September 14, 2020
September 1, 2020
Terposing tanpa sengaja - Saloma Bridge and Rumah Biru, Kg Baru
Assalamualaikum
Selamat hari kemerdekaan ke 63 Malaysiaku!. Alhamdulillah
Cerita Ahad lepas, ajak sibujang pusing2 aje, sekali terposing pulak di Saloma Bridge dan Rumah Biru Kg Baru...haha
Breakfast nasi lemak yang wangi dan sambal dia sedap sangat pada anak tekakku, Nasi Lemak Wanjo Kg Baru.
Mask tu kalau ke mana2 memang akak jarang tanggalkan kecuali untuk makan dan dalam kereta sahaja. Dah jadi kebiasaan sangat dan aksesori yang wajib walaupun kadang rimas dan peluh tak usah nak cerita.
Nak story pasal rumah Biru tu, akak tak ambik gambo curik yer, walau pada mulanya nak masuk parking dan terus nak posing aje tapi rasa cam kurang manis dan kurang adab sopan la pulak. Terus bagi salam (tuan rumah kat dapur di bahagian belakang). Alhamdulillah tuan rumah izinkan. Kalau tengok dari depan rumahnya tertutup aje tapi tuan rumah memang ada je kat belakang.
Tuan rumahnya peramah dan very welcome sangat. Saje la suka2 bergambo depan rumah yang femes dalam drama2 dan pilem ni. Dulu betul2 view KLCC tapi sekarang dah terlindung dek bangunan baru tu.
August 25, 2020
Pandan Coklat Cheese Leleh
Assalamualaikum
Alhamdulillah - Selamat Tahun baru 1442H..
Alhamdulillah atas segala kurniaan dan rahmat Allah sepanjang
1441H, suka dan duka, semuanya ku redha dan panjatkan segala kesyukuran atas segalanya.
Cuti 1 Muharam tak kemana so kita cuba mengukus kek Pandan Cheese leleh ni. Cheese dan coklat ganache balance aritu masih ada so kita just buat kek aje lar...senang sangat resepinya, adunan tu dapat 6 bekas cos pengukus kat rumah untuk 2 layer tu boleh muat 6 ajer….balance tu kita masuk Loyang dan bakar...jadikk..
August 14, 2020
Random photos - its all about food!
Alhamdulillah...hujan rahmat di pagi Jumaat yang mulia
Syukur atas segala kurniaan rezeki dan nikmat dari Mu ya Allah...
February born babies
Sandwiches - mix flavour
Kuih goyang mek ani - ranggup dan lemak manis
Kek Coklat lava cheese meleleh Sinabung...hahaha
Tiba2 dapat order dari kekawan...ermmmm
Musim durian kali ini anakanda banyak betul spent duit utk durian...ni durian Batu Kurau order dari kawannya dan deliver ke rumah….
Nak puaskan hati jugak, order Musang King ni dari Durian Rizky, deliver ke office. RM120 sekilo tu, Alhamdulillah
Cheese tart favourite tapi nak lukis tak pandai. Tangan tak kreatif
Lama tak naik burung Merah so teringin nasi lemak Pak Naseer tu, terubat kerinduan makan kat Santan Mid Valley.
Nasi lemak rendang ayam
Nasi tomato and the gang. Masak dan bekal ke Rawang makan bersama anak menantu.
Bibimbap at MyeongDong Topokki...suka sangat anak bujang tiap kali mesti makan ni
Sanggup q panjang untuk masuk IKEA demi meatballs yang lama giler tak makan...Kalau dulu IKEA bukak jam 9.30 sekarang dah tukar ke 10am rupanya, sakan lah beratur dari jam 9 pagi...adoiyyaa...sabo je la kan...
Salai Master Kayu Ara, nak makan sotong bakar je mesti dating sini
Air mango pekat likat
Mee Kari yang paling terbaik di the Chicken Rice Shop...Recommended sangat
Nasi ayam kegemaran si bujang
D'Laksa at Aeon Mall, shah Alam
Ni masa mula2 start PKPP sebab rindu giler kat tosei. Lepas tu sampai sekarang belum jejak mamak lagi. Stay away sekejap, pasal banyak kluster punca dari Mamak so kita tunggu semuanya dah reda, InsyaAllah
Nasi Ahmad @ Kota Damansara, selera Kedah.
Alhamdulillah
#suka sangat ambik gambo makanan kan so simpan sini untuk kenangan then boleh delete gambo dalam hp.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
Rezeki Rembayung - Jan 2026
Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...
-
Assalamualaikum Normal la tu kan, kalau dah balik kampung mesti hunting for Ganu food, terutama my favourite nasi dagang. Bukan tak boleh da...
-
Trip Jakarta-Bandung - 29 May to 1 June 2025 Beli flight ticket a month before flight, last minute plan, exchange rates waktu ni - rp100k=...
-
Happy Birthday cucunda Nekbu yang manis, little princess Nekbu, Nuhaa Medina Binti Kamar Adam Iskandar 2 tahun Nuhaa yang penuh comel dan ce...


















































