March 27, 2014

De Baron Resort, Langkawi

Assalamualaikum...

Masih lagi cerita Langkawi...takde mood nak bercerita...hotel review De Baron Resort.
De Baron Resort, tempat penginapan untuk 3H2M. Family room for 4 persons, booking thru booking.com...total untuk 2 malam rm380plus without breakfast.


Lokasi Hotel ni best, sebelah Masjid Al Hana, belakang Kompleks Pekan Rabu. View cantik mengadap laut dan dekat sangat dengan Pekan Kuah...memang best...
Masa sampai nak check in tu, tengok kat kaunter diorang, offer untuk family room, Sea View and breakfast untuk 2 orang. So cubalah bertanya kot2 dapat breakfast. Tak dapat katanya...then mintak pulak sea view, tak dapat jugak katanya...so...what can I say....nyesal lak booking dengan booking. com. Untuk makluman, brekfast di sini, RM25 sekepala...Sungguh frust di situ...




Overall De Baron ni, ok la...6* daripada 10. Hotel yang tenang dan tak serabut sangat compared dengan area Pantai Cenang tapi bab kemudahan dalam bilik tu kurang sedikit. Lif  yang kecik hanya mampu bawak 6 orang passengers sahaja dalam 1 masa...so bila time ramai umat, terpaksalah memanjat tangga...ala...bukan tak biasa, kat umah pun panjat tangga gak...elok exercise tu...
Satu lagi yang paling frust, power point kat bilik hanya 1 sahaja! So kalau dah berempat kena la Q untuk charge handphone. Or next time kalau nak stay sini lagi, siap siaga bawak extention cord. Hahaha...oh yer...kalau nak extra bantal kena bayar rm5 per bantal okay...
Siapa berminat nak stay sini...dipersilakan...;)





March 21, 2014

Dataran Helang, Langkawi

Bertemu kembali...
 
Kisah ke Langkawi lagi...Dataran Helang tempat yang kami tujui untuk berbreakfast...tak thu mane nak cari tempat makan sarapan yang best2...janji perut dapat diisi pun dah syukur Alhamdulillah. Singgah sini snapping2 photo...gambar pada hari pertama dan pagi sebelum ke Airport. Layan....

 View dari Food Court Jetty pada sebelah pagi - 13 Mar.
Taman Lagenda Langkawi...pagi2 mai jalan sini memang la tkde sorang insan kecuali mat bangla yang tengah siram pokok.
Nampak mat bangla tu. Tak nak beredar dia walaupun tahu orang duk sibuk nak ambik gambo.



View ini pada pagi 15 March 2013 dari arah Taman Lagenda Langkawi.




Langkawi (13-15032014)

Assalamualaikum w.r.t
 
Salam Jumaat, salam penghulu segala hari yang penuh keberkatan dan rahmat Allah. Semoga ada berita gembira untuk Malaysia hari ini...tidak kira baik atau buruk,  yang lebih utama, MH370 mesti dijumpai. InsyaAllah.

Nak bercerita percutian tertunggak ke Langkawi pada minggu lepas. Kenapa tertunggak? Sepatutnya ke Langkawi ni pada tahun lepas lagi, siap bayar deposit kereta sewa bagai...tapi kerana ada asbab tertentu percutian Langkawi diganti dengan Sabah.

Namun syukur hajat hati nak bawak mok ke Langkawi tercapai jua...with my 2 sisters...plan yang betul2 serius (w/pun ada yang masih mencongak-congak) seawal bulan February lalu apabila tiket flight telah selamat dibooking...so bila dah beli tiket flight, no more alasan yoww....panjang umur, sihat tubuh badan...yokkk kita terjah jer...
Flight seawal 7.30 pagi Khamis, tak sampai sejam touch down Langkawi Airport dengan selamat. Alhamdulillah....sebelum take off dah sms sibudak sewa kereta yang dah dibayar deposit tahun lepas tu...so nice of him, cakap duit tu tak akan burn kak, bila2 nak datang Langkawi akak roger jer..so sampai aje kat balai ketibaan, terus la call dia...sekali call tak jawab, 2 kali call tak jawab...kat 10 kali call masih gak tak berjawab...tak boleh jadi ni...terus mintak izin kastam situ masuk balik ke dalam dan cari kereta kat booth2 dalam tu....dalam hati kata, tak ape la...takde rezeki dengan dia nak buat camane so dapat la kami kereta Nissan Almera dengan harga rm80 sehari plus deposit rm50.
Kereta baru you....dapat drive pun cukup la...nak beli tak mampu...:P
Dah dapat kereta apa lagi, jom round2 Langkawi...perut dah berbunyi moh kita cari makanan dulu. Bila dah lalu area Pantai Cenang ternampak lak sigboard Laman Padi so kita stop sini dulu. Time ni hp berdering beberapa kali, rupa-rupanya sibudak tadi call. Beria dia mintak maaf, dia tertidur rupanya. So nak cakap apa lagi kan...tapi budak ni memang berbudi bahasa...dia mintak no account untuk bank in kan balik duit rm50 deposit dulu tu...memang betul takde rezeki nak jumpa budak ni...dapat nama dan contact dia pun dari Forum cari, memang ramai yang rekemenkan dia ni...
Ada 3 jenis sawah padi di sini...padi yang baru ditanam, yang tengah menghijau dan yang tengah menguning. Masa kitaorang sampai kitaorang ber4 jer kat sini....ada la nampak sorang tukang sapu ngan pak guard. Awal pagi kot, sapa nak datang Laman padi ek..hehe...
Cuaca Langkawi sepanjang 3h2m berada di sana. Alhamdulillah...panas membahang. Beli coklat tak sampai 5 minit dah cair...relax2 kat Laman padi dalam 20 minit, santai2 bawak kereta terus ke Dataran Lang....seronok betul berjalan di Langkawi time off peak ni...aman damai tak ramai umat...lenkali kalau ke sini, memang akan cuba avoid PH and school holiday.
 
