January 26, 2022

Berglamping di Gopeng - 20/21 Jan 2022


Assalamualaikum w.b.t

One for the memories, tak kisah la dengan sosial media lain tetap juga nak simpan di blogku ini untuk kenangan anak cucu cicit.😁😁😁

Trip bersama anak menantu cucu tersayang. Nekbu mengikut aje, rejeki jangan ditolak kan, sesekali berglamping tukar angin masuk kampung ke Gopeng. 







Sewa basikal keliling kampung - RM5 for 3 hours, deposit RM10. Ada ATV, ada juga aktiviti water rafting, boleh la book dengan diorang siap2. Untuk orang2 muda sesuai ler, untuk orang tua macam teman ni, santai2 relax aje udah ler
  

Tent kami di waktu malam. Dapat khemah dekat washroom, sebelah aje

Check in pukol 3 petang. Time ni dah dekat kol 4 tapi still panas yang amat. Langsung tak boleh duduk dalam khemah ni, terpaksa la duduk di luar sementara menunggu matahari terbenam


Masa untuk tukar khemah baru la kot. Dah berkulapuk dan berkulat camtu. Tidur malam ada sedikit unpleasant smell tapi alhamdulillah tidur nyenyak sampai ke pagi. Tilam bantal semua best, bantal 2pcs each, kalah hotel 3*. Quad tent ni boleh memuatkan 4 orang, 2 queen size katil


Encem Nekbu yang banyak akal, banyak cakap pun dia


Khemah kami di hujung sekali, tunggu matahari terbenam baru lah teduh tempat tu

Sementara boleh la santai2 rehat kat tree house, ada hammock boleh baring2, on kipas


Hammock dan tree house



Tandas bersih, ada water heater dan juga rain shower head. Glamping tapi facilities hotel, ok la cuma no attach bathroom aje

Hair dryer dan tisu pun ada

Ini open shower sesuai untuk anak2 perempuan yang masih kecik. Tapi time kami pergi memang tak ramai orang, sorang je kanak2 pada hari tu iaitu cucuku...haha

Tengok la coach kecik tu, dia pun sibuk la nak memanah. Sebelah malamnya pula ada fire show di sini. 

Sebelah paginya aktiviti mengayuh basikal keliling kampung. tapi belum sampai 1KM dah semput. hahaha... 



Tenang dan damai suasana kampung. 















 

No comments:

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...