August 11, 2020

Bila mulut nak mengunyah ajerr...

Assalamualaikum

Bila dah start bukak helaian popia tu, kalau boleh biar lah settle semua kulit tu dikerjakan kan? Kalau tak habis for sure lepas tu keras kejung la dalam freezer dan ke tong sampah la tempatnya

Gulung2 kan dia, potong ikut suka hati, then cairkan Milk chocolate Cadbury then gaul rata....
Bila dah keras chocolate tu, non stop la masuk mulut…krup krap krup krap



Popia Carbonara Cheese. Terbaik!




Popia dan serunding daging...gulong aje dan goreng...pastu munch munch




August 6, 2020

Acah2 tourist di negeri sendiri, Ganu kiter



Assalamualaikum

Rentas negeri yang pertama ke kampung halamanku. Alhamdulillah
#koleksigambojanganpandangbelakang😁😁




July 24, 2020

Keropok lekor air tangan sendiri

Assalamualaikum

Projek masa PKP 3 bulan lepas. Kerinduan yang melampau pada keropok lekor Ganuku. So gunakan pengetahuan yang ada sebagai anak jati Ganu...chewahh...haha...Tepung Sagu tu tinjau2 kat lazada sekali terjumpa la pulak...Alhamdulillah...menjadi la jugak. 

  •  Ikan Selayang (sarden)
  • Tepung sagu 
  • garam secukup rasa, gula sedikit
Sukatan dia agak2 sahaja. Tepung tu sedikit sahaja sekadar untuk melekatkan dia dan senang untuk digentel. Kalau tepung banyak keras dan tak rasa la ikannya. Agak2 aje tiada sukatan khusus. 

Ikan tu perlu la diasingkan isinya dari tulang tu. Bab ni la yang renyah sikit....pastu isi ikan tu saya masukkan ke dalam blender sahaja. Senang cite. Then gaulkan dengan tepung sagu tadi dan garam. 

Kemudian rebus dan siap. 






Makan gitu je xperlu digoreng dah. Fresh from the kitchen. 
Nanti bila rajin kita buat lagi..hehe..

July 21, 2020

Jambatan viral di Elmina


Assalamualaikum

Kebetulan aje lalu di Elmina ni, masa otw balik dari Denai Alam so ajak la anak bujang ke jambatan viral ni. First ni rainbow bridge. Ada 2 di kiri dan kanan jalan, sama aje dua2 tu.  Nice colourfull suka tengok, ramai orang masa ni duk OOTD.

Yang second tu jambatan aka pintu gerbang ke Elmina la, stop otw balik dari Sg Buloh. Dah siap sepenuhnya tapi diletaknya kon so cam tak boleh naik ke atas la kot. Tengok dari bawah pun dah cukup ler, saje je la suka2, nekbu kan suka posing...hehehe..


July 17, 2020

Philea Mines Beach Resort, SK

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kali ni dapat cuti cuti Malaysia (CCM) dengan Noah, dekat pun takper janji dapat spend time together dengan anak cucu. Itu dah cukup menyeronokkan.  Kita ke Philea Mines Beach Resort  kat Seri Kembangan sana. Hehe...tak rentas negeri pun. Masih dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Trip ni untuk Noah mandi2 berkasih sayang dengan air pulak, walaupun beach tu bukan original beach, tengok nama macam la kat Seri Kembangan ada pantai kan? Haha...kita kasi Noah explore sikit, kalau tak asyik mengadap Didi n Frens, Cocomelon la, ntah macam2 yang nekbu pun tak tahu kartun apa.

Welcome to Philea Beach Resort - 27 June 2020
Lobby, check in pukol 3pm - check out 11am
3 ekor dolphin biru
Lobby besar open air tapi furniture semua dah lama. Mungkin aku jer tak tahu kewujudan hotel ni, yang pernah dengar The Mines Resort City dengan Palace of the Golden horses...gitueee...
Lama jugak ambik masa untuk check in, musim PKPP ni mungkin banyak procedure kena follow kot...




View waktu malam. Lepas check in bagi Noah mandi beach sekejap, terus ke Bangi, JJCM dan ke rumah adik dinner kat sana
Beach in the city. Rezeki dapat bilik bawah bukak pintu terus ke beach.



Nice view



Pintu untuk ke bilik dari luar 
Dari bilik untuk ke beach...


Kasi can nekbu posing jap...

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...