April 27, 2012

Yogyakarta (Part 2, Amanjiwo Luxury Hotel, Magelang)

(source-google) Bersambung kembali dengan trip ke Yogyakarta, Part 2... Usai mengexplore Borobudur, waktu itu matahari tegak di atas kepala. Itulah untungnya kalau memulakan perjalanan seawal pagi, tidak lah kepanasan di atas bongkahan batu-batu candi tanpa tempat berlindung. Keluar dari Borobudur, cam biasalan ramai peniaga2 yang sibuk mengoffer barang dagangan mereka. Itulah satu hal yang paling tak suka sangat kat sini, w/pun dah digeleng kepala berkali-kali tetap gak mengekor kemana kami pergi. Tapi tak boleh nak salahkan mereka jugak, dah itu caranya mereka mencari rezeki walaupun begitu merimaskan..
Haa...ni gamba jalan nak masuk ke Amanjiwo. Ni gambar sendiri yer, bukan gambar pak gugel. Selepas penat berjalan sekeliling kawasan gerai2, kami meneruskan perjalanan untuk melihat hotel mewah yang cukup terkenal di daerah Yogyakarta ini. Hotel Amanjiwo (peaceful soul-lebih kurang)...daripada mana adik ipar tahu pasal tempat ni, aku sendiri pun tak tahu. Pak Supir tu pulak very sporting...kami singgah untuk meneroka keindahan hotel ini...memang cantik...secantik 2 keping gambar di atas...itu versi gambar keseluruhan hotel. Kami tak dapat la nak meneroka lebih jauh sampai ke kawasan bilik mereka, cukup sekadar kat reception jer....tumpang toilet Amanjiwo pun dah cukup untuk amankan jiwa...hehe...
Jalan-jalan kawasan sekitar hotel sambil duduk2...luruskan kaki yang remuk redam (ada ker?) akibat penggunaanya yang tidak terkawal masa kat Borobudur tadi. Oh yer...jarak Hotel ni dengan Borobudur tu dekat jer...boleh nampak Borobudur dari sini dan jugak kalau cuaca cantik, boleh nampak Gunung Merapi juga....tapi masa kami pergi tu, tak nampak apa2 kerana cuaca yang agak berkabus.
Walaupun penat masih boleh tersenyum lebar. Masa ni anak2 semua masih minat berposing. Kalau sekarang sorry la yer...no camera pleaseee....;0
Cantikkan..? masa ni memang takde la nak meround kat dalam ni..kalau fokus dari dalam tu mesti cantik bangat...kan..?
cantikkan...? Bunga teratai di sepanjang tepi bangunan hotel...cantik sangat...teratai layu di tasik madu...
hahaha...tuan tanah nak posing, anak bujang sibuk duk jengok dari belakang...but for me...nice shot. Kamera cap ayam pun ok gak...hehe...ni belum lagi DSLR...ok la...atleast ada gak kamera cap ayam, dapat lah jugak merakam segala kenangan di Jogja ni...di Aman Jiwo Hotel...surrounding nya yang cukup cantik....
Ni candi apa ntah...masa keluar dari hotel ni...otw nak balik ke Hyatt Regency...dah lupa nama dia...pak supir lak sporting abis bila suruh stop untuk amik gambar...setakat ambik gambar jer...tkde ape2 niat lain..
Dah abis meround Amanjiwo, kami ke destinasi seterusnya...kali ni kami bergerak ke kaki gunung Merapi untuk lunch. Part 3 akan menyusul, InsyaAllah...maklumlah nak upload gambar bukan mudah...BB cap maxis ni slow tahap gaban extravaganza gitu...;))
(SOURCE GOOGLE)...View Mount Merapi from Borobudur. Kitaorang missed this scenery kerana keadaan cuaca yang tidak mengizikan. Cuaca yang berkabus dan panas pada masa tu menghalang penglihatan dan pemandangan yang cantik ni....InsyaAllah...kalau dimurahkan rezeki, teringin nak ke sini lagi...

No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...