Assalamualaikum w.r.t
Salam pagi Jumaat penghulu segala hari. Semoga hari ini, hari yang indah dan membahagiakan. In sha Allah...
Pagi-pagi dah tayang dessert. Takkan breakfast nak makan pavlova kan...? Haissh...dah katanya lama tak bersiaran so semua ni kejadian tahun lepas ni...Sedar tak sedar...rupanya dah lama tak update blog. So semalam adalah entry pertamaku di tahun 2013 nih....selamat tahun baru semua...Semoga tahun 2013 ini ada sesuatu yang terbaik untuk kita. Sebagai hambaNya hendaklah kita redha atas segala sesuatu....
Hidangan dessert ni sesuai untuk majlis2 yang ada tetamu. Kalau setakat buat untuk 2 atau 3 mulut sahaja, jawabnya tersadai la dia dalam peti ais untuk seminggu dan kemudian mendarat la pulak dia dalam mulut cik tong.
Resepi Pavlova.
Bahan-bahan
:
4 biji
putih telur
1 cawan
gula kastor
1/2 sudu
teh esen vanilla
1 sudu
teh cuka masakan
1/2 sudu teh cream tartar
Topping/hiasan :
1 cawan
(240 ml ) non dairy whipping cream
1/2 sudu
teh esen vanilla
Buah-buahan kegemaran - strawberry, kiwi, blueberry, aprikot, anggur...terpulang pada cita rasa masing2...
Cara-cara..
Pukul putih telur dengan kelajuan perlahan. Kemudian, dengan kelajuan
yang tinggi, masukkan gula sedikit demi sedikit. Masukkan esen, cuka dan juga cream of tartar. Pukul sampai putih telur betul2 kental dan bertanduk...haha..
Masukkan putih telur ke dalam piping bag. Lepas itu, bentukkan bulat di atas baking paper...terpulang nak bentukkan kecik atau besar. Bakar pada suhu 170, sehingga meringue berwarna keemasan dan sedikit merekah. Pastu biarkan sejuk seketika baru dikeluarkan dari oven.
Bila nak makan, baru la dipaipkan cream ke atasnya dan dihiasi dengan buah-buahan yang digemari.
Selamat mencuba.


No comments:
Post a Comment