Bersambung.....


February 27, 2014

Crunchy almond krup krap krup krap...

Assalamualaikum...
Hollaaaa....
 
Tak menahan tajuk tu kan...lama menyepi kini kembali dengan energy baru selepas mengunyah crunchy caramel...Dapat resepi ni dari blog Kak Azlita Masam Manis, sori tak reti nak linkkan blog K ita. Mohon share resepi...thanks so much.

 Harga kat Bagus Bakery - rm26.80 for 600gm.

 
Saya belasah sunflower seeds jer..
FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan :
Kak Patmah Aspar
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
P/s tepung florenta ngan bienetta tu sama jerk, adik beradik...hasil kejadiannya insyaAllah akan sama gak cam pic kat atas tu...cuma cun ngan tak cun jer...saya punya 1st time buat tang nak potong tu masalah skit...berterabur jadinya...
Anyway selamat mencuba.
 
 

January 27, 2014

Selamat Hari Lahir..

Assalamualaikum....
 
26 January 2014...happy born day untuk anakanda tersayang. Lewat sehari di post di sini. Sudah menginjak ke angka 2, bukan 2 tahun but u are now turns 20, my son! ;)
 
 
Begitu pantas masa beredar, meninggalkan waktu kanak2mu dan kini kamu semakin menginjak dewasa. Doa ibu setiap waktu dan ketika, semoga abang akan terus menjadi zuriat penyejuk mata dan hati ibu, di dunia dan akhirat. Harapan ibu seiring dengan usiamu, abang akan bertambah matang dan rasional dalam menilai dan membezakan sesuatu perkara buruk dan baik dan sentiasa istiqomah dalam melakukan kebaikan, berjaya dalam study dan hidupmu. InsyaAllah..Semoga abang menjadi anak yang soleh. Amin ya rabbal alamin.

 Birthday kek request dan feveret anak bujang...Berries cheese cake...


January 22, 2014

Chocolate Museum, Kota Damansara

Assalamualaikum w.r.t..
 
Post pertama di tahun 2014 selepas ucapan selamat tahun baru. Hehe...Beginning of the year, memang otak tu jadi slow skit...action tu jadi lambat, mulut pun kurang bercakap...haha...tapi itu bukanlah azam tahun baru yer....akan cuba hindari sikap2 negatif...but kurang bercakap tu elok la dipraktikkan...bercakap bila perlu dan bukan sekadar omongan kosong...insyaAllah.
Jom kita jamu2 mata kat Chocolate Museum. Kalau tak silap, Muzium ini dibuka pada bulan Nov 2013 lalu, sepelaung jer dari rumahku tapi selalu tak berkesempatan nak pergi. So bila ternampak banner di sini ada sale pada 17, 18 dan 19 Jan so pelagi...ayuh2..cepat2 ke sana tengok chocolate. Tengok ajer ker...
Entrance ikut Museum Cafe ni.
Lembu dari Kundasang..diterbangkan khas from Desa Dairy Farm...hahaha...
  Rumah2 chocolate..
Pakwe tu tengah buat chocolate. Mungkin ada masa tertentu diorang buat demo kot...
Khusyuk betul dia...tapi proses membuat chocolate memang best. Teringat suatu waktu pernah hadiri kelas membuat chocolate hand made. 2 kali pergi kelas chocolate tapi ilmu tu sekarang entah ke mana. Nak makan chocolate beli gak...sedih...
Haaa...ni la chocolate favorite ku yang hanya kujumpa di Langkawi jer...(tak tahu la kot ada gak di tempat lain diluar pengetahuanku)...harga a bit pricey la..double harga di langkawi...rm15 untuk yang 3 bar tu..before discount.

Ferrero rocher 30pcs kalau tak silap rm30.
Selamat menjamu mata. Tepuk dada tanya selera..
Daim ni rm22. After diskaun rm19.80. Tolak campur flight tic, accommodation, kereta sewa sini consider lagi murah.....yor lah...hehe..
Dan inilah hasil boronganku tapi bukan dari sini yer...Dari Langkawi ler...seorang teman tanpa banyak bicara membeli apa yang kukirim. So jamu mata di KD shopping di langkawi..best2...kat pulau legenda, 3 almond gold tu baru rm25, Daim rm16 jer....suka2....total semua tu baru 60 hinggit...ok la kan..?
Kalau terdesak sangat nak makan, mungkin Muzium ini jugak yang akan dituju..

January 2, 2014

Salam 2014

Assalamualaikum...
 
Tahun baru, semangat baru dan segar. InsyaAllah...Semoga kehadiran 2014 lebih mendewasakan dan mematangkan kita seiring dengan penambahan usia. Harapan dan impian sudah tentu inginkan yang baik2 sahaja namun takdir dan perancangan Allah adalah yang paling terbaik semestinya.
 
Semoga semua dalam barokah, rahmat dan redha Allah sentiasa. Aminn...
Salam 2014 everyone!




Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...