Assalamualaikum
Cerita Langkawi lagi, trip Sept 2020, baru nak update sisa2 cerita Langkawi yang masih tertinggal. Takde dari A-Z dah, belasah semua dah jadi rojak. Yang penting simpan sini untuk kenangan, first trip dengan anak, menantu dan cucunda tersayang.
Parking kereta at Salak Tinggi Park and Ride, Sepang (Salak Tinggi ERL Transit)
Parking fees - RM8 per day (kalau tak silap, for me still murah untuk trip 3H2M).
ERL RM4.90 sehala to KLIA2, 10 minit sahaja ke KLIA-KLIA2
View bumi Langkawi
Selamat mendarat
I love Langkawi
Terus ke Oriental Village, misi utama sudah semestinya untuk naik ke atas sana. Hari dah petang waktu ini, orang pun tak ramai. Mana semua orang ye. Mungkin masih lagi takut-takut nak bercuti atau masih ramai yang terkesan dengan PKP dan pandemik C19 yang melanda. Atau ramai yang lebih gemar ke sini di waktu pagi
Kosong takde orang, tak perlu nak Q. Beli tiket terus dapat tempat dalam Cable Car. Frontliners boleh dapat diskaun, kalau tak silap less 50% dari harga biasa. Rezeki menantu..
Gambar ni semua ambik pakai phone cap chicken jer, so takde la woww gambar2 nya. Jadilah sekadar untuk simpanan dan tatapan di blog ini
Dah berapa kali datang Langkawi tapi ini FIRST time kuat semangat untuk naik ke atas, pasai malu kat cucu...hahaha...cucu ada of cos semangat nekbu jadi lain macam walaupun rasa nak luruh jantung.
Bila dah sampai atas, seronok dengan view yang amazing. Breathtaking view. Cuaca cantik, no crowds, macam tempat ini kami yang punya
Pantai Kok and Paradise 101 nun di kejauhan
Tempat wajib bergambar
Sky Bridge, tempat yang paling best. Nak ke sini kami naik Sky Glide, kalau tak silap rm10 per head. Duit lagi...ok la daripada struggle walk down through natural forest dengan si kecik tu lagi kan...660 meters above sea level, enjoy the amazing and awesome views. Hutan2 tebal di bawah, sayup dan gayat, sesekali macam bergoyang pun ada sky bridge ni...haha
Ayuh posing sebanyak mungkin. Kalau ada rezeki ke Langkawi lagi, belum tentu nak naik sini lagi kan...waktu ni memang orang tak ramai, memang best
Glass floor, boleh la intai2 apa orang kat bawah sedang buat. haha...hutan belantara tebal je bawah tu. Seronok pulak sicucu ni
nak ke hujung sana rasa macam gayat la pulak. Kita kat sini2 aje la ye..
Kan main lagi sikecik ni, berani pulak dia tu
Kaki2 yang penat berjalan pada hari itu
awesome view
View waktu turun. Bila turun perasaan tak lah segayat dan senebes waktu naik...haha...sicucu pulak duduk tak diam dalam tu, melompat la, ke situ la, ke sini la...kecut weihh perut nekbu.
Abadikan sekeping gambar yang cantik. 30 hinggit sekeping pun takper la. Ku redho..
Selamat turun jom kita layankan si Noah nak main2 dengan si rabbit. Seronok pulak dia bagi makan si rabbit yang berkerumun tu. First time Noah dekat dengan binatang selain kucing. Lepas rabbit dah kenyang kami ke SkyRex. Complimentary access sekali dengan tiket cable car tadi. Jom la kita menjelajah ke alam Dinosour. 3D simulator rides, macam real dan menjerit jugak la bila dinosaur tu berlari2 macam nak attack kita...haha...Penjelajahan ke alam Dinosour, tak sampai 5 minit pun. Ok la, waktu ni kami ok je memang tak lekang mask kat muka tapi ada gak yang kebal masuk dalam ni, selamba je tak pakai mask pun. Susah sangat kan nak patuh SOP ni kan..
Gambar dari Google
Penat berjalan kita check in di Malibest Resort at Pantai Cenang. Family room. Luas dan selesa.
End of day 1 di bumi Langkawi.
#esok bersama-samalah kita start berPKPD, seluruh Selangor😅😅
Stay home, Stay Safe, Patuh SOP..InsyaAllah































No comments:
Post a Comment