Assalamualaikum
Trip ke Surabaya, Mount Bromo dan Kota Batu di Malang - Day 1
Trip pada hari raya Aidil Adha yang lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan segalanya. Hasrat hati nak ke Surabaya ni (especially Bromo) dah lama, dah berkurun dah, sepuluh tahun lepas lagi...tak percaya? Aku sendiri kadang tidak percaya dengan diriku sendiri. Hehehe...yer serius, 10 tahun lepas, tika tu aku berumur 10 tahun lebih muda, begitu juga dengan partner travelku, anak2ku, siabang waktu tu 13 tahun dan siadik 12 tahun.
Kenapa aku boleh berwish untuk ke Bromo ni? Hehe...memang sejak dari muda lagi, aku ni pembaca tegar blog2 travellers, aku suka NAK travel, tapi of cos kekangan daripada segi keduitan (bahasa baru) haha..semestinya, anak2 yang masih bersekolah dan tiada partner yang boleh kujadikan teman berjalan. Suatu hari ntah camane boleh terbaca pasal trip Bromo ni. Kagumnya aku pada masa tu, cantik sangat Bromo ni...eh...orang boleh turun ke kawasan bawah tu ke (area Pura), eh...boleh panjat ke kawah tu ker..? hahaha punya lah jakunnya aku. Bertambah excited bila suatu hari berborak dgn sorang manager ni, eh kak, kawan i pergi sana la kak, baru balik dari sana. Dia pergi kat Pura temple tu (manager ni hindu) then panjat ke kawah gunung berapi tu). Siap tunjuk gambar lagi tu. Bertambah keterujaan aku di situ, tapi as masa berlalu pergi semuanya berlalu sepi, jadi angan2 kosong semata.
Sehingga lah pada tahun lepas, siadik solo travel ke Indonesia. Bermula dengan Jakarta, Bandung dan Jogjakarta. Plan sehingga ke Surabaya tapi terpaksa balik atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Dan sebabnya mungkin kerana nak bawak ibu sekali pada tahun ini. Alhamdulillah...siapa tahu perancangan Allah kan?
Air ticket dan hotel semua ibu yang uruskan seawal bulan March 2017 lagi..dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki sampai la kan. Bab2 kerja admin ni ibu memang suka, walaupun terpaksa zasss duit sendiri dulu. Itu no hal, later2 boleh claim balik. Persetujuan sebulat suara bersama travel partners tu yang paling penting.
Alhamdulillah, pada pagi hari raya diiringi takbir raya yang bergema kami dah melangguk kat KLIA2 dikala orang sibuk bersolat raya. Pertama kali nak beraya di tempat orang la katakan. Teruja sudah semestinya, trip pertama ke 'oversea' dengan anak2 bujangku setelah mereka habis study. Masing2 dah bekerja, lega lah sikit hati ibu. Semoga anak2 akan terus menjadi penyejuk hati dan mata. InsyaAllah....aamin
Alhamdulillah, pada pagi hari raya diiringi takbir raya yang bergema kami dah melangguk kat KLIA2 dikala orang sibuk bersolat raya. Pertama kali nak beraya di tempat orang la katakan. Teruja sudah semestinya, trip pertama ke 'oversea' dengan anak2 bujangku setelah mereka habis study. Masing2 dah bekerja, lega lah sikit hati ibu. Semoga anak2 akan terus menjadi penyejuk hati dan mata. InsyaAllah....aamin
Selamat mendarat di Juanda Airport pada jam 11am. Pak Supir dan tour guide kami, Mas Nasrul dah sedia menunggu. Terus mencari tempat untuk lunch, maklum perut sudah bergendang dendang irama dangdut rege2. memandangkan pagi hari raya, kebanyakan kedai makannya tutup. Melilau jugak lah mencari akhirnya nasi goreng jawa ini menjadi hidangan pertama kami di Tanah Jawa. Sedap sangat!
Minuman wajib, jus alpukat jangan dilupa
Selepas mengisi perut kami ke Masjid Nasional Al Akbar untuk para prianya menunaikan kewajipan solat Jumaat. Aku lepak di luar sahaja atas sebab ABC. Ramai jugak jemaah wanita bersolat Jumaat, meriah dengan kanak2 yang semangat raya agaknya, berlarian ke sana, ke mari. Usai solat kami bergerak ke Jambatan Suramadu. Nasib kami baik jalan smooth jer, tak macet macam hari2 biasa, maklum hari libur kan, orang sibuk berhari raya dengan aktiviti korban di sana sini.
Gerbang tol masuk ke Suramadu. Jambatan menghubungkan Surabaya dan Pulau Madura. Masa takde jambatan ni penduduk Pulau Madura ke Surabaya menggunakan feri sebagai pengangkutan utama. Sekarang feri2 tu semua sudah dipindah ke Bali. Itu menurut cerita pak supir la..hehe
Stop at the road side to take photos. Cepat2 ambik gambar nanti pak polisi marah. Panjang gak jambatan ni tapi not sure berapa KM, nanti2 lah google.
