February 8, 2018

Surabaya - Kota Batu, Malang

Assalamualaikum

Kemalasan melanda untuk sambung cerita Surabaya ni. Malas nak tulis apa2, mood menulis jatuh gedebuk, just save gambar2 untuk kenangan di sini. A pictures is worth a thousand words.

Labirin Park @ Coban Rondo


Tak tersesat pun kami di dalam ni, senang jer cari jalan keluar. Tahniah untuk diri sendiri..hehe

Kayuh2 basikal sambil sedut udara dingin dan nyaman

Coban Rondo


Awasin yer

Air terjun Coban Rondo


Biasa2 sahaja, tiada yang Woow sangat

Omah Kayu 

Bukit Bintang

Paralayang

Ke Omah Kayu. Sini tak berpeluang untuk bergambar sangat bcos kesemua rumah kayu yang ada orang duk melepak dan berdating. Tak sampai 10 minit pun kat sini.. 




Petik apel dan makan sebanyak mana mampu, sekuat gigi dan anak tekakmu



Fresh from the farm

Manis bangat apel ni




Ibu tak tahan beli jugak la sekilo, bawak pulang ke Tanah Malaya
Lepas tu gerak ke Muzium Angkut

Ambik gambar sekadar nya sahaja












Lunch cum minum petang kami pada hari itu sebelum bergerak balik ke Surabaya. Bakso Malang. Sedap malangnya sedikit masin untuk anak tekak aku
Sampai Surabaya agak lewat malam. Sempat singgah di Masjid Cheng Hoe, Pasuruan. Stop shopping kain batik sekejap di pertengahan jalan ke Surabaya, not sure nama tempat tu.

Seawal 9.30 pagi sudah di Airport untuk flight balik ke KL jam 12 tengahari. Silap percaturan beli tiket awal sangat, sampai Surabaya lewat malam dan tak sempat untuk shopping dan pusing2 bandar.  Alasan untuk ke Surabaya lagi ke tu? hehe..

Flight on time. Yeah tak sabar nak balik ke negeri hujan batu

Surabaya Patata yang sempat dirembat di Airport. Ustazah Oki Santiana Devi punya bisnes. Ok la, not bad rasa dia

Cheese jua yang jadi pilihan

Ini yang sempat dirembat di Kota Malang. Beli tak banyak sekadar untuk merasa. Semuanya manis2 potong kaki...nauzubillah


Last but not least, FM ini sahaja 2 ketoi yang sempat dibeli di Airport. Walaupun harganya agak mahal @ 55 ribu per pcs, kurembat jua untuk kenangan di Surabaya. FM Bromo yang dibeli tinggal kenangan sahaja, tertinggal di dalam Jeep semasa balik dari Bromo,  terlupa ambik. Dengan tshirt lagi. Sedih takde rezekiku.

Sekian sahaja la cerita Surabaya. Photo2 yang ada wajah sendiri berlambak, beribu2 lemon tapi cukup lah ini untuk diletakkan di blog ini. Untuk repeat Bromo, tidak sama sekali. Cukup lah sekali impian ke situ menjadi nyata. Alhamdullillah.

Next trip, ke mana kita neeyy?



No comments:

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...