October 27, 2017

Laguna Redang Island Escape - Day 1

Assalamualaikum

Mood nak update blog dah ke laut dalam. Berlalu bersama tiupan angin laut cina selatan. Mungkin kerana kebizian, tak sempat nak menjenguk apalagi nak mengarang cerita.  

Trip ke Surabaya belum dapat dikarang lagi walaupun ada permintaan daripada pembaca setia blogku. InsyaAllah, bila mood dah datang yer, sabor aje la...nak jugak kongsi dan simpankan gambar2 Surabaya di blog kesayanganku ini. Bila nak update pun tak tahu laaa..

Kali ni nak share trip ke Laguna Redang pada 2 minggu lepas. Office trip tahun ni ke Redang pulak kita yer. Makcik pun apa lagi ambik kesempatan lah untuk jadi tourist di negeri sendiri. Nama aje orang Ganu tapi tak pernah sekali pun jejak kaki di pulau2 yang cantik dan superb di Ganu kite, buat malu jer kan....hehee...so kali ni tercapai la jugak hasrat hati. Alhamdulillah

Tapi trip kali ini, perlukan pengorbanan yang besar, perlu berkorban muntot la kerana naik bas. Long journey boleh kematu muntot dibuatnya. Lama betul tak merasa naik bas untuk long journey, kali ni konon2 nak ulang kembali kenangan dulu2 naik bas Transnasional balik ke kampung. Hahaha..

Gerak dari KL jam 1 pagi, sedar2 bas dah stop di sebuah Masjid di KT untuk solat suboh. Tak terasa perjalanan selama 5-6 jam tu. Selepas solat gerak ke food court di Pantai Batu Buruk untuk sarapan sebelum menaiki feri pada jam 9.30 pagi. Sarapan pagi of cos la nasi dagang, dah sampai Ganu kita menu wajib la tu kan?
terbaik kuasa 3! Level up!😊
Perjalanan smooth jer, ombak ok tak bergelora sangat dan saiz feri yang besar tak rasa pening atau mabuk pun. Perjalanan selama sejam setengah dan selamat tiba di Laguna Redang...yeehaa...seronoknya hati bukan kepalang..

Selamat datang ke Laguna. Beratur staff Laguna menyambut tetamu. Tetamu is money maaa...hehe
 Setibanya di sini, masuk ke hall depan tu dulu untuk briefing. Layan kan aje
 Sessi briefing, welcoming speech from Laguna staff yang sangat friendly
Selesai briefing naik trem ke Lobby, tak payah penat2 nak berjalan yer. Save kan energy tu untuk aktiviti2 lain nanti. Pastu tak payah nak risau luggage anda semua, diorang akan hantarkan ke lobby nanti.




 welcome drink - asam boi kasturi
Still early so tak boleh check in dulu, selepas dapat kupon makan, terus ke Sang Suria Cafe untuk lunch terlebih dahulu sebelum masuk bilik. Wahh...makanan sedap2 lak tu, perut pulak tengah lapar, heaven! Hancus diet
Tempat makan tak perlu nak berebut, semua dah ditetapkan section masing2...so menjamu seleralah dengan penuh adab dan sopan santun yer...jangan gelojoh kang tersedak malu...
 Ni jer yang sempat di photoin....selepas tu dah sibuk menyuap aje kan..
Dah dapat kunci jom kita ke bilik. Dont expect nak seaview, Pool View la, yang kami dapat hutan view. So dapat lah view monyet2 dan tupai yang bergayutan. Seronok pulak tengok khazanah pulau ni..hehe. Tapi takde lah sempat nak ambik gambar monyet2 tu posing, jengok2 camtu jer, pintu tak bukak pun, takuttt...


Ni la biliknya. Bilik besar dan selesa untuk berempat. Tak perlu nak berebut2 katil pun, semua sama aje, facing TV ke tak ke, tak kisah la, bukan tengok TV pun...yang penting tidor lena sampai subuh. Alhamdulillah...Lepas check in, xtvt free and easy, so kami membuta aje lah...hahaha...pukol 3.45pm semua turun ke pantai untuk Tele-Match. 
Masing-masing sibuk ber tele-match. Set2 otai masih berbisa semua nyorok kat belakang...hahaha...tapi aku ada reason la tak join diorang, lutut ni uzur betul sejak balik dari Surabaya hari tu. Sehingga saat ni pun, masih lagi sakit lagi, dah macam2 ikhtiar, Allah belum izinkan untuk sembuh lagi. Ni bukan pasal gel lutut, rawan lutut dah kurang ke apa tapi ni masalah muscle di bahagian lutut sakit, bengkak. Sama kes cam kat HCMC aritu tapi sakitnya sembuh sekejap aja. Kali ni lambat sikit agaknya. Sakit tu kan penghapus dosa2 kecil, aku redha dengan ujian ini.

Diaorang ber tele-match, kitaorang jalan2 menyusur pantai. Indahnya alam indah ciptaan Allah. Memandang lautan membiru, damai dan tenang rasa hati. 
Jalan sampai ke hujung sana. Macam2 resort sepanjang pantai ni, pilih mana yang berkenan jer. Resort yang bajet pun tak kurang hebatnya. to name a few Redang beach Resort, Redang Lagoon dan di hujung sana Sari Pacifica. Tebuk dada tanya selera.  


 Hari dah senja jom balik ke bilik. Malam nanti ada Gala Dinner di Ballroom. 
Kualiti gambar kureng sikit la cos tanpa edit langsung dari Gopro 5. Maklum lah stok makcik2 ni mana lah reti sangat nak berphoto. Biasa kemana2 dengan anak bujang diorang lah yang selalu jadi photographer. Bila trip sendiri ni, pandai2 lah ambik gambar sendiri. Cantik tak cantik nasib badan lah... hehe

P/S hujung bulan ni semua Pulau di Terengganu akan ditutup untuk 4 bulan. Musim Tengkujuh dah otw tu. So kalau nak ke Redang boleh lah kumpul duit dan plan trip next year. March 2018 InsyaAllah diorang akan kembali beroperasi.

September 8, 2017

Surabaya/Bromo/Malang/Batu- 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakkan kaki ke sini...














July 27, 2017

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum 

Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018 pula. InsyaAllah, aamin

Nak postkan makanan yang menjadi juadah kami di Syawal 2017 kali ini. Untuk kenangan di sini.
Alhamdulillah dengan rezeki Allah kepada kami. Rezeki masih berselera makan, rezeki wang ringgit dan segala macam kurniaan lain yang tak terhitung banyaknya. Alhamdulillah..

Ketupat palas mok antara juadah terbaik setiap kali raya. Nak buat sendiri setakat mengadun dan mengukus pulut tu boleh la tapi tang nak membungkus ketupat tu, itu yang kurang arif sikit. Cara bungkus ketupat palas Terengganu ni tidak sama dengan cara bungkus ketupat orang PJ, KL atau negeri2 lain yer...beza sama sekali. Kalau bungkus cara sini, rasanya saya pun boleh buat kot...


Ketupat palas yang digoreng garing. Ermmm rindunya
Ada yang baik hati sponsor Satay. Semoga Allah murahkan rezekimu, anakku
BBQ di syawal ke 2
Nasi minyak air tanganku
Lontong, nasi himpit sambal telur dan sambal udang 
Nasi tomato dan ayam masak merah versi saya
Kek lapis Sarawak
Pulut kuning
Roti jala aka lempeng...hahaha
Kari ayam untuk pulut dan roti jala. Kari kurang cantik kejadiannya cos pakai santan kotak kot. So tak pecah minyak dan berkilat cantik. Huhu
Ni ole2 yang sempat anak bujang beli masa berbisnes trip ke Sarawak hari tu. Walaupun hanya one day trip, pergi pagi balik malam tapi sempat gak dia grab ni kat Airport untuk ibu ni. Terharu gitu...
Carrot cake, lamanya tak membaking carrot cake. Bake sebijik untuk dibawa ke open house adik ipar. Lebihan sikit masukkan ke dalam paper cup, dapat la merasa sebijik. Ermmm yummmynya dengan topping yang mewah dengan cheese. Siap sagat cheedar cheese lagi kat atas tu kasi leleh lagi. Hehe
Ni paling win masa open house umah sis in law hari tu. Tak puas makan masa bulan puasa so kita makan puas2....makan free maa...Alhamdulillah
Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Allah berikan. 

July 6, 2017

Cerita ceriti sebelum Syawal 2017


Assalamualaikum

Cerita ceriti sebelum raya. Tahun ni cam biasa dah lama tak open order untuk cookies tapi bila pos kat FB ramai jugak yang nak order. Ambik mana yang dirasakan mampu buat aje lah. Tart nenas untuk mereka yang berkenaan sahaja. Tak larat sangat nak menekan adunan tart tu, renyah sangat rasa buat tart nih. 
Chocolate chips cookies, ada almond nibs, walnut dan choc chips. Ramai jugak yang order 


Golden pineapple jem
This is my way, orang lain tak tahu la buat camane
Golden pineapple tart. 
Penat jugak nak menyiapkan tapi bila dapat pujian dari customer, tu yang buat happy sangat. Alhamdulillah
Proses tart nenas keju untuk diri sendiri. Kepingin nak buat dah lama, kali ni usahakan buat jugak
Gabak2 gitu, makan sebijik pun dah kenyang
Ini buat special untuk anak buah buahan di kampung. Bahan2 simple tapi nak membuatnya renyah giler, perlukan kesabaran yang tinggi ni. Adunan ni terkeras sikit pasal tu dia tak merebak dengan cantik. Kenapa keras? cos resepi sukatan timbang tapi saya convertkan ke sukatan cawan. Gugel info utk convert tapi still tak sama dengan sukatan timbang. Penimbang pulak rosak masih belum berganti
Tapi Alhamdulillah, ya Allah happynya bila tengok diorang makan. Syukur Alhamdulillah, semua suka, dari yang kurang berselera makan pun boleh makan dengan banyak

Dah siap berkukis baru kelam kabut nak cari baju raya. Last minute betul baru pikir nak kaler apa, nasib baik baju melayu anak bujang senang dapat di Jakel. Baju ibunya dah la plus size, nak pulak colour hijau emerald, memang susah lah last minute nak dapat. Mula2 ke Sumayya, dah memang regular customer Sumayya sejak tahun 2013 lagi, dapat lah sepasang tapi colour tu cam lari la pulak dari tema. Tak puas hati betul. cari2 lagi kat FB. Sekali terpikir why not beli jubah (long dress) kat Thaheerah, nampak cantik2 dan harga pun OK la...so minggu akhir before raya terus ke Denai Alam ke Thaheerah ni. Alhamdulillah dapat la yang dihajati walaupun colour a bit lari tapi still masuk dengan baju anak2...melayang duit untuk 2 helai jubah.
Duit dah berhabis untuk beli baju, sampul duit ni simpan untuk kenangan aje lah...hahaha
Sehari sebelum balik kampung, berlari ke Jakel lagi untuk beli kain tudung. Betul2 kerja giler la, semua last minute nih...Alhamdulillah sempat lah jahit tudung 2 helai. Kelam kabut betul tahun ni tapi semua kelam kabut tu dibayar dengan kesihatan yang tidak berapa baik sepanjang di kampung. Pakai baju setakat untuk bergambar sahaja, rumah sedara mara satu pun tak pergi. Jumpa mana yang datang beraya rumah mok sahaja. InsyaAllah, panjang usia dan dimurahkan rezeki, semoga bertemu lagi Ramadan dan Syawal 2018. Aaaminn

July 4, 2017

Salam Aidilfitri 2017


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Alhamdulillah, setiap tahun tidak perlu untuk bergaduh berebut nak balik raya di kampung mana. InsyaAllah inilah satu2nya kampungku, Kampung Sura Hujung, Dungun Terengganu. Syukur dapat beraya pada tahun ini dan berkumpul adik beradik seramai 7 orang. Seorang adik tidak dapat cuti dan hanya pulang beraya pada hari raya ke 5. Tahun ni meraikan kedatangan anak buah baru yang baru aje 2 minggu melihat dunia. Welcome to the world baby Rania. 







Terima kasih Allah untuk segala rahmat dan pemberianmu. Terutama dengan rahmat kesihatan buatku dan anak2...walaupun diuji dengan demam dan tidak sihat sepanjang berada di kampung, kutetap syukuri atas setiap pemberian dan dugaanMu, Ya Allah. Semoga segala amal ibadahku diterimaMu sepanjang Ramadan yang lalu...Aamin...harap hati ini terus tabah dan cekal untuk menghadapi apa jua dugaan dan ujianMU. 

#Syawal2017
#titipkan di sini untuk kenangan
#setiap apa yang berlaku ada hikmah dan rahmat yang tersurat

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...