Assalamualaikum w.b.t
Office (group) trip ke Lexis Hibiscus, Port Dickson. Last group trip sebelum Covid 19 muncul ialah Langkawi. Selepas Covid 19 semakin mereda, kita panas enjin kereta ke tempat yang dekat dulu lah...haha...Ok lah, lama tak berkumpul dan berholiday sesama teman office.
Trip kali ni disertai almost 200 staffs. Admin staff kami ber 5 sahaja la, the rests semua professional staffs. Yang penting kalau nak pergi sendiri ke sini, dengan duit sendiri, lambertt lagi la, sayang duit oooo...
Trip 3 days, 2 Nights, Full board. Breakfast, Buffet Lunch and Buffet/BBQ Dinner are provided. Makan lah selagi anak tekak mampu telan. Jom la layan gambo2 kenangan di sini.
SO ini Tiny House kami untuk 3D2N, No 156, Premium Pool Villa, Lexis Hibiscus, Port Dickson.
Group check in tak perlu q, cepat dan pantas dapat kunci bilik
Naik Buggy untuk ke bilik masing2, bilik kami kat Petal 1 actually walking distance aje, ngengada nak naik buggy...
Map Source - google
Sepatut 4 orang in the room, sorang lagi dah masuk bilik lain, since ada staff yang positive covid tak dapat join last minute. Ok lah! bertiga lebih baik..katil selesa bangatt...
Layan movie sementara menunggu dinner at 6pm
Poolnya cenonet aje, tak dan nak 5 kuak lentang pun, haha...sambil mandi boleh la hai2 jiran depan...
Suites yang terpaling hujung kat Hibiscus, for sure ni yang paling mahal la kot
Morning walk sampai ke hujung bunga raya. Menghirup udara yang segar dan nyaman.
Nak letak juga gambar cakoi ni, rare ni kan?
InsyaAllah dipanjangkan usia, sihat tubuh badan bertemu lagi di Office group trip di tahun hadapan. Destinasi belum tahu lagi...hehe...InsyaAllah