July 12, 2012
Kek Majerin Daisy
Assalamualaikum.....
Lebih kurang butter cake la tapi SH gunakan majerin daisy. Buat untuk tetamu yang istimewa, iaitu keluarga dari kampung. Guna bekas aluminium pakai buang tu jer...ni kes malas nak lenser loyang bagai. lagipun baru balik kerja, adik ipar pun kebetulan nak datang rumah lepas maghrib. Alhamdulillah...sedap...adik ipar siap tapau lagi...
Kualiti gambar tidak memuaskan.
Bahan-bahan*****
5 biji telur saiz A
160 gram gula kastor
200 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
240 gram majerin daisy
1/2 sudu teh esen vanilla
Almond flakes untuk ditabur atas kek
*****Cara-cara...
Satukan butter dengan gula. Putar sampai adunan bertukar warna krim.
Masukkan telur satu persatu.Masukkan esen vanilla. Masukkan tepung yang telah diayak. Sikit demi sedikit. Saya kaup balikkan jer tepung sehingga sebati dan tepung habis. Bakar suhu 180 sehingga masak. Oh lupa...taburkan almond flakes sebelum kek dimasukkan ke dalam oven. Senang aje kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
Makan @ Kantan, Kota Damansara
Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...
-
Trip Jakarta-Bandung - 29 May to 1 June 2025 Beli flight ticket a month before flight, last minute plan, exchange rates waktu ni - rp100k=...
-
Happy Birthday cucunda Nekbu yang manis, little princess Nekbu, Nuhaa Medina Binti Kamar Adam Iskandar 2 tahun Nuhaa yang penuh comel dan ce...
-
Assalamualaikum. Sambungan trip Melaka - Part 2 Trip tahun lepas, mana la nak ingat lagi kan, dah lupa dah Nekbu pun.. Lepas check out, kita...
1 comment:
assalam SH..memang senang..tapi klau buat sendiri belum tentu sedap mcam SH buat ni
Post a Comment