June 5, 2017

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum

Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseorang. Tak perlu ke Kula cakes bagai, kita buat aje sendiri yer, Alhamdulillah

Senang dan puas la makan. Ini lah juadah berbuka di hari minggu yang lalu.



May 25, 2017

Shopping apa di HCMC, Vietnam

Assalamualaikum

WahhπŸ˜„ tajuk cam banyak sangat shopping. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya bukanlah kaki shopping. Shopping souvenirs dan telekong kiriman kawan sahaja. Tak banyak pun, luggage 30kg baru 14kg yang diguna.😌 Bukan nak tayang atau riak sombong, barang2 Vietnam jer kot, bukan emas perak intan berlian yer. Letak jugak di sini untuk kenangan sahaja.

English cotton ke apa cotton ke tak beli langsung, beli 3 mtrs kain lycra aje kat CBT. RM13 semeter. Memang murah, kalau kat Jakel...ermmmmm...
Telekong lace tu RM40 sahaja di Msian Street. So beli 5 pasang  
Tudung naelofar (hehe) 5 helai shj. Rm15 sehelai untuk label besi. 
Beg Vietnam besar tu RM10 satu, beli kat pasar malam depan CBT. Beli 3 sahaja. 
Tshirt Hard Rock Cafe utk anak2 buah kecik, 5 helai RM10 sehelai
Tshirt dewasa 4 helai. 
haa details u...selebihnya beli coin purse vietnam, pouch vietnam, FM...souveniers untuk mereka yang direzekikan menerimanya. Small token aje
Lotus seed - RM70 sekilo, beli sekilo sahaja. Oh yer lupa pulak pada kopi Ooze yang sedap tu. Yang tu rembat 2 paket aje, RM10 sepeket.
Beg Deuter tu (bagpackers bag) siabang beli untuk siadik dan Kipling untuk siibu ni. Masa tu ibu tak ikut dia keluar dengan kawan2. Harga not sure berapa. dan beg north face 2 bijik, tiada dalam gambar
Yang ni semua pink. Sayang sangat nak let go pada sesapa, kalau boleh nak simpan untuk diri sendiri jer. Tapi bila balik KL banyak la pulak yang terlepas pandang, so terpaksa lah ku korbankan apa yang kusukai ini. Takper la...silaturahim dan hati mereka lebih penting dan perlu kujaga.

Total kerabakan poket di HCMC, tidak dapat dikesan. 


May 23, 2017

JJCM Hari Ibu

Assalamualaikum

Unplanned trip, trip sempoi2 giler. Unplanned kerana pada asalnya nak jalan dekat2 sahaja. Konon nak ke Kuala Selangor mencari mee udang banjir, langsung ke Sekinchan berposing di sawah bendang. Rupanya kita hanya merancang, tiba di pertengahan jalan, lain pulak di fikiran. Kata sepakat dicapai moh aje la kiter, sesekali buat kerja giler

Sempoi kerana masing2 bersehelai sepinggang, dah malas nak berpatah balik ke KD dari Kuala Selangor. Nasib baik baju budak kecik tu dibawak mamanya, pampersnya juga, susu segala. Yang kami orang2 tua ni bawak telekung sepasang sorang (kes lebih selesa guna telekung sendiri - bajet baik di situ) dalam beg masing2. Dah nama pun unplanned, mana terpikir nak bawak baju dan kain, kan? Demi bonda tercinta, ku korbankan segalanya. Chewwahh...sempena mothers day juga, asalkan bonda happy dapat jalan2...itu sudah cukup membahagiakan. Tentang kain baju tu tolak tepi, janji kocek ada money, kat mane2 pun boleh beli.

Alhamdulillah...


Naik ke Bukit Malawati ni bila anak menakan berdua tu nak tengok monyet tapi monyet menyembunyikan diri pulak pada hari ni. Baru nak berkenal-kenalan, malu agaknya mereka, takde pulak diorang melepak kat tempat biasa tu. Terpaksa lah cari diorang bergayut kat bawah pokok sana.
Wajib berphoto rumah api Bukit Malawati ni
Jumaat ni InsyaAllah depe teropong anak bulan Ramadan kat sini. Muzium Sejarah pun dibuka pada hari tu tapi takde la kami masuk.

