April 1, 2014

Oriental Village, Perdana Quay dan Pantai Kok

Assalamualaikum...

Bersua kembali...belum habis cite Langkawi...jom layan...
Pagi Jumaat sekitar jam 9am kami memulakan penerokaan Pulau Langkawi...ecehh...penerokaan la sangat. Pepagi buta di hari minggu tu, kami buat kerja giler naik Gunung Raya...mau tak seriau sepanjang perjalanan, ada yang meremang bulu tengkuk...ikut keras hati nak naik jugak, walaupun pada mulanya di KM7, dah suruh adik berpatah balik tapi alang2 biar sampai atas, kata minah ni...
Jalan yang sunyi sepanjang mendaki ke atas.

Perjalanan naik sebijik kereta dan manusia pun takde...so just imagine, anything happen at ur own risk...namun syukur tiada kejadian yang tidak diingini...kami stop kat Tangga Seribu Kenangan tu tapi tak ambik gambar...cepat2 jer nak turun...malam tu tak dapat tidur dengan nyenyak, siap mengigau lagi...jam 3.30pagi.
Perjalanan turun rasa cepat pulak, terus pecut ke Oriental Village. Parking kereta dan masuk ke salah sebuah gerai di situ untuk breakfast....layan roti canai dengan teh tarik....nyaman...
Jalan2 kat sini, tengok itu tengok ini, kami tak naik pun cable car tu...kami ber3 species gayat, mok aje yang berani...kami takut2 berani....mok pernah naik masa 1st datang Langkawi dulu. tapi kami ni...haishhh...biaq p la depa kata tak lengkap p langkawi kalau tak naik benda alah tu....ada kami kesah...janji kami ni kesian kat jantung kami ni, tak pasai2 kena kerja lebih kuat...dup dap dup dap...hahaha...

Gamba ni from google. Lupa nak stop ambik gambar kat sini.
 Singgah sini tengok bot2 mewah. Tengok aje ler...nak naik tak mampu ape lagi nak beli...
Perdana Quay @ Burau Bay..Langkawi

Dari Perdana Quay tu, belok ke kiri untuk ke Pantai Kok. Tempat di mana adanya rumah api Pantai Kok dan tempat laluan darat dan terus masuk ke laut, Duck Tours ni...masa tengah lepak2 ni, ada pulak sekor duck ni lalu dan terus berenang ke dalam laut.
Duck tours ni bermula dari Oriental Village dan terus menjunam masuk ke laut Pantai Kok ni. Fees RM38 untuk dewasa. Kami servey2 jer, nak naik kurang berminat la pulak.
 Rumah api Pantai Kok.




 

Tenang dan damai jer kat sini. Kami berempat jer lepak2 kat pondok tu...ada sekumpulan anak2 nelayan tengah bermain laut dan sampan kat sini tapi depa tak peduli hal orang. Riang bermain tanpa masalah...seronok dan amannya bumi Langkawi.
 
Pas lepak sini, kami sambung berjalan lagi...kemana lak yer...
 

March 28, 2014

Santai Pantai Cenang, makan laksa Power

Assalamualaikum
 
Salam Jumaat penghulu segala hari...Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberi segala nikmat dan kasih sayang. Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dalam redha Allah hendaknya...amin....Jangan lupa surah Al Kahfi di hari Jumaat yang mulia ini.
 
Sambungan cerita Langkawi tapi tak ada la bercerita ikut intenary bagai. Just letak gambar dan tempat mana yang dituju pada trip kali ini. Jalan2...santai2 dengan adik2 dan mok...ermmm sungguh seronok w/pun kadang bertegang urat gak, cam catdog pun ada tapi pastu ok balik...biasa la...air dicincang takkan putus. InsyaAllah.
Jalan2 di Pantai Cenang di petang hari. Biasa la penuh dengan umat manusia manfaatkan hujung minggu bersama tersayang.
 

Langkawi Permata Kedah dah berselindung di sebalik dedaun pokok.
 
