January 17, 2017

MRT, nak naik bayar ler..

Assalamualaikum...

Pagi tadi start melabur dengan Amanah MRT Corp...hahaha..

First day kena bayar, no more free2...

Sempat snap masa nak keluar pagi tadi...RM3 still OK lagi...6 hinggit jer sehari melabur...Syukur lah..


December 30, 2016

Jom naik MRT

Assalamualaikum

Ini la transport saya ke office sekarang. Syukur Alhamdulillah, boleh la berjimat cermat duit parking dan jugak duit tol. Parking dan tol dah RM17 sehari, itu belum kira petrol lagi, waktu tempuhi jem lagi. Bukan lah berjimat untuk kaya raya tapi ini juga adalah salah satu bentuk rezeki yang Allah kurniakan so kenapa perlu menolak rezeki? Bila pilihan dah ada di depan mata, why not kan? Dapat save sehari 10 hinggit pun dah cukup besar. Syukur sangat bila MRT ni dah start beroperasi apelagi sebulan free rides oooolala..sape nak lepaskan peluang kan...?

So sekarang boleh travel to office with peace of mind.
Kota Damansara

Platform 1 to Semantan

Menara Milenium sudah terlindung di balik Damansara City

PBD

Thanks to feeder bas, kalau tak memang jenuh nak menapak dari sini ke Menara Milenium



Luas, cantik dan bersih. Barang baru kan..



Feeder bas from Jalan Damanlela to MRT. 

Nampak la sikit MM tu

Ini View dari station Semantan, boleh la nampak MM dengan jelas

December 15, 2016

Kuih Keria Gula Melaka (antarakami jer bukan antarabangsa)

Assalamualaikum

Viral betul kuih keria Antarabangsa ni sekarang kan, tahun lepas masa kitaorang gi Melaka time tu takde la viral sangat kot, masa kitaorang beli pun Q tidak lah seteruk sekarang. Dengar cite sampai 2,3 jam beratur nak beli keria...humang aiii...

Pendapat ikhlas saya, kalau sesapa yang belum pernah makan mungkin keterujaan tu tersangat melampau di situ tapi once dah makan, rasa untuk repeat dan menempuh seksaan beratur tu tidak la sama sekali kot. Balik rumah beli keledek buat sendiri, InsyaAllah kalau kena gaya dan percaturannya, rasa kurang lebih sama aje...InsyaAllah...lagipun makan banyak2 pun banyak mudarat daripada khasiat...tak gitu? #jangankecamsaya

#Flashback gambar Nov 2015 lepas



Ini keria gula melaka versi saya, adjust sana sini. Malam selasa lepas ada majlis Maulid Rasul kat blok kediaman kami tuh, so jiran2 digalakkan bawak satu hidangan kuih. Memula tu konon nak buat creampuff tapi 'terbuat' lak kuih keria ni untuk minum petang. So 'terbawak' la kuih ini sekali ke majlis tersebut....ok la kan, janji habis lincing..haha..

First batch buat dapat la dalam 40 ketul, so duk pikir takkan nk bawak 30 ketul jer kalau ditolak 10 ketul untuk kami ber3...mana nak cukup kan, lagipun alang2 buat lebih lagi bagus...so siibu ni mengarah lah sibujang pergi beli keledek lagi, bagi duit 10 hinggit. Sekali anak bertuah bawak balik 3 kilo lebih keledek bapok besor dengan harga rm17!!...ermmm...speechless kejap ibu ni...anak aku ni mengamok ke ape..ke nak suruh aku buat banyak2? Jangan buak bijok bak kata mat dang...

Ni la rupa keledek putih yang beso2 tu. Ini balance yang masih ada kat rumah yang tak sempat nak habiskan hari tu. Biasa untuk kuih keria kita guna keledek putih, kalau takde belasah jer la keledek oren ke ungu ker, merah ker..
yang sempat berfoto, dah last2 batch


Selepas digoreng

Selepas disira, time ni baru keluar dari gula panas tu. Bila dah sejuk baru nmpak kerak2 tu sikit

Resepi Azlita ni boleh la dijadikan panduan, tang tepung tu pandai2 la ejas sendiri, kot terlebih kang keras lak, terkurang kang kecut lak jadinya..

Kuih Keria Gula Melaka - Azlita Masam Manis (TQ)

500 gm keledek putih ~ kupas kulit, potong sederhana besar dan rebus bersama air dan sedikit garam
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk mengoreng

Bahan Sira

3/4 cawan gula Melaka ~ dihiris
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air

Keledek di rebus bersama garam hingga empuk
Setelah empuk, di lenyek hingga halus
Capurkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh
Sapukan tangan dengan sedikit minyak dan bentukkan doh seperti roda bulat
Buat hingga habis adunan
Susun keria atas loyang yang di sapukan sedikit tepung supaya tidak melekat

Panaskan minyak dalam kuali
Gorengkan keria hingga keperangan
Angkat dan biarkan sejuk

Dalam kuali yang bersih
Satukan bahan sira
Masak hingga gula pekat
Masukkan keria dan kacau hingga bersalut sempurna dan gula melekat pada keria


Cupcake 3 bahan jer

Assalamualaikum

Nak berkongsi resepi cupcake yang guna 3 bahan sahaja. Anak bujang yang whatsapp kan resepi ni siap gambar step by step lagi. Ibunda pun sedia maklum lah, nak suruh ibunda cuba buat la tu.
Lagipun bahan2 semua dah ada kat rumah. Nutella hari tu, siabang grab kat Tesco masa diskaun harga kaw2 - 850gm (saiz besar sekali) hanya berharga RM22!...murah kan....

