Assalamualaikum
Office trip kesekian kalinya untuk tahun ini. Start dengan tahun 2015, masa mula2 join group ni. Group sebelum tu sekali jer join masa tu ke Langkawi jugak. Tak silap tahun 2013.
2015 - Hotel Hard Rock Penang
2016 - Club Med Cherating (tak follow cos tak sihat)
2017 - Laguna Redang
2018 - Hotel Hard Rock Desaru
2019 - Meritus Pelangi Resort & Spa, Langkawi
DAY 1
Flight tambang murah je, sebanyak 3 flights untuk accommodate kami seramai 120 orang
40 orang dalam satu katebang which is aku flight yang ke 3, berlepas pukol 8.45am, yang paling awal 7.15am
Make sure keluar awal ke airport walaupun domestic flight sebab kita tak tahu apa halangan2 di jalanraya. OTW ke airport hujan lebat selebat2nya dan jem pulak sebab ada construction jalan. Alhamdulillah keluar agak awal takde la tergesa2. Lepas solat subuh terus check in luggage dan boleh bersantai2 sarapan lagi. Last naik katebang masa gi Chiang Mai bulan March aritu, dah la lambat check in luggage (group check in), sampai la last luggage aku dah kena reject tak boleh check in lagi, terpaksa angkut naik cabin. Boarding time dah waktu tu tapi kami masih berlari2 ke gate. Nasib baik staff AA tu kind enough tunggu kami, dah masuk flight pun masih ada 2 orang yang tersesat gate. Lama jugak diorang tunggu. Pengalaman betul masa tu, masih ada rezeki lagi kalau tak bye2 la ko.
So lesson learned!
Rupanya sekarang AA dah upgrade dah procedure dia. Nak masuk boarding hall dah ada pintu dan staff akan scan boarding pass kita kat situ. Kalau time tu nak keluar ke toilet kena lah tinggalkan boarding pass kat staff tu. No wonder la ada sorang kakak ni nak ke Brunei, lambat seminit aje, boarding hall dah tutup. Puas merayu tak dibaginya masuk. So bye2 dan terpaksa la beli tiket baru.
Alhamdulillah flight smooth rasa sekejap benor udah sampei. Hehehe
Sampai LIA, luggage 2 orang kawan pulak pecah (tak teruk sgt, crack jer) dikerjakan staff kargo. Tak tahu la staff KLIA2 ke LIA. Dah buang masa buat report, menunggu dan kes masih pending sampai hari ni. Belum dapat apa2 ganti lagi. Harap ada rezeki diorang. Beg dah pecah kot (balik time tampal dengan masking tape tempat pecah tu)
Ambik grab ke Meritus Pelangi Resort and Spa. Tak jauh 10 minit jer, 6 ringgit jer. Rezeki adik2 grab hari tu, yang bawak kami tu kata, ini trip ke 5 dia ke Meritus. Tapi tu lah kesian jugak bila tengokkan pakcik2 teksi kat LIA tadi. Jenuh diorang mencari customer. Semoga mereka jua dilimpahi rezeki oleh Allah taala. Aaminn
Cuaca hujan renyai pada waktu ni, masih awal pagi lagi. Kami disambut dengan welcome drink dan wet towel oleh staff Meritus. Semua berkumpul dalam Bougainvillea Hall sebelum dapat check in pada pukol 3 nanti. Urusan group check in semua di dalam hall ni. Ada staff yang tengah rehearsal untuk performance malam nanti. Kami geng2 otai busy melawat kawasan hotel dan snaping2 photo apa lagi kerja kami. We are not old, we are recycled teenagers - haippp..
Lobby Meritus di sana
Entrance Meritus pandangan dari dalam
Lobby di sini
Lunch time semua ambik grab ke Putumayo, Chenang untuk makan. Plan asal bos suruh jalan kaki jer tapi kerana hari hujan dapat lah naik grab. Yeayy..haha tapi padan muka balik cuaca dah cantik terpaksa la menapak ke hotel sejauh 0.8km tu. Berpeluh jugak la weih, nasib perut dah kenyang. (gambar google)
Tempayan untuk basuh kaki. So before naik ke bilik pandai2 la basuh kaki dulu yer..
Balik lunch je terus dapat bilik, part ni la yang paling best. Penat dan mengantuk kot bangun kol 4 pagi. Apalagi moh kita bersihkan diri, solat dan membuter. Petang ni aktiviti free and easy aje, sempat jalan2 ke Chenang Mall, naik grab rm4, balik pusing jauh skit cos Jalan Chenang ni one way, rm7. Gambo2 takde. Rushing balik hotel jam 6 petang ada briefing untuk treasure hunt keesokkan harinya.
Connecting room dengan group kami. Committee sengaja bagi kami berjiran tu..Haha..Senang la kami keluar masuk tapi aktiviti padat tiada masa langsung nak bergossip atau membawang yer…
Garden view jer
Gala Dinner (Aloha Night)
Dinner malam ni paling best bcos hall dia besar compare to last year trip kat Hard Rock Desaru, meja makan pun tak cukup. Kami duk meja belakang sekali dengan geng2 kami. Enjoy dapat makan banyak2...(orang camni pun ada). Fresh semua seafoods BBQ malam tu dengan western food yang super duper sedap.
Every year akan ada performance dari staff2 yang baru join EY. Junior2 yang fresh grad lagi. So called diorang kena introduce themselves to their big family la kan. Something like dat lah...Layankan aje lah tapi bila dah kenyang mata pun mengantuk. Mintak diri balik ke bilik, bersihkan diri, solat dan baring2..Syukur dengan segala nikmat yang Allah beri.
END OF DAY 1



























No comments:
Post a Comment