Dah kembung perut sedut udara segar jom pusing2 cari makanan lak...tak tahu tempat makan mane nak dituju, banyak yang rekemen Wan Thai la, Hj Jelani la...dan Mangga 2 ni salah satu gak Restoran yang best. So ape kata kita cuba je la....penat dah nak pusing2 ni....
Overall Kedai ni OK. Masakan sedap dan murah yang amat. Rasa cam tak percaya total we all berempat makan hanya RM40 sahaja. Seploh hinggit jer sekepala u...lenkali leh datang sini lagi.
Oh yer...tenghari tu kami dah belasah laksa Power kat Airport ni...best makan kat sini....nyaman...angin sepoi2 bahasa...
Nampak Van laksa power tu...? tapi laksa dia tidak lah sepower namanya. Biasa2 jer...dalam laksa tu dia letak pucuk gajus atau janggus atau pucuk jambu golok kata orang Ganu.
 Rojak buah ni ok...sedap..licin share 4 orang...
Ni ha rupa laksanya...ermmm...semua makan tak habis...total makanan kat sini....rm40. Harga boleh tahan...
Sambil2 tu leh tengok burung besi gergasi....bestkan?.



March 27, 2014

De Baron Resort, Langkawi

Assalamualaikum...

Masih lagi cerita Langkawi...takde mood nak bercerita...hotel review De Baron Resort.
De Baron Resort, tempat penginapan untuk 3H2M. Family room for 4 persons, booking thru booking.com...total untuk 2 malam rm380plus without breakfast.


Lokasi Hotel ni best, sebelah Masjid Al Hana, belakang Kompleks Pekan Rabu. View cantik mengadap laut dan dekat sangat dengan Pekan Kuah...memang best...
Masa sampai nak check in tu, tengok kat kaunter diorang, offer untuk family room, Sea View and breakfast untuk 2 orang. So cubalah bertanya kot2 dapat breakfast. Tak dapat katanya...then mintak pulak sea view, tak dapat jugak katanya...so...what can I say....nyesal lak booking dengan booking. com. Untuk makluman, brekfast di sini, RM25 sekepala...Sungguh frust di situ...




Overall De Baron ni, ok la...6* daripada 10. Hotel yang tenang dan tak serabut sangat compared dengan area Pantai Cenang tapi bab kemudahan dalam bilik tu kurang sedikit. Lif  yang kecik hanya mampu bawak 6 orang passengers sahaja dalam 1 masa...so bila time ramai umat, terpaksalah memanjat tangga...ala...bukan tak biasa, kat umah pun panjat tangga gak...elok exercise tu...
Satu lagi yang paling frust, power point kat bilik hanya 1 sahaja! So kalau dah berempat kena la Q untuk charge handphone. Or next time kalau nak stay sini lagi, siap siaga bawak extention cord. Hahaha...oh yer...kalau nak extra bantal kena bayar rm5 per bantal okay...
Siapa berminat nak stay sini...dipersilakan...;)





March 21, 2014

Dataran Helang, Langkawi

Bertemu kembali...
 
Kisah ke Langkawi lagi...Dataran Helang tempat yang kami tujui untuk berbreakfast...tak thu mane nak cari tempat makan sarapan yang best2...janji perut dapat diisi pun dah syukur Alhamdulillah. Singgah sini snapping2 photo...gambar pada hari pertama dan pagi sebelum ke Airport. Layan....

 View dari Food Court Jetty pada sebelah pagi - 13 Mar.
Taman Lagenda Langkawi...pagi2 mai jalan sini memang la tkde sorang insan kecuali mat bangla yang tengah siram pokok.
Nampak mat bangla tu. Tak nak beredar dia walaupun tahu orang duk sibuk nak ambik gambo.



View ini pada pagi 15 March 2013 dari arah Taman Lagenda Langkawi.




Langkawi (13-15032014)

Assalamualaikum w.r.t
 
Salam Jumaat, salam penghulu segala hari yang penuh keberkatan dan rahmat Allah. Semoga ada berita gembira untuk Malaysia hari ini...tidak kira baik atau buruk,  yang lebih utama, MH370 mesti dijumpai. InsyaAllah.

