April 30, 2015

Sekinchan - tengok padi



Assalamualaikum...

Sekejap ada, sekejap takde, biasa la...mek biskut. Ada modal baru boleh bercerita. Ni cerita Ahad lepas, saje jejalan ke Kuala Selangor, memang dah pasang niat nak gi tengok bendang orang..hehe...bukan bendang saya...

Gerak dari rumah dalam kol 11 lebih camtu, memang matahari tengah panas cing2...sampai Kuala Sgor kurang lebih pukol 12pm. Terus pecut ke Tanjung Karang, masuk kat area Sawah Sempadan. Masa ni dah kecewa sangat dah, kerana semua batas padi dah kering kontang, padi semua dah dibajak. Aikk, biar bener, kalau ikut kata kawan yang memang orang area2 sana, time ni padi tengah menghijau.

So tanpa berputus asa, teruskan perjalanan ke Sekinchan. Masa otw to Sekinchan baru lah nampak sawah terbentang luas di kanan jalan (arah dari Kuala Sgor). So masa ni happy la memasing, excited tak usah cakap la tapi relax dulu kata si ibu. matahari tengah panas membahang ni, kita cari tempat relax lain dulu.

Misi mencari sawah padi yang menghijau.
Teruskan perjalanan ke Pantai Redang tapi tak seindah Pulau Redang. Jauh panggang dari api. hehe...kawasan ni penuh dengan orang cina, jangan terkejut pulak tengok diorang tengah menjamu selera dan bersantai bersama keluarga. Tak Nampak pemandangan lain dah. Masuk toilet pastu terus chow dari situ..Misi mencari pokok makanan asasi diteruskan..
Rumah batu di tengah sawah
Bak hamparan permaidani
Jalan Tali Air 4
Padi belum masak
Indah saujana mata memandang
Nice
Subhanallah
Menunggu masa untuk dituai
Tak puas rasanya menikmati kehijauan bendang terbentang luas...kalau tak kerana cuaca panas membahang mahu kami berkelah kat tepi pokok padi tu...hehe.. kami pun gerak balik ke Kuala Selangor untuk lunch dan check in Hotel (pelancong la sangat) hahhaa...InsyaAllah hajat nak datang lagi waktu padi menguning...

April 7, 2015

Chocolate cake with blueberry topping


Assalamualaikum...

Di suatu petang Ahad yang sejuk dan nyaman dek hujan lebat yang menyimbahi bumi, di sebuah rumah di satu daerah di Petaling Jaya, tinggal seorang ibu tua yang kelaparan untuk minum petang dan mengidam seslice kek chocolate. Tapi siibu ini begitu malas nak keluar untuk mencari dan membeli mengenangkan nanti kena bayar GST...huhuhu...

Hahaha...so apalagi, siibu yang memang sedia rajin ni, terus la singsing lengan ke dapur. Tengok bahan2 semua dah ada, Alhamdulillah...lagi bersemangat la...So ini lah hasilnya....

Topping with Blueberry filing. I likeee...
 
RESEPI KEK COKLAT KUKUS ZAIMA

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair@ susu segar
  • 1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 3 biji telur
  • Saya tambah walnut...bestt
Cara-cara
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam. Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan jeTutup loyang dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

Haa...ambikkk...kan main besar slice siibu ni makan...

March 24, 2015

Swan cream puff

Swan la sangat...sekali tengok cam itik jer...tertunduk malu gitu...
Hasil x seberapa..janji menjadi...hati happy...

Bluberry cheese tart

My passion...isi masa lapang...isi perut...alhamdulillah. ..

January 28, 2015

Fettucine aglio olio

Assalamualaikum w.r.t

Breakfast ape pagi ni...rasa cam nak makan aglio olio ni lah...

January 23, 2015

Cream Puff with custard cream

Assalamualaikum....gud morning!
Salam Jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah untuk segala kurniaan Allah di pagi ini..
Sape suka cream puff? sila angkat tangan tinggi2...hehee....mesti ramai penggemar cream puff di luar sana kan...manis lemak berkrim tentu lah disukai ramai...tabik spring toing2 kepada diri sendiri kerana 'agak' berjaya merealisasikan impian (impian kecik2 je, bukan mewah2 pun) membuat cream puff kali ini...pernah la try beberapa kali tapi hasilnya menyedihkan. Pernah jadi keras kejung, jadi lempeng pun pernah. 


Ini 2nd time buat, bila dah masak nape jadi kecut dan turun erkk...kena lebih lagi try n error.

Ni 1st time buat agak menjadi. Time ni takde fresh milk untuk buat kastard so gantikan ngan filing cream cheese.



 

Resepi cream puff ni hasil carian di gugel. Puas gak la mencari resepi yang betul2 berkenan di hati..hari tu dah terkena satu resepi tu hanya pakai sebijik telur...keras kejung la jadinya, boleh baling ke dinding...kerana tu bukan semua resepi boleh kita ambik dan cuba buat.

Resepi yang saya dapat ni pada asalnya resepi timbang (maaf tak ingat ambik dari blog siapa) tapi bab2 timbang menimbang ni saya kurang gemar. So ambik initiative sendiri timbang dan sukat cawan...sukatan cawan resepi mudah diingat dan dihafal..

Jom semak resepi Cream puff.


Bahan2 choux pastry
250ml air
3/4 cawan tepung gandum
Butter 100gm...potong agak2 jer dari 250gm butter tu
Sesudu kecik gula
sedikit esen vanila

Cara2
Didihkan air bersama butter dan garam. Bila dah mendidih, kecikkan api dan masukkan tepung, kacau cepat2 sehingga bergaul sempurna dan masak adunan tadi sehingga agak kering dan tidak melekat di periuk.
Tunggu sejuk dan baru lah masukkan telur 1 persatu dan esen vanila. Pukul hingga sebati. Masukkan dalam piping bag dan picitkan atas dulang pembakar. Kecik besar terpulang pada citarasa masing2...bakar pada suhu 200 selama 30 minit. 15 minit akhir tu slow kan lah sikit suhu tu yer...pandai2 lah ejas jangan hangus lak..

Kastard cream

fresh milk 1 cawan
Gula 2 atau 3 sudu besar (saya suka sedikit manis, kerana puff tu agak tawar)
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu tepung jagung
esen vanilla
butter sikit utk kilatkan dia
Campurkan semua bahan dan masak sehingga pekat. Kacau selalu supaya tak berketul. Masukkan dalam piping bag dan sedia untuk dipaip ke dalam cream puff.
Cream puff yang menjadi bila ianya kering dan berongga. Untuk masukkan cream tu, cuma perlu gunting sedikit sahaja dan pipe kan cream ke dalamnya.

Selamat mencuba






Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...