja, duduk di rumah. 

June 16, 2021

Musim durian datang lagi

Assalamualaikum

Musim durian is back

Durian Musang King - COD bcos MCO and WFH so memang tak keluar rumah

Nak beli silakan, ada No phone pada gambar. Ini bukan promosi berbayar sekadar untuk yang suka gila raja buah ni. Dah banyak kali beli dengan Rizky Durian ni service terbaik dan puas hati makan. Alhamdulillah




 

June 14, 2021

Nasi ayam lagi

 Assalamualaikum

Nasi ayam lagi. Senang dan sedap so kita repeat buat lagi dan lagi. Masih resepi yang sama, kita tempek lagi kat bawah yer.






Nasi Ayam tersedap - kredit kepada yang empunya resepi. Thanks


UNTUK REBUS :

 1 ekor ayam dibelah 4 bahagian

 2 ulas bawang putih

 2cm halia yg diketuk


 UNTUK DIPERAP:

 1 sudu besar kicap pekat

 1 sudu besar sos tiram

 1cm halia

 2 ulas bawang putih

 sedikit kicap cair


UNTUK NASI :

 5 cawan beras

 3 sudu besar mentega

 1cm halia- ditumbuk

 4 ulas bawang putih -ditumbuk

 air rebusan ayam tadi

 sedikit garam.


UNTUK SOS :

 5biji cili merah

 5 ulas bawang putih

 2cm halia

 1 sudu teh cuka, garam, gula

 1/2 cawan air


UNTUK SUP:

 lebihan air rebusan ayam

 1 biji bawang besar kisar

 rempah sup

 garam

 daun sup yg dihiris


UNTUK HIASAN :

 2 batang timun saiz sederhana

 4 biji tomato

 daun salad


UNTUK AYAM :

Ayam dibelah kepada 4 bahagian,bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk..

Toskan ayam dan perap dengan bahan untuk diperap selama 15-20min.

Goreng hingga garing.Ketepikan..


UNTUK NASI :

Basuh beras dengan bersih.

Masukkan mentega dalam periuk….

Tumis halia dan bawang putih hingga garing..

Kemudian,masukkan beras serta air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.


UNTUK SOS :

Kisarkan semua bahan untuk sos..boleh juga dimasak sebentar..


UNTUK SUP

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup , garam dan daun sup tadi..




Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...