February 16, 2024

Cromboloni KLCG


Kejadian tahun lepas ni, sekali tu aje la makan benda alah ni pun. Sanggup bethol beratur sejam lebih demi makanan viral ni. Makcik zaman sekarang ni pun mudah terpengaruh kan...hahaha...πŸ˜…πŸ˜…
#bahagia cara sendiri



Sorang boleh beli 2 ketoi aje, so dapat lah 4 ketoi. Ada chocolate, 2 Pistachio dan green tea.
Overall Ok la, sedapp, crunchy dan manis gilak. 

Sekarang dah banyak dan senang dapat Cromboloni ni, kat bakery area rumah pun banyak. Tapi takde la pulak rasa nak beli...hehe...tu la kan, kadang jahat betul kuasa viral ni, sekarang macam orang dah tak heran sangat dah. 
#simpansinibuatkenangan








February 15, 2024

Jalan2 Banting, Jan 2024

Assalamualaikum w.b.t

Awal pagi dah sampai Banting, jom la kita breakfast dulu. Katanya kedai ni viral kat Tiktok, ntah la kita follow aje la Waze bawak, lagipun perut pun dah berkeroncong. 
Nama kedai ni Restaurant Kampung Hills. 

Ni pandangan belakang Restoren. Keluar nak ke Toilet 
Ni Toiletnya, comel dan bersih 
Makanan cam biasa la tekak melayu. Pagi2 dah cari nasi. Nasi lemak dia sedap, sambal OK
Kacang Pool ni pun sedap sangat. Beli satu dan share2 la makan, buat raso2 sikit sorang. Roti tu lembut yakmat. Nice, takyah gi jauh2 ke JB cari kacang pool. Hehee
Nasi lemak ayam black pepper kot, lupa dah

Satu lagi tu nasi goreng kampung dia. Sedapppp, semua sedap dan puas hati makan. Lagi puas hati bila orang belanja, Alhamdulillah
Hot Latte, nice latte Art
Dah habis makan, kita gerak ke Kerepek Ros. Misi utama biasa lah nak cari kerepek2 yang fresh dan sedap di anak tekak. Borong sakan tapi puas hati dan murahnya kat sini. Tapi kalau takat datang sini untuk beli kerepek je, lupakan. Bukan dekat KD ke Banting. Baik tekan kat Shopee aje...hehe....

Lepas tu kita healing2 kat pantai Morib. Sewa kerusi aje duduk santai2 tengah panas lit2. Khemah sewa RM50 rasa sayang pulak duit. Kalau seharian nak duduk situ ok la ambik khemah. Ni tak sampai sejam rasa membahang panas, bila panas melampau ni mula lah nak sakit kepala. 

Tu je la ceritanyaπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€
#simpansinibuatkenangan


 

June 15, 2023

View on top of Menara KL

Salam semua (ada ke yang tengok blog ni?)

Sesaja duk scrol2 blog ni tadi, baru terperasan gambo atas Sky Deck Menara KL takde dalam ni. So kita pun upload je la, untuk kenangan simpan sini. 

Kejadian tahun lepas kalau tak silap, hadiah behday ibu request nak naik sini...hahaha..

MAHA Tower dah, KL Tower dah, Tower apa lagi lepas ni...















February 24, 2023

MAHA Tower, Langkawi

 Assalamualaikum

Trip ke Langkawi lagi. Kali ini 4D3N pada 11 Jan 2023. Kali ke 9 dah ke Langkawi, malas dah update sini, hahaha...

Trip awal tahun ini 'special' sikit kerana sambil menyelam minum air gitu. Selepas 6 bulan latihan di PULAPOL Langkawi, akhirnya pada tarikh 12 Jan siibu dapat menyaksikan sianak di hari Perbarisan Tamat Latihan aka graduation day la...Alhamdulillah

Syukur semuanya berakhir dengan jayanya. Tahniah sianak atas semangat kental dan kesungguhan yang jitu untuk merealisasikan cita2 untuk menjadi keluarga PDRM. 

Trip kali ni lebih santai macam Langkawi aku punya je. Haha, dah tak tahu nak pergi mana dah. 

Terfikir nak ke Sunset Cruise tapi bila survey harga RM200 lebih rasa cam sayang pitih la pula. Akhirnya decided jom la kita naik MAHA Tower, Icon baru Langkawi. 6 bulan lepas masih lagi belum dibuka untuk umum so bila dah dibuka ni why not kan. Cakap kat anak, lagipun entah bila la nak datang Langkawi lagi, kalau tiada hal atau perkara penting rasanya Langkawi dah out of the list dah.

Kami ambik tiket Sunset RM45 for Adult. Ada makan2 (Hi-Tea) sambil layan panorama Langkawi dan Sunset view. Subhanallah, indahnya Alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa. 

Jom layan gambar

MAHA Tower dari Bayview Hotel


Layanan staff terbaik daripada yang di kaunter tiket sehingga la kaki melangkah keluar dari Tower. Ketibaan anda akan disambut mesra dengan senyuman..haha. Bila lif terbuka ada staff yang sedia menunggu dan mula2 staff akan bawa kita ke Skydeck di tingkat 33. Saat matahari tengah nak set tu kan, subhanallah cantik sangat view. Gambar ni guna handphone cap ayam je so takde la nampak woww sangat kan. Posing la sepuas hati. Staff pun akan tolong ambikkan gambar dan tanyalah apa nak tanya dia akan layan bercerita apa yang patut. Dah puas bergambar dan layan view, staff akan bawak turun ke Level 18 untuk menikmati light refreshment yang disediakan. 



Lantai kaca tu boleh tengok view di bawah dari ketinggian 33 tingkat. Pada yang gayat jangan risau, katanya lantai kaca tu boleh menampung berat sehingga 1000kg. So jangan la risau nak berjalan di atasnya and enjoy the view!








Ini pulak Skylounge di tingkat 18. Boleh keluar menikmati view sambil menjamu selera. Ada nasi lemak dan kuih muih dan berbagai jenis asam dan kerepek untuk dikunyah. Berbaloi la dengan fees yang dibayar. Bukan selalu pun dapat me time dan dapat healing2 macam ni kan? Alhamdulillah









Waktu ni tak ramai orang pun, mungkin masih baru dan dengan fees sebanyak tu akan berfikir 2,3 kali juga. Sunset tepi pantai pun boleh layan kan. Terpulang kepada masing2 la. Kalau nak mencuba sesuatu yang baru, sesekali apa salahnya kan. So let's....















Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...