Turun dari Bukit Malawati perjalanan diteruskan ke Tanjung Karang and Sekinchan. Singgah di Pantai Redang, time ni belum decide lagi nak ke Penang. Keluar dari Pantai Redang baru lah terpacul idea nak ke Penang. So teruskan perjalanan melalui jalan lama, Sungai Besar, Sabak Bernam, Bagan Datoh dan sampai lah ke Teluk Intan. Wahhh...betul2 pusing Selangor dan Perak ni. Nak exit keluar hiway ntah kenapa tak jumpa2 mane exitnya...haha...teruskan perjalanan ke Bidor dan kemudian masuk Tapah. Dah sampai Tapah cam berbelah bahagi la pulak, nak naik CH ke atau teruskan perjalanan ke Penang. Semua nak p Penang, muktamad so Exit PLUS dan dengan selesanya meneruskan perjalanan ke Penang. Boleh tahan jauh route kami tapi enjoy jer. Mentang2 bukan aku jadi drebar kan, sedap lah mulut bercakap...hehee...
Tak dapat mee udang banjir dapat mee rebus Mastan Ghani pun jadi lah. Tapi kali ini taste dia dah kureng sikit lah. Mungkin terlebih masin pada lidah aku. Teruskan perjalanan sambil riki2 bajet hotel sekitar Georgetown. Memandangkan trip ini adalah trip JJCM so kalau boleh nak stay area town sahaja. Tak nak hotel area Tanjung Tokong atau Batu Feringgi. Tengok booking.com a few hotel bajet tapi semua rates below 100 dah penuh. Call a few hotel pun sama jugak so last choice decided to call Tune Hotel. Dapat rate RM87 untuk satu bilik, queen bed, semua includes except entertainment. Memang bilik ni takde TV dan sempit tapi masih ada ruang untuk solat. OK la, what do you expect kan? Lagipun sampai Penang dah malam, yang penting malam itu aku dan bonda dapat tidur dengan nyenyak, terjaga aje dah jam 5.30 pagi. Alhamdulillah 

Tune ni memang kurang popular dikalangan travellers. Tiada hotel yang terlampau berkira selain daripada Tune ni. Serba serbi nak kena bayar, nak bagi air mineral kecik sebotol pun jangan mimpi. Semua kena keluar duit sendiri yer..
View bila masuk bilik


Lepas maghrib kami keluar makan ke Disco Pasembur kat Gurney Drive ni. Second time makan pasemboq dia, serius terbaik. Sedapnya, tak cukup banyak tu untuk share 5 orang. Rasa nak tapau bawak balik tapi pujuk anak tekak supaya bersabar. Makan char kuey tiaw jugak di sini. Terbaik...
Disco pasemboq...ermmm...menitik ayaq liuq kami. Lepas makan kami ke Tesco untuk cari barang keperluan yang dirasakan perlu. hehehe....maklum la...trip sehelai sepinggang gitu..
Morning view dari tingkap Tune Hotel. Boleh nampak Komtar dengan jelas, hujan di pagi hari, hujan rahmat, Alhamdulillah. Nasib baik hujan berhenti boleh la berjalan2, kalau tak rugi mai Penang tak dapat gi mana.
Transfer road. Dah lama kepingin nak breakfast kat sini. Tengok pulak Syatilla Melvin dalam Taste Selebriti lagi la membuak2 keinginan tu. Boleh la dikasi 3 bintang untuk roti canai ayam tu. Biasa sahaja pada anak tekak saya ini. Harga roti canai dah boleh beli makanan untuk lunch. Tidak memenuhi seleraku...lain orang lain kesukaan dan selera kan? Namun syukurlah, merasa la jugak sarapan di Transfer Road. Total breakfast RM39. 
Inilah rupa roti canai ayam sambal tu. Sekali makan cukup lah, lepas ni harap tak teringin lagi. Jauh nak datang kot...hehehe..tidak untuk ke dua kalinya. Lenkali kalau ke sini lagi kita try roti bakar telur goyang pulak yer..