Dah puas pusing2 jambatan, pak supir bawa kami ke Masjid dan Makam Sunan Ampel. Ramai betul ummah tengah mengaji di makam2 di sini. Segan jugak masa nak masuk ke kawasan perkuburan ni, maklumlah diorang semua tengah mengaji kita pulak sibuk nak melawat. Tapi ada sorang pakcik ni bawak kami masuk dan dengan panjang lebar bercerita sejarah Sunan Ampel ni. Beredar dari kawasan makam kami masuk ke kawasan masjidnya pula.
Khusus air minumPintu masuk ke makam Sunan Ampel.
Masuk pintu belah kanan
Besar betul beduk di masjid ni.
Yang biru tu tabung derma masjid. besar kan dan ditengah2 laluan orang ramai lagi.
Selepas ke sini, terus mintak pak supir hantarkan ke Hotel. Penat sangat dengan mengantuk lagi. Maklum lah flight awal pagi dah ke KLIA pukul berapa kan? Lagipun nampaknya plan untuk ke Bromo telah bertukar daripada plan asalnya. Dengan berat hati kuikutkan jua anak2 demi untuk melihat sunrise di Bromo. Kalau ikutkan plan asal ku, aku tak nak ke Bromo untuk sunrise. Plannya nak gerak ke sana dalam pukul 4am dan just nice bila sampai ke sana, orang semua dah turun dari Penanjakan dan kami akan naik sekadar untuk berphoto sahaja. Tapi lain pulak plan Mas Nasrul ni (walaupun pada awal lagi ku dah beritahu intinerary ku). Seperti kata dia, apa guna kalau ke Bromo tanpa melihat sunrisenya bu...so mentally aku memang tak prepare untuk mengadap suhu dingin di Bromo. Itu masalah aku yang sebenarnya. Aku tak tahan SEJUK tapi demi anak2, ku mengalah.
Check in POP Hotel, Diponegoro. Booking thru booking.com, semalam RM100 jer. Dah petang baru check in dan malam nanti jam 12 kami akan check out untuk gerak ke Probolinggo seterusnya ke BROMO. Ya Allah, banyak2 doa semoga Allah mudahkan segalanya, terutama sekali semoga kesihatan aku OK untuk hadap suhu dingin beku Bromo. Aku takut aku gigil dan kejung kat situ jer...hahaha...maklum kadang suhu air cond pun boleh buat aku gigil, inikan pulak nak ngadap suhu 10c...camane tu. Gimana mahu travel ke negara orang putih buk?
Bilik sempit sangat, nasib baik duduk sekejap aje
Kebun Binatang Surabaya, 5 minit jer jalan kaki dari Hotel Pop.
Tak dapat nak ambik shoot cantik tugu Surabaya cos ramai sangat umat manusia sedang bergambar. Ada photographers dah bolot port/angel (bahagian hadapan) yang cantik untuk Tugu ni. Kalau guna khidmat diorang dapat lah gambar cantik. Kalau nak shoot sendiri sorry lah, tiada laluan diberikan kepada anda. Pandai2 la cari port sendiri. Sedikit kecewa di situ moh la berjalan balik ke Hotel, lagipun hari dah hampir maghrib.
Singgah di kedai Bakery tepi jalan, Purimas 3 Bakery. Rembat brownies cheese dan beberapa lagi makanan lain. Dinner nanti kita layan ini aje lah. Banyak sangat makan kek muka pun dah bertukar jadi kek...hahaha...
Singgah di kedai Bakery tepi jalan, Purimas 3 Bakery. Rembat brownies cheese dan beberapa lagi makanan lain. Dinner nanti kita layan ini aje lah. Banyak sangat makan kek muka pun dah bertukar jadi kek...hahaha...
Brownies cheese ni sedap tapi tak dapat kami bertiga nak habiskan. Siap bekal ke Bromo, tak abis lagi bawak ke Malang, masih tak abis kami tinggal aje kat hotel di Batu.
Pukul 11.30 malam kami check out, Pak Supir sudah menunggu di bawah untuk perjalanan ke Probolinggo. Kalau tak macet dalam 2 jam boleh sampai, menurut kata Pak Supir. Singgah untuk dinner dahulu di Rawon Setan sebelum meneruskan perjalanan. Rawon Setan ni pernah keluar di Channel Go Asean Astro, sekarang dah takde Channel ni, ada online jer. Channel favourite dulu tu
Siibunya tak makan pun, dengar namanya pun dah tak kuasa u. haha...rawon ni sejenis sup daging jer pun, makan dengan nasi putih dan sambal tu. Harga tu agaknya yang mahal macam setan..hahaha...
Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Probolinggo. Sepanjang perjalanan mata langsung tak boleh lelap, pak supir tu dah bawak kereta giler menakutkan. Adoiii nak tercekik rasa, tiap kali dia memotong kereta di depan tak sampai sejengkal dengan kita. Ngeri weihh....beberapa kali aku menjerit, seriyau gak aku walaupun dia memang dah expect laluan sini, lagipun pak supir tu kampungnya di Probolinggo. Dah memang laluan dia setiap hari ke Surabaya, but still? Seram dan adventure betul..
Nantikan pengalaman kami di Bromo pulak...to be continue...InsyaAllah



















No comments:
Post a Comment