Nak bercerita percutian tertunggak ke Langkawi pada minggu lepas. Kenapa tertunggak? Sepatutnya ke Langkawi ni pada tahun lepas lagi, siap bayar deposit kereta sewa bagai...tapi kerana ada asbab tertentu percutian Langkawi diganti dengan Sabah.

Namun syukur hajat hati nak bawak mok ke Langkawi tercapai jua...with my 2 sisters...plan yang betul2 serius (w/pun ada yang masih mencongak-congak) seawal bulan February lalu apabila tiket flight telah selamat dibooking...so bila dah beli tiket flight, no more alasan yoww....panjang umur, sihat tubuh badan...yokkk kita terjah jer...
Flight seawal 7.30 pagi Khamis, tak sampai sejam touch down Langkawi Airport dengan selamat. Alhamdulillah....sebelum take off dah sms sibudak sewa kereta yang dah dibayar deposit tahun lepas tu...so nice of him, cakap duit tu tak akan burn kak, bila2 nak datang Langkawi akak roger jer..so sampai aje kat balai ketibaan, terus la call dia...sekali call tak jawab, 2 kali call tak jawab...kat 10 kali call masih gak tak berjawab...tak boleh jadi ni...terus mintak izin kastam situ masuk balik ke dalam dan cari kereta kat booth2 dalam tu....dalam hati kata, tak ape la...takde rezeki dengan dia nak buat camane so dapat la kami kereta Nissan Almera dengan harga rm80 sehari plus deposit rm50.
Kereta baru you....dapat drive pun cukup la...nak beli tak mampu...:P
Dah dapat kereta apa lagi, jom round2 Langkawi...perut dah berbunyi moh kita cari makanan dulu. Bila dah lalu area Pantai Cenang ternampak lak sigboard Laman Padi so kita stop sini dulu. Time ni hp berdering beberapa kali, rupa-rupanya sibudak tadi call. Beria dia mintak maaf, dia tertidur rupanya. So nak cakap apa lagi kan...tapi budak ni memang berbudi bahasa...dia mintak no account untuk bank in kan balik duit rm50 deposit dulu tu...memang betul takde rezeki nak jumpa budak ni...dapat nama dan contact dia pun dari Forum cari, memang ramai yang rekemenkan dia ni...
Ada 3 jenis sawah padi di sini...padi yang baru ditanam, yang tengah menghijau dan yang tengah menguning. Masa kitaorang sampai kitaorang ber4 jer kat sini....ada la nampak sorang tukang sapu ngan pak guard. Awal pagi kot, sapa nak datang Laman padi ek..hehe...
Cuaca Langkawi sepanjang 3h2m berada di sana. Alhamdulillah...panas membahang. Beli coklat tak sampai 5 minit dah cair...relax2 kat Laman padi dalam 20 minit, santai2 bawak kereta terus ke Dataran Lang....seronok betul berjalan di Langkawi time off peak ni...aman damai tak ramai umat...lenkali kalau ke sini, memang akan cuba avoid PH and school holiday.
 
Bersambung.....


February 27, 2014

Crunchy almond krup krap krup krap...

Assalamualaikum...
Hollaaaa....
 
Tak menahan tajuk tu kan...lama menyepi kini kembali dengan energy baru selepas mengunyah crunchy caramel...Dapat resepi ni dari blog Kak Azlita Masam Manis, sori tak reti nak linkkan blog K ita. Mohon share resepi...thanks so much.

 Harga kat Bagus Bakery - rm26.80 for 600gm.

 
Saya belasah sunflower seeds jer..
FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan :
Kak Patmah Aspar
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
P/s tepung florenta ngan bienetta tu sama jerk, adik beradik...hasil kejadiannya insyaAllah akan sama gak cam pic kat atas tu...cuma cun ngan tak cun jer...saya punya 1st time buat tang nak potong tu masalah skit...berterabur jadinya...
Anyway selamat mencuba.
 
 

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...