Menapak ke kedai jeruk di depan IPK, nak cross jalan kat sini leh tahan hazabnya. Pasar Chowrasta dah berwajah baru.
Jeruk tempayan? Camane tu? dah macam budu pulak ni peram dalam tempayan
Uncle buah berangan masih lagi di sini.
Dulu kat sini Nasir jeruk, ini pulak kedai baru beberapa bulan beroperasi, katanya. Jeruk kat sini pun boleh tahan jugak. Selain jeruk dia menjual muruku, kerepek dan macam2 la kudap2. Tapi bila mintak kurang, katanya dia pekerja aje, dia bukan boss so tak boleh bagi kurang. Adoiii...Jangan tanya kenapa kami tak beli jeruk yang fofular tu, ini kerana harganya beza lebih kurang 5 ringgit sekilo dengan kedai biasa ni. Lagipun jeruk tu boleh dapat dengan mudah di mana2 di Selangor sekarang. Alang2 datang ke negeri jeruk dan nak borong banyak better cari tempat yang lebih murah dan buahnya pun segar dan sedap. Yang penting ianya halal dan pengusahanya adalah muslim. 

Samosa sebelah IPK ni pun dapat jugak kali ini. Alhamdulillah tapi sayang masa beli ni, samosa tu dah sejuk, tak panas dan tak fresh from kuali. Bila makan pun kick kerangupannya pun dah tak ada, liat semacam jer...ermmm....banyak komplain betul kan? Tapi syukur alhamdulillah...semua dimakan habis lincing, tak membazir pun. Rasa intinya tetap menten, sedap. Usai membeli jeruk kami jalan2 terokai Penang, ke Bukit Bendera, Batu Feringgi dan dan Teluk Bahang.
 Kami ke sini di Teluk Bahang.
 Teluk Bahang Dam di depan ni sahaja. Jakun kejap tengok Dam. haha..

Masa on the way balik, singgah Kuala Sepetang, elok sampai dah waktu Asar. Tumpang solat jamak di Surau kat area mi udang mak jah ni. Motip ke sini of cos la nak makan mee udang, ada orang tu lama sangat dah mengidam nak makan mi udang mak jah. Tak dapat mee udang banjir, mee udang mak jah jadi galang gantinya...haha..Ku belasah nasi goreng udang kerana waktu tu memang lapar nasi, maklum pagi makan sekeping roti canai ayam sambal jer mana nak cukup..hehe...

Alhamdulillah trip JJCM ke Penang bersama mok TERBAIK. Walaupun kocek hampir2 kosong tapi demi mok, InsyaAllah, Allah akan mengurniakan rezeki lebih pada anak2mu dalam berbagai bentuk dan cara. Aaminn...janji mok happy dan bahagia. Alhamdulillah, TQ Allah. Sesekali trip mengejut begini happening jugak. 




May 19, 2017

HCMC - Last day di HCMC, Vietnam

Assalamualaikum

Salam Jumaat.

Last day at HCMC tak banyak aktiviti yang dibuat. Nak ke CBT pun dah takde mood sebab dah packing semua dan beg pun dah beranak pinak. Keluar breakfast dan balik hotel, boleh terlelap sekejap sambung tidur. Anak bujang ketuk pintu kelang kabut nak check out. Check out pada jam 12pm, tinggalkan luggage di area receptionist, lepak sekejap di Lobby dan keluar lunch ke Saigon Green house.😐

Harga kat sini memang sedikit mahal compared to other halal Restaurants tapi kerana malas nak menapak ke Malaysian Street dan ini aje yang dekat, kami makan kat sini sahaja.
 Nasi paprik katanya. Ermm belasah aje lah dah kelaparan. Pagi pun light breakfast aje

