August 13, 2015

Red Velvet Layer Cake

Assalamualaikum...

First attempt, alhamdulillah menjadi, boleh la...walaupun tak la neat sangat macam expect buat. 


Resepi: Sury Abil

Saiz loyang: 8" x 8"

Bahan-bahan:

Adunan merah
-250 gram mentega (saya pakai Anchor)
-5 biji telur ay am gred A
-235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko
-2-3 sudu makan serbuk koko
-175 gram gula kastor
-150 gram susu pekat manis
-1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g) ( aku letak yg plain )
-1 sudu teh ovallette
-pewarna merah (aku letak 1 1/2 sudu besar )

Adunan Cheese
-500 gram cream cheese
-3 biji telur ayam gred A
-120 gram gula kastor
-sedikit esen vanila

Cara-cara 
Adunan Merah: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.
Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.
Panaskan oven 170-1 90'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak bolehlah sudukan satu lagi lapisan, sebany ak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sampai habis.
 

Terima kasih kepada empunya resepi..

Featured Post

Surabaya - Day 2 - Bromo Tengger Semeru

Assalamualaikum - sambungan kisah permusafiran kami dari Surabaya ke Bromo. Alhamdulillah...selamat sampai ke Probolinggo pada jam 2 pa...