September 26, 2013

Langkawi- Day 2, 3

Assalamualaikum...

Sambungan episod Langkawi...hari 2 dan 3. Suka nak dinyatakan, trip office tidak lah sama dengan pergi sendiri, bersama keluarga atau kekawan. Semua kena ikut program yang telah ditetapkan...bukan boleh pandai2 sendiri. Satu yang paling syiok pergi dengan office ni, semua provided, kalau nak dibandingkan dengan apa yang dibayar sebanyak RM250 tu..
Ok la...mood nak mengarang panjang2 ke laut...
Kemalasan nak memerah otak la sangat..
update asal ada jer ni, atleast ada gak perkembangan blogku ini...ramai gak sahabat yang bertanya, kenapa lama tak update. TQ really appreciate it, sudi membaca blogku ini...

Sambungan hari ke 2. Habis indoor 'team building' lebih kurang pukul 11 camtu. Masuk bilik, lepak2 dan bersiap untuk keluar lunch di Pekan Kuah.

Sebanyak 6 biji bas beroperasi membawa rombongan cik Kiah seramai 160 orang tu. Yang tak bestnya, aku bas yang paling di belakang sekali...orang lain semua dah sampai, kami masih lagi semput2 di atas jalan...haihhh....

Kami lunch di sini. Agak was2 pada mulanya, tapi selepas bertanya kepada tourist guide (wanita melayu bertudung) status restoren ni, katanya restoren ni halal tapi tak dapat status halal kerana serve liquor. Lunch yang dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk (seafood).
Tempat wajib pergi. Memandangkan bas aku yang last sekali so lambat la aku sampai sini. Dah la nak kena menapak agak jauh dalam cuaca panas cing2...bila sampai jer photo shoot 'group photo' dah selesai...cesss....tak reti nak tunggu semua orang sampai lak tu...frust kot...so bergambar dengan kekawan jer la...


Dataran Lang @ Langkawi. Must visit and snaping2 photo...;P
Selesai di Dataran Lang kami di bawa ke Pekan Kuah untuk shopping. Masa yang diberi sejam aje kot. Nasib baik 1st day sampai tu kami dah siap2 memborong. Alhamdulillah, tak la terkejar-kejar untuk membeli, lagipun tempat yang travel agent ni bawak ke kedai yang kurang popular dan tak banyak sangat pilihan, Wira Gaya. Sikit punya siksa nak membeli kerana semua tertumpu ke dalam kedai tu...bayangkan kurang lebih 100 orang dalam tu.
Meneruskan perjalanan ke Oriental Village. Sesiapa berminat untuk meneroka ketinggian Gunung Mat Chincang, silakan. Buat gue, gue takut dan gayat bangat dong...haha...untuk mereka yang berjiwa adventures, relax jer...tak rasa ape depe ni kot...hehe..
Bayaran naik cable car RM15. Aku just round2 kat area ni, ambik gambar, beli souvenier. Banyak kedai makan dan kedai souvenier kat dalam ni. Harga pulak, kalau fridge magnet tu 3 keping rm10, sama kat mane2 pun. Beli fridge magnet dan selai shawl.


Nampak tak cable car sedang mendaki puncak tu? ada brann...? Orang semua berani, aku jer yang takut2 dan kurang berani...hehe
Winter Sonata..cam kat Nami Island..motif?

Bergantungan dan bergayutan....cable car...

Hari ke 3, check out 9.30am. Bas dah sedia menunggu untuk menghantar kami ke Airport. Tak sampai 5 minit, check in baggage seberat 13kg tu....11.30 fly to LCCT. Selamat tinggal Pulau Langkawi....ada rezeki, insyaAllah, datang lagi...

Selamat kembali ke KL dan kembali bekerja. Mood *tak sukerrr ;P...kalau boleh nak holiday jer...

Borong apa kat sana? Benda alah ni jer yang banyak dirembat di Langkawi. Stok untuk setahun gamaknya....hehehe...
*pesanan penaja - kurangkan manis dalam minuman dan makanan, lebihkan manis dalam senyuman...**:)

September 24, 2013

Langkawi - Day 2 (Hotel Four Points By Sheraton)

Assalamualaikum...

Bangun pagi, gosok gigi, mandi...
Bersiap...kami orang pertama masuk sini...kol 7 pagi dah breakfast...hahaha...




Lepas makan, jalan2 tengok surronding hotel, sambil menyedut udara segar Langkawi.

 Jalan ke Pantai..
 View hotel dari pantai




Lepas snap2 gambo, 'team building' pun bermula..tak sampai 10 minit, hujan pun turun dengan lebatnya.

Semua bertempiaran lari. Aku dah lari awal2 cari tempat berteduh. hahaha...



Diorang teruskan aktiviti indoor, aku just lepak2 menikmati hujan, snap2 gambo...nyamann...
bersambung...(orang mls camni la-huhu)

September 23, 2013

Langkawi - Day 1

Assalamualaikum w.r.t

Mood malas bertingkat-tingkat...
Tiap kali bukak blog nak update, tiap kali gak sign out cam tu jer...
Takde modal nak berceloteh...

Trip Cik Kiah ke Langkawi ni berlaku pada 5-7 Sept lepas. Seramai 160 orang staff department SH telah menyertai 'group trip' opis nih. Acara tahunan yang baru kali pertama SH join. Syiok gak sesekali menyertai rombongan yang dibahagi kepada 3 batch ni.

Alhamdulillah, SH adalah di batch yang pertama. Flight kol 7.30 pagi, pukul 4.30 pagi dah gerak dari rumah kerana Coach dari opis ke LCCT akan bergerak pada pukul 5 pagi. Bab bangun pagi SH takde masalah, insyaAllah...semuanya dipermudahkan olehNya dan selamat mendarat di bumi Langkawi pada pukul 8.30pagi.

Bas dah sedia menunggu kami di airport dan perjalanan tak sampai 5 minit untuk ke Four Points, hotel tempat kami menginap. Sesampai di hotel, lepas berbincang dan kumpul geng, kami menyewa sebuah van untuk round2 pekan Kuah. Nak check in pun bilik lum siap lagi....lagipun batch 2 dan 3 belum sampai lagi.

Kami la batch yang paling beruntung. Banyak masa leh round pekan and shoppingggg...
PART 1-hahaha

Sunrise..
Penang nampak dengan jelas. Kalau zoom boleh nampak dua2 jambatan.
Penang lagi...