Saje nak tunjuk gambar roti ayam yang sedap ni. Masih terasa keenakan roti ayam ni. Mana nak cari erk kat PJ ni? Agaknya Vietnam restoren mesti ada kanπŸ‘€
Banyak masa terbuang camtu jer, lepak kat Hotel selepas check out, menunggu jam 3.45pm untuk ke Airport. Flight balik adalah pukol 7.30pm. Seharian tanpa aktiviti apa2, masing2 dah kepenatan dan mungkin kocek pun dah kering so tak terfikir pulak untuk ambik teksi kemana-mana. So lepak aje lah kat lobby hotel, nasib baik hotel ni jenis tak kisah kami duk berkumpul kat lobby diorang. Kalau tak mana nak lepak tak tahu lah. Yang paling terasa cuak sedikit bila takde tempat untuk solat. Terpaksa ke bahagian basement hotel, tempat staff diorang parking motor dan kereta dan ada satu toilet di situ. Tapi tempat tu dijaga bersih dan besar tempatnya. Selamba aje la solat kat situ, walaupun ada CCTV tengah memerhati. dah tak peduli dah, janji dapat jamak Zohor Asar sebelum ke Airport.

4.30 pm dah berada kat Tan Son Nhat Airport, kaunter check in pun belum bukak lagi. Lepak2 sambil menengok kapal terbang naik ke angkasa. Pemandangan senja⛅⛅ yang indah di airport. ✈✈✈

Cantik kan orkid ni. Ni orkid betul yer bukan orkid tipu. Bunga orkid ni banyak di Airport Vietnam ni. 

Berakhirlah kisah di HCMC. Kalau ditanya nak repeat lagi tak ke sini, rasanya tidak kot. Cukup lah sekali, lagipun ai bukanlah antu shopping. InsyaAllah murah rezeki kita ke lain destinasi pulak. Bila dan kemana, aku pun tak tahu nak jawab. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. InsyaAllah....aamin

May 17, 2017

HCMC, Vietnam - Chu Chi Tunnel and Mekong Delta tour

Assalamualaikum

Sambungan jalan2 di HCMC, Vietnam

Day 3 - Hari ni bersemangat sangat bangun pagi, dah bersiap nak solat subuh, anak bujang kata waktu subuh belum masuk lagi la bu...hahaha...lucu pun ada ibu ni, ini kes excited/teruja dan pada masa yang sama risau sangat untuk join tour hari ni. Hari ni tour akan bermula seawal jam 7.30 pagi. Kenapa risau? cos lutut yang tak berapa sihat. Lutut dah bengkak dari Malaysia lagi, sebelum follow trip lagi, dah jumpa doktor, dibagi ubat makan dan sapu. Lepas tu Ok dan take for granted takde la bawak ubat ke Vietnam. Gara2 city tour semalam yang belasah berjalan dan memanjat tangga, makanya bertambah la bengkak dan sakit lututku. Balik dari tour semalam sempat singgah Farmasi di Msian Street untuk beli koyok. Phamacist tu nak bagi ubat makan, aku pulak reluctant, mintak koyok ajelah. Dan suprisingly, harga 2 koyok tu hanya Dong 35,000. Murahkan? tak sampai 5 ringgit.

Light breakfast aje kat hotel, makan roti dan cereal sahaja. Bekalan pisang jangan dilupa. Hehe...seawal 7.30 pagi John dan basnya sampai, Keluar time peak hours dapatlah melihat rakyat HCMC yang berpusu pusu bermotosikal untuk ke tempat kerja. Kalau kita selalu mengeluh, merungut jalan jem la (saya dah lama tidak terjebak dalam jem sejak naik MRT), tempat kerja jauh la, penat lah, tengok lah mereka, rasanya mereka lagi susah dan 'seksa' daripada kita. Tang jalan yang takde traffic light tu kenalah hati kering untuk mencilok2. Mengadap jalanraya yang berjuta motosikal di atasnya, gerun gak menengoknya tapi bak kata orang alah bisa, tegal biasa. Yer dak? 

