Assalamualaikum
Rehat jap la cerita Chiang Mai, malas pulak nak pilih gambar2 yang beribu lemon tu. Kali ni nak cerita makan di Restoren Korean Food. Terjebak jugak makanan Korea ini di tekakku, Korea tak pernah sampai lagi, nak sampai bila pun tak tahu lah…Huhu...boleh la jugak food ni pada tekak makcik macam ai ni kan. Nak kata taksub sangat tidak la...sesekali tukar selera ok jer. Banyak gak kedai Korea yang dah masuk to name a few yg pernah try Oiso, Nene Chicken, Kfry dan Sopoong dan latest Dubuyo ni. Yang lain kena korek2 cari gambar. Yang paling terbaik so far ai suka dan enjoy giler Kfry la, patut la viral. Nanti cari gambar food di Kfry.
Lokasi ni di Sg Wang Plaza. Berabad tak masuk KL, tapi kerana kedai spek viral sanggup drive masuk KL ooo...haha...Kedai Spek viral Eye Pro Vision tu la, yang murah giler katanya...ehhh tercerita pasal spek la pulak
Ayam Korea ni out, masin gilak. Makan seketoi jer dan selebihnya bawak balik. Simpan dalam peti ais, takde sapa makan pastu buang. Pembaziran yang amat nyata
Ni set yang ai makan, beef bibimbap sedap sangat dan big portion. Tak mampu nak abiskan, tapi puas hati. Alhamdulillah.
Lenkali boleh repeat lagi. InsyaAllah...








No comments:
Post a Comment