July 24, 2020

Keropok lekor air tangan sendiri

Assalamualaikum

Projek masa PKP 3 bulan lepas. Kerinduan yang melampau pada keropok lekor Ganuku. So gunakan pengetahuan yang ada sebagai anak jati Ganu...chewahh...haha...Tepung Sagu tu tinjau2 kat lazada sekali terjumpa la pulak...Alhamdulillah...menjadi la jugak. 

  •  Ikan Selayang (sarden)
  • Tepung sagu 
  • garam secukup rasa, gula sedikit
Sukatan dia agak2 sahaja. Tepung tu sedikit sahaja sekadar untuk melekatkan dia dan senang untuk digentel. Kalau tepung banyak keras dan tak rasa la ikannya. Agak2 aje tiada sukatan khusus. 

Ikan tu perlu la diasingkan isinya dari tulang tu. Bab ni la yang renyah sikit....pastu isi ikan tu saya masukkan ke dalam blender sahaja. Senang cite. Then gaulkan dengan tepung sagu tadi dan garam. 

Kemudian rebus dan siap. 






Makan gitu je xperlu digoreng dah. Fresh from the kitchen. 
Nanti bila rajin kita buat lagi..hehe..

No comments:

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...