Trip kali ni adalah whole day trip, half day ke Chu Chi Tunnel pada sebelah pagi dan pada petangnya akan ke Mekong Delta. Kami mulakan perjalanan ke Chu Chi Tunnel, boleh tahan jugak jauhnya dari HCMC, dekat 2 jam jugak. Waktu pagi tidak lah terlalu panas untuk berjalan dan meneroka di dalam 'hutan' dan melihat terowong bawah tanah tinggalan zaman perang Vietnam dulu. Memang dari Malaysia lagi aku teruja gila nak gi sini, tak tahu la nape, hehe...
Singgah di sini dahulu on the way ke Chu Chi Tunnel. Barangan kraf yang dihasilkan oleh OKU, antara bahan2 yang digunakan adalah kulit telur. Kagum dengan kebolehan dan ketelitian mereka menghasilkan sesuatu barang kraf tapi harga semua boleh tercekik aku tengok. Memang diluar kemampuan rakyat marhaen cam aku ni, tengok aje boleh la, nak pegang pun takut. Kang tak pasal, once broken consider sold. Hehe...







Sampai Chu Chi Tunnel tak banyak la sangat ambik gambar. Cam takde mood pun ada. Penat layan berjalan sambil dengar sejarah perang dari John. Atas tu salah satu terowong yang anda boleh cuba masuk kalau berminat. Tawaran dibuka untuk mereka yang berbadan melidi sahaja, yang saiz2 Viet Kong dan gerila2 nya. Kalau saiz besar maaf lah, kang tak pasal lekat kat dalam tu tak boleh keluar. Tak dapat keluar alamatnya kena tinggal la tak boleh balik Malaysia...hahaha...

Semangat betul John ni, kalau jadi cikgu mesti murid cepat hadam apa yang diajar. hehe..

Ni pulak berbagai jenis jerangkap samar yang ada pada masa tu. Kecut la jugak tentera US kan. Bila cik abang tu tunjuk demo satu persatu jerangkap samar tu, eeeii seram jugak nengoknya. Tak dapat bayangkan camana lah waktu tu. Banyak tentera US terkorban kerana jerangkap samar ni
Kat sini ada cafe dan tempat menembak. Not sure la pulak bayar berapa semata2 untuk menembak, naik seriyau dengar bunyi tembakan tu. Macam2 la kan,





Perjalanan dari Chu Chi Tunnel ke Mekong Delta pun ambik masa yang agak lama. Rasanya dekat 2 jam lebih kot. Jalan kampung dan berbatu2, hazab betul naik kematu buntut. Bila dah masuk hiway baru la lega. First stop kami berhenti makan di Masjid ini dahulu. Pakej halal food, lauk pauknya sedap2, betul2 macam masakan kampung. Lepas makan solat Jamak dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Mekong Delta.
Gambar lain tak ada, ni aje gambar yang ada. Selebihnya masing2 melayan penat. No wonder Mekong Delta tour ni biasa orang ambik full day tour. Perjalanan jauh dan masa banyak terbuang di jalan raya sahaja. Kalau half day tour its a bit rushing dan tak banyak pulau yang boat tu bawak, Hanya satu Pulau sahaja. But Ok la daripada takde kan. Alhamdulillah..





Balik dari seharian tour kami ke sini untuk malam terakhir untuk shopping di pasar malam di depan CBT. Kali ni betul2 spend duit dan abiskan sisa2 dong (w/pun tak jugak habis). Banyak gak souveniers yang kurembat untuk insan2 yang terpilih. Hahaha...main pilih2 lak? Of cossss...
Buah-buahan ni 3 paket 10 hinggit. Aku suka sangat terutama sekali buah mangga. Manis dan besar2 pulak tu. Tapi aku basuh dulu buah tu sebelum makan, confident la sikit kan.
Dedulu selalu dapat makan lotus seed ni, FOC je. Time tu adik ipar kerja dekat Vietnam, tiap kali balik KL mesti buah tangan lotus seed dengan cashew nut. Bukan sikit di bagi kat kami, kenyang la makan. Tak sangka pulak mahal bebeno biji buah teratai ni yer, sekilo RM70 kot...sayang betui nak keluar duit tapi dah teringin sangat pejam mata aje ler.

Penat bershopping, moh balik hotel. Esok sempat lagi sambung shopping kerana flight balik KL pukol 7.30 ptg. 
Simpan tenaga untuk esok. Lutut pun bertambah OK, Alhamdulillah.























Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...