April 30, 2024

Jom pergi beraya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024
Maaf Zahir Dan Batin





 

Kisah balik Raya 2024 @ Erya, Cherating

Assalamualaikum w.b.t 

Simpan sini untuk kenangan. 
Cerita pulang beraya untuk menyambut Eid Mubarak 1445H. Gerak balik ke Dungun pada petang Ahad, 7 April pukol 5.30 petang dari KD. Sebelum tu siap masak untuk bekalan berbuka di mana2 dan persediaan untuk mengadap jem. Dah sedia mental dan fizikal...hahaha. Bila tengok Waze KL-Karak nampak trafik clear, Alhamdulillah happy masa ni, mungkin semua dah gerak balik awal pada Jumaat dan Sabtu yang jem gile2 tu. 
Dan berkemungkinan juga ada yang plan untuk toll free pada esoknya 8 dan 9 April.

Seperti dijangka traffic smooth sepanjang perjalanan hinggalah stop untuk berbuka puasa dia R&R Temerloh. Syukur. Usai berbuka puasa mengenangkan perjalanan yang masih jauh untuk ke Dungun dan estimated time untuk sampai jam 11 ke atas, siibu mengusulkan utk mencari hotel sebagai persinggahan untuk rehat dan bermalam. Esoknya boleh sambung perjalanan ke Dungun.

Wah macam jauh beno Dungun tu kan. Takper la trip santai2, laju2 kalut nak p mana? hahaha

Kami decide nak cari hotel murah2 je, untuk 3 bed. Browse thru Agoda nampak la Erya, By Suria, Cherating ni. Call them dan Alhamdulilah rezeki kami untuk dapat bed malam tu tapi tak booking direct dengan mereka bcos harga jauh lebih mahal berbanding dengan Agoda. Boleh save banyak book dengan Agoda. Paid and done! so lets jom. 
Bila tengok review2 pun ok je, lagipun  tujuan bukan nak berholiday sakan sekadar nak rehat, tidur janji bilik dan tandas bersih sudah memadai. Selamat sampai ke sini pada jam 10.30pm. Kalau terus ke Dungun tak tahu sampai pukul berapa. Alhamdulillah.

Source-Agoda. Triple sea view room. 
Free breakfast/Sahur. Alhamdulillah berselera makan nasi dengan sup ayam dan sayur kobis. Ada juga mee goreng, cereal dan fruits. Cukup untuk mengalas perut.
Morning view. Lepas sahur tak tidur dah semangat nak tengok Sunrise
Pantai depan Erya macam tak sesuai la kot untuk mandi manda, dah ditambak dengan batu, mungkin sebagai wave breaker, kalau musim tengkujuh ombak mesti kuat, mau ombak masuk ke swimming pool...(teori saya sahaja...hahaha)

Mentari pagi baru nak memunculkan diri...Subhanallah





Check out 10.20am dan terus gerak balik ke Dungun. Kenangan raya 2024.
Sempat lagi dengan panas lit lit, kat Jetty Awana Kijal
Ada orang mancing di hujung sana, dengan panas terik matahari, gigih betul dia

Sekian coretan preEid 2024. 







 

February 20, 2024

Kek Tapak Kuda Matcha Crunchy

Assalamualaikum
Bila kerajinan datang untuk mencuba kek tapak kuda viral ni. Nak try la menjadi ke idok, tengok orang buat senang aje. Resepi tengok kat Tik Tok, kalau tak silap resepi Che Sayang.
dan ini lah hasilnya......yeuhuuu....Alhamdulillah menjadi. Matcha tu pun terbaik la bila dicampur dengan cereal tu. Kita guna chocolate Berlys sahaja but rasa dia tetap sedapp...

Kek gebu and moist. Bila gulung tu takde la pecah cuma permukaan kek je macam tertanggal sikit. Overall OK je, nak makan je pun bukan nak meniaga. Tak gitu?


Bila dia renggang dari tepi loyang tu menandakan kek tu dah masak tapi makcik gi cucuk jugak dengan garfu

Dapat la 4 ketoi, potong 4. Mula2 nak buat 2 aje tapi cling wrap kecik so kita buat aje 4, mini tapak Pony.



Passed!





 

February 16, 2024

Cromboloni KLCG


Kejadian tahun lepas ni, sekali tu aje la makan benda alah ni pun. Sanggup bethol beratur sejam lebih demi makanan viral ni. Makcik zaman sekarang ni pun mudah terpengaruh kan...hahaha...😅😅
#bahagia cara sendiri



Sorang boleh beli 2 ketoi aje, so dapat lah 4 ketoi. Ada chocolate, 2 Pistachio dan green tea.
Overall Ok la, sedapp, crunchy dan manis gilak. 

Sekarang dah banyak dan senang dapat Cromboloni ni, kat bakery area rumah pun banyak. Tapi takde la pulak rasa nak beli...hehe...tu la kan, kadang jahat betul kuasa viral ni, sekarang macam orang dah tak heran sangat dah. 
#simpansinibuatkenangan








February 15, 2024

Jalan2 Banting, Jan 2024

Assalamualaikum w.b.t

Awal pagi dah sampai Banting, jom la kita breakfast dulu. Katanya kedai ni viral kat Tiktok, ntah la kita follow aje la Waze bawak, lagipun perut pun dah berkeroncong. 
Nama kedai ni Restaurant Kampung Hills. 

Ni pandangan belakang Restoren. Keluar nak ke Toilet 
Ni Toiletnya, comel dan bersih 
Makanan cam biasa la tekak melayu. Pagi2 dah cari nasi. Nasi lemak dia sedap, sambal OK
Kacang Pool ni pun sedap sangat. Beli satu dan share2 la makan, buat raso2 sikit sorang. Roti tu lembut yakmat. Nice, takyah gi jauh2 ke JB cari kacang pool. Hehee
Nasi lemak ayam black pepper kot, lupa dah

Satu lagi tu nasi goreng kampung dia. Sedapppp, semua sedap dan puas hati makan. Lagi puas hati bila orang belanja, Alhamdulillah
Hot Latte, nice latte Art
Dah habis makan, kita gerak ke Kerepek Ros. Misi utama biasa lah nak cari kerepek2 yang fresh dan sedap di anak tekak. Borong sakan tapi puas hati dan murahnya kat sini. Tapi kalau takat datang sini untuk beli kerepek je, lupakan. Bukan dekat KD ke Banting. Baik tekan kat Shopee aje...hehe....

Lepas tu kita healing2 kat pantai Morib. Sewa kerusi aje duduk santai2 tengah panas lit2. Khemah sewa RM50 rasa sayang pulak duit. Kalau seharian nak duduk situ ok la ambik khemah. Ni tak sampai sejam rasa membahang panas, bila panas melampau ni mula lah nak sakit kepala. 

Tu je la ceritanya😀😀😀
#simpansinibuatkenangan


 

June 15, 2023

View on top of Menara KL

Salam semua (ada ke yang tengok blog ni?)

Sesaja duk scrol2 blog ni tadi, baru terperasan gambo atas Sky Deck Menara KL takde dalam ni. So kita pun upload je la, untuk kenangan simpan sini. 

Kejadian tahun lepas kalau tak silap, hadiah behday ibu request nak naik sini...hahaha..

MAHA Tower dah, KL Tower dah, Tower apa lagi lepas ni...















Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...