March 30, 2018

Bandung - Part 1

Assalamualaikum

Nak share serba sedikit trip ke Bandung. Pertama kali menjejakkan kaki ke Kota Bandung, syurga membeli belah, katanya. Walaupun tujuan utama bukanlah untuk shopping, shop till u drop tapi bilamana penglibatan kaum hawa seramai 6 orang ini, tidak dapat tidak trip berjalan dan menikmati keindahan bumi Bandung sudah bertukar menjadi trip membeli belah. hehe...

First time organize trip. Pada awalnya sekadar borak2 kosong jer dengan my colleague, tak sangka terus jadi serius. Plan dan decide pada minggu ini, pada minggu depannya terus book tiket pesawat. Tiket everyone can fly di book pada Nov 2017 untuk trip kami pada Jan 2018. Tak de promo pun waktu tu, hade kami kisah, kalau hati sudah suka, kata sepakat sudah dicapai, grab saje lah apa yang ada. Lagipun bulan December seperti sedia maklum, B akan masuk ke akaun2 kami...hehehe...





Trip Bandung - 27 Jan to 30 Jan 2018 ( 4 hari 3 malam )

  • Air Asia flight ticket - inc all (luggage 20kg and makan - balik sahaja) - RM550 to and fro
  • Ground package - RM550 per pax - incl 3* hotel, transport and supir, entrance fees, untuk ground package ni, saya arrangekan orang yang sama yang bawak kami di Surabaya. Thanks kepada Nasrul yang jauh datang dari Surabaya semata2 untuk kami. Alhamdulillah, servis terbaik
  • Hotel - UTC Bandung. Hotel selesa dan bersih. Includes Breakfast 
  • Exchange rates - RM305 bersamaan 1 Juta Rupiah (IDR)






Itinerary 
  • Early morning flight ke BDO. Sampai terus ke Pasar Baru untuk shopping. Actually ini bukan plan awal tapi takut tak sempat cos itinerary last day sahaja untuk shopping so ada banyak masa before check in, kita manfaatkan segala IDR yang ada
  • Lunch di Kemangi Pasar baru, Tingkat 6 
  • Check in UTC Hotel, Jalan Ir. H. Djuanda
  • Petang jalan2 ke Alun2 Bandung dan Masjid Raya Bandung
  • Dinner di Restoran Sederhana, masakan Padang
  • Rumah MODE - takde yang menarik pun, beli kerepek dan Bagelan
  • Nasrul belanja durian di Duren Jawara ( me tak makan pun, tak minat)
Lunch di Kemangi, Pasar Baru







Masjid Raya Bandung and Alun2 Bandung

Nasi Padang Restoren Sederhana

Rumah Mode






End of Day 1

Day 2 - 28 Jan 2018
  • Breakfast (kami tapau jugak breakfast standby untuk perjalanan jauh hari ini)
  • Ke Kawah Putih - cuaca hujan dan berangin, sejuk amat...sempat la berposing sekejap 
  • Perkebunan Teh Ciwidey - stop untuk berphoto photoin
  • Glamping Lake side Pinishi Resto
  • Lunch di Rumah Makan Saung Andir - ayam brengsek
  • Shoping at Pusat Barangan Kulit Cibaduyut 
  • Capek bangat dinner roger2 hotel sahaja - carbonara spagheti
Kawah Putih




Perkebunan Teh Rancabali

Glamping lake site Pinishi Resto





Rumah Makan Saung Andir (ayam Brengsek)




Kerepek pisang di Cibaduyut


Spagheti Carbonara UTC Hotel yang lembek

Ok, nanti sambung untuk hari ke 3 dan ke 4 di Bandung. InsyaAllah
Untuk entrance fees pada tempat2 yang kami pergi, sorry tak dapat nak providekan cos tak tahu. Semua dah termasuk dalam ground package dan semua Nasrul yang bayarkan.






February 8, 2018

Surabaya - Kota Batu, Malang

Assalamualaikum

Kemalasan melanda untuk sambung cerita Surabaya ni. Malas nak tulis apa2, mood menulis jatuh gedebuk, just save gambar2 untuk kenangan di sini. A pictures is worth a thousand words.

Labirin Park @ Coban Rondo


Tak tersesat pun kami di dalam ni, senang jer cari jalan keluar. Tahniah untuk diri sendiri..hehe

Kayuh2 basikal sambil sedut udara dingin dan nyaman

Coban Rondo


Awasin yer

Air terjun Coban Rondo


Biasa2 sahaja, tiada yang Woow sangat

Omah Kayu 

Bukit Bintang

Paralayang

Ke Omah Kayu. Sini tak berpeluang untuk bergambar sangat bcos kesemua rumah kayu yang ada orang duk melepak dan berdating. Tak sampai 10 minit pun kat sini.. 




Petik apel dan makan sebanyak mana mampu, sekuat gigi dan anak tekakmu



Fresh from the farm

Manis bangat apel ni




Ibu tak tahan beli jugak la sekilo, bawak pulang ke Tanah Malaya
Lepas tu gerak ke Muzium Angkut

Ambik gambar sekadar nya sahaja












Lunch cum minum petang kami pada hari itu sebelum bergerak balik ke Surabaya. Bakso Malang. Sedap malangnya sedikit masin untuk anak tekak aku
Sampai Surabaya agak lewat malam. Sempat singgah di Masjid Cheng Hoe, Pasuruan. Stop shopping kain batik sekejap di pertengahan jalan ke Surabaya, not sure nama tempat tu.

Seawal 9.30 pagi sudah di Airport untuk flight balik ke KL jam 12 tengahari. Silap percaturan beli tiket awal sangat, sampai Surabaya lewat malam dan tak sempat untuk shopping dan pusing2 bandar.  Alasan untuk ke Surabaya lagi ke tu? hehe..

Flight on time. Yeah tak sabar nak balik ke negeri hujan batu

Surabaya Patata yang sempat dirembat di Airport. Ustazah Oki Santiana Devi punya bisnes. Ok la, not bad rasa dia

Cheese jua yang jadi pilihan

Ini yang sempat dirembat di Kota Malang. Beli tak banyak sekadar untuk merasa. Semuanya manis2 potong kaki...nauzubillah


Last but not least, FM ini sahaja 2 ketoi yang sempat dibeli di Airport. Walaupun harganya agak mahal @ 55 ribu per pcs, kurembat jua untuk kenangan di Surabaya. FM Bromo yang dibeli tinggal kenangan sahaja, tertinggal di dalam Jeep semasa balik dari Bromo,  terlupa ambik. Dengan tshirt lagi. Sedih takde rezekiku.

Sekian sahaja la cerita Surabaya. Photo2 yang ada wajah sendiri berlambak, beribu2 lemon tapi cukup lah ini untuk diletakkan di blog ini. Untuk repeat Bromo, tidak sama sekali. Cukup lah sekali impian ke situ menjadi nyata. Alhamdullillah.

Next trip, ke mana kita neeyy?



Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...