April 3, 2012

A'Famosa Water World

Assalamualaikum... Ini la aktiviti minggu lepas, aktiviti bersantai bersama keluarga tersayang di A'Famosa Resort World @ Wet World. Kata sepakat dicapai untuk masuk ke Wet World ni, dengan entrance fees yang agak mahal, rm 40 untuk dewasa dan rm35 untuk kanak-kanak. Menggigil gak tangan nak bagi duit rm350 tu...nasib baik trip kali ini mendapat sponsor sepenuhnya daripada Mr Din yang bermurah hati memberi voucher percutian yang dimenangi daripada lucky draw hari tu....TQVM...
Sampai jer terus breakfast dulu kat Kg Pulau Sebang, Tampin.
Tarik nafas dulu sebelum masuk lam air.
Pelampung untuk anak2, pilih jer comel2 belaka. Tapi harga 2 kali ganda daripada kedai biasa la...even aiskrim conneto pun harga rm5.
Ni tempat mandi yang menjadi favourite semua orang, esp mereka yang berkeluarga la..ada anak2 kecik...bila bunyi jer siren tu bermakna ombak nak datang membadai...so jaga2....jangan takut dilambung ombak...hehehe...oh yer...nampak tak wakaf (pengola) tu, itu untuk disewa harganya rm170 untuk 1 hari lepak. Kalau masuk pagi, wet world nak tutup, baru balik, then baru la berbaloi dengan harga sewa yang dibayar. otherwise duit tu banyak lagi boleh buat. yer dak....
Ni pulak, nasi kari ayam untuk hidangan lunch. Kat kupon tu ada 3 pilihan. Nasi ayam, ayam kari atau ayam rendang tapi sebenarnya ada 2 pilihan jer...So terpaksa lah pilih ayam kari dan rendang tapi malangnya tekak aku tak dapat nak menerima kehadiran ayam rendang menyelusurinya....rasa cam nak muntah dan loya lepas makan...pastu terus pening kepala menyerang. Tak tahu kenapa...aku tengok orang lain makan semua ok jer...minuman lak, ada ais lemon tea, air soya dan air teh bunga...ok la...rm40 u...
My nephew amin, makan ape tu...?
My niece with Dora the Explorer...
Surrounding view..
My anak bujang..
Laju2 pelampung ku laju....laju la sampai ke bandar Hilir....
Entrance..
My anak bujang dengan penari gelek Hawaiii...aka penari tiang...hahaha..
Lupa nak berkenalan dengan pak belalai ni. tak tahu ape nama dia....tapi kecut gak perut tengok saiz badan dia...

No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...