April 30, 2025

Aidilfitri 2025- Juadah Raya 2025

 Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidil fitri 2025. Maaf Zahir dan Batin.

Dah habis Syawal pun😅😅😅






















April 22, 2025

Check in 2D1N @ T Hospital

Kejadian 21 March 2025, bersamaan 20 Ramadan 2025, tragedi yang tak diduga berlaku.
Check in Hospital satu malam. Puasa tetap diteruskan dan sekarang pun dah sihat.
Syukur Alhamdulillah. 

Simpan sini sebagai sebuah memori yang banyak mengajar untuk bermuhasabah diri.

Hospitalization leaves - 21 March - 7 April, 8 April - 11 April 2025
(On and Off bukak jugak laptop buat kerja, kalau tak merana jiwa dan bertambah lagi sakit bila balik ke office dengan kerja yang menimbun)




Sakit tapi makan bukan main berselera lagi ya. Anak dan menantu masak nasi dalca dan ayam bawang. Makanan hospital pun rasa jugak sikit2. Tak baik membazir.

Untuk sahur hanya diberi 2 keping roti wholemeal dengan butter dan jem. Air kosong sahaja. Tak cukup, nasib ada roti bilis seketoi. Buah-buahan daripada adik ipar yang datang melawat.


First time kena cocok benda alah ni untuk masukkan ubat..haha...


Dari office. Fruits and Flowers basket.



 

March 13, 2025

Blueberry cheese tart and egg tart

Salam

Kerajinan yang kurang untuk buat shell tart sendiri so kita beli aje yang readymade, nak buat apa susah2 kan diri kan. Setakat nak makan seketul dua.

Tart shell BWY ni okay je, sedap dan ranggup.













 

March 10, 2025

Staycation @ Lexis Port Dickson

Assalamualaikum 

Last year trip (Nov 2024) ke Lexis Port Dickson. Baru berkesempatan nak update sini. Sianak dah booked sebulan awal untuk ke sini. Kalau tak asyik fully booked aje. Dah lama tak berholiday, lets jom la holiday dengan anak menantu ke sini. Booked di Agoda kalau tak silap, RM500 lebih per night and 3 pax breakfast. 

Lexis Port Dickson ni berjiran dengan Grand Lexis, jangan salah masuk hotel pulak ye. 3 tahun lepas pernah ke Lexis Hibiscus join company trip pada waktu tu, tapi nak repeat ke sana balik idok la, tak mampu teman...sayang pitih...haha...tapi kalau duit orang ok je.




















Hujan selebat-lebatnya di petang itu. Dengan angin yang agak kuat juga, rasa seram pulak duduk tengah2 lautan tu...hahaha...












Bilik kami nun di hujung sana. 






































 

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...