June 10, 2021

Kek Pisang sedap

Assalamualaikum

Dulu kalau buat kek pisang selalu failed. Tak pernah menjadi. Memang macam give up nak buat kek pisang tapi kena usaha jugak cari resepi kek pisang yang betul2 menjadi kek pisang...hahaha...pasal anak bujang suka beli pisang. Tiap kali mesti ada ripe banana yang selain daripada buat cekodok kena jugak buat kek. Haha...camana tu.

Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak resepi kek pisang yang simple dan sedap sangat ni. Bahan2 semua sedia ada je kat rumah untuk menghasilkan kek yang sedap, gebu dan moist gitue. TQ kepada siempunya resepi ni. Mekasih sangat2 tiap kali buat hasilnya tak pernah mengecewakan. Resepi scroll down.

Antara koleksi gambo kek pisang daripada resepi ini. Ada banyak lagi tapi malas nak cari. Saya buat half of the ingredients sahaja kerana hanya 2 ketul orang sahaja di rumah ini. Itupun biasa makan half aje dan biasa akan ada lah rezeki sapa2 untuk merasanya. Pasai tu la suka buat dalam bekas2 camtu bukan whole cake senang untuk disedekah kan.

Selamat Mencuba!!












* TQVM kepada empunya resepi. Mintak halal tampal resepi kat sini. Sharing is caring


 

June 8, 2021

Staycay Ramadhan - Royale Chulan Bukit Bintang, 1 May 2021

Assalamualaikum

Simpan sini untuk kenangan manis di Ramadhan 2021.

First time staycation kat KL. Dah nama pun duduk di PJ aje, fikir 2,3 kali jugak la nak staycation kan. hahaha...tapi kali ni demi buffet Ramadhan, makcik sanggup you. Dalam banyak2 list Hotel yang offer buffet Ramadhan hati terberkenan la pulak dengan Royale Chulan Bukit Bintang ni. Awalnya siibu saja la sembang kosong dengan anak bujang, tiap tahun buka puasa sama aje, tahun ni bawak la ibu ke hotel pulak...hehe...sekali terus disuruhnya book. Alhamdulilah rezeki kami dapat slot pada 1 May, Labour Day. Seminggu lepas tu kalau tak silap terus PKP dan tak boleh rentas daerah. 

Dah rezeki kan walau pada mulanya hati berbelah bahagi dengan kes C19 yang mencanak gile time ni. Kerisauan tu of cos mesti la ada kan, makan buffet mesti ramai ummah manusia yang datang berbuka puasa. Macam2 la dalam otak, nak Q ambik food, SOP camana, masa makan table masing2 jauh ke, then orang lalu lalang lagi camana. Adoiii makcik camni la, paranoid dan risau yang melampau.

Ni la pakej yang telah diambil. Bilik tu takde free upgrade pun, katanya dah penuh. 
Beratur untuk check in pun dah long q. Time ni belum lagi pukul 3pm


Ni la rupa paras bilik ni, takde yang surprise pun, sebelum pergi sini dah siap tengok review  kat youtube. Haha..











Dapat la pool view. Penuh jugak pool ni di sebelah petang, tak kira musim pandemik ke apa, belasah aje diorang ni mandi




Masa yang ditunggu sudah tiba. Buka puasa time. Alhamdulillah, dapat tempat duduk yang agak tercorot. Jauh dari crowds dan belakang meja tu dihalang dinding pemisah dengan hall satu lagi. Nak ke station buffet agak jauh sedikit tapi still ok dan dapat makan dengan tenang. 
Citarasa Nusantara. Ini baru appetizer nih....haha...
Udang Nestum yang paling famous dan paling laku kat sini. Tapi bagi aku, terlebih garam, agak masin dan ikhlas cakap most of the food sini semua macam terlebih garam. Bukan pada lidah aku sahaja tapi pada lidah anak bujang juga. Overall, makanannya ok ok sahaja...except for teh tarik, air sirap bandung, carrot cake dan dessert2 lain aku bagi 5*

Jaga Jarak melebihi 1meter dah tu. Pujian untuk Royale Chulan KL. Nak ambik food pakai plastic glove dan masing2 pun tahu jarak diri bila beratur. Bila nampak Q panjang, kita pergi ke buffet yang less Q. Nak solat maghrib pun ada surau kat area sini tapi makcik naik aje ke bilik dan turun balik sambung makan.









Overall OK untuk kelainan berbuka pada tahun 2021 ni. Syukur atas nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Alhamdulillah


 

April 23, 2021

Burnt Cheese Cake paling tercomel

Assalamualaikum wbt

Selamat Berpuasa, Ramadhan Kareem

Muncul tiba2 selepas lebih 4 bulan tak update blog, seperti biasa la alasannya busy dengan tugasan duniawi yang tak pernah surut. Alhamdulillah syukur, di situasi pandemic yang entah bila akan berakhir ini masih ada pekerjaan untuk menampung kehidupan.

Burnt cheese cake ni dah banyak kali buat dah, kali ni cuba2 google resepi yang lain la pulak. Dan nampaknya ini la BCC ku yang paling tercomel tanpa sengaja. Perasan! Lupa dah resepi sumber mana, credit untuk tuan punya resepinya la yer. Biasa kalau terbekenan sesuatu resepi aku screen shot aje, so bila nak buat senang. 

Resepi seperti di bawah, simpan sini lenkali boleh buat lagi. 

Selamat mencuba!









 

December 31, 2020

Happy New Year 2021

Assalamualaikum


Last day 2020
Welcome 2021

Selamat datang 2021
Mudah-mudahan dengan izinNya, Zon Merah akan bertukar kepada Zon Hijau pada tahun 2021...InsyaAllah Aamiin Ya Allah...

Stay Safe, Patuhi SOP

 


November 2, 2020

Rara Lekor Shah Alam


Assalamualaikum, Salam pagi Isnin, 2 November 2020

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. 
Nak cerita satu tempat untuk dapatkan keropok lekor yang sedap bila kerinduan yang melampau pada khepok Ganuku. Rara ni tak asing lagi bagi aku, cos setiap kali ke rumah adik di Bangi akan cuba ke Rara ni di Kajang. Bila Rara bukak di Shah Alam punyalah happy, dekat lah sikit kan kalau tekak teringin nak makan kepok lekor.

Percubaan kali ke3 ke sini, kali pertama dan kedua, kes ke Jakel dan awal sangat waktu tu, ingat Rara ni bukak kol 10am tapi 2 kali pergi tu diorang bukak kol 12. So malas nak menunggu kita chow saje la lagipun masa tu takde la teringin teruk. Hahaha...bila dah PKPB ni macam2 pulak anak tekak nak makan. Nasib baik dari KD ke Shah Alam, tak kena tahan dengan pak Polisi. 

Ini bukan promosi berbayar yer, saja share tempat makan yang sedap dan support ekonomi sesama muslim. 
    




 Keropok rebus - RM10
Keropok goreng frozen - RM10
Nasi Dagang sedap dan besar potion dia - RM7


Alhamdulillah...










 

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...