Jom la kita buat cupcake yang very the easy nih...deko atas tu boleh la nak letak ape sesuka hati dan selera yer..

Cupcake Nutella 
1/2 cawan Nutella
1 Biji telor gred A
5 sudu besar tepung gandum

Cara2-
Pukul telur, dan kemudian masukkan nuttela. Pukul sebati dan masukkan tepung. Gaul biar dia beramah mesra dalam tu. Lepas tu boleh la diletakkan ke dalam cup saiz kegemaran masing2..

Cupcake ni nampak drykan tapi dalam dia lembut dan sedap sangat. Bahagian luar cam crunchy2 sikit.











November 24, 2016

Green Peas Cookies

Assalamualaikum...

Tetiba buat cookies, ni dah kes nak makan 'sangat'. Bila orang bagi pastu rasa macam tak cukup, so solutionnya adalah dengan membuat sendiri. Senang dan mudah sangat nak buat ni, rajin ngan idok sahaja. 

Total kos: Ground green peas, 1 kg - RM11.50
Mazola Oil-RM11.30
Gula aising dan tepung dah ada kat rumah.
tapi adunan yang dibuat 2 adunan sahaja. Balancenya masih banyak lagi, Resepi kat bawah:-


Biskut Kacang Peas

Bahan-Bahan

·                     1 cwn Tepung Kcg Peas
·                     1 cwn Tepung Gandum
·                     1/2 cwn Gula Aising
·                     1/2 st Baking Powder
·                     1/2 st Garam
·                     1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
·                     1 biji Telur Kuning-tambah sedikit warna kuning
Cara-Cara

1.            Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
2.            Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
3.            Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
4.            Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
5.            Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.





November 8, 2016

PTSB Kulim, Convocation Day

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah setelah 3 tahun bertungkus lumus, akhirnya berjaya jugak mengenggam diploma. 'Diploma jer, kenapa tak ambik matrik pastu terus sambung ijazah, buang masa 3 tahun untuk sekeping diploma. Belajar jauh2 lak tu, kalau setakat diploma kat KL berlambak tempat belajar' masih terngiang2 kata2 itu di telingaku. Itu lah kata2 racun berbisa daripada mulut manusia yang tak bertamadun. 

Tak perlu dilayan mulut2 tutt camni. Orang yang faham dan mengerti sahaja yang akan tahu perih jerih untuk mendapat sesuatu yang dihajati.

Alhamdulillah, TQ Abang..berjaya untuk fasa pertama ini, semoga akan berjaya seterusnya untuk perjuangan2 yang akan datang. Berjaya di dunia dan juga di akhirat. InsyaAllah..aamin....

Dewan Muadzam Shah, PTSB




November 4, 2016

Kek Coklat Cheese Lava meleleh


Assalamualaikum w.b.t, Gud Morning

Salam Jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah untuk segala nikmat dan rahmat pada hari ini. Sentiasa berfikir dan doa yang baik2...insyaAllah akan datang semua yang baik2. Be positive!...Ingatan untuk diri sendiri jugak, yang kadang2 lalai dan leka..

Ok, ini antara koleksi kek chocolate cheese lava berhantu, katanya...tak kesah la nak letak nama apa yang penting kek ni sedap sangat, gebu, moist, gabungan cheese dan chocolate leleh tu yang buat mata naik juling....hahaha...melampau sangat kan..?


Ini tempahan dari kawan2...saya ni bukan lah pakar sangat buat kek, tapi bila ada permintaan maknanya lulus la tu rasanya...Alhamdulillah...kadang tak sampai hati nak hampakan orang yang nak makan. Yang ni versi bakar
Kalau dalam bekas kecik ni, ianya dikukus...mana2 kaedah pun ok jer, rasa tetap sama dan tetap moist. Sape2 yang takde oven, boleh aje kukus kek ni, tak jadi hal.
 Tengok tu...ermmm...
 Yang ini pulak versi cupcake. Meleleh tu, nak chocolate lebih pun boleh...
Ini last minute request dari adik untuk behday anaknya yang pertama. Saje untuk buat makan2 adik beradik..so ini aje lah yang sempat dibuat, Bahan2 yang sedia ada diolah dan jadi lah sebijik kek ni...
 Ermmm...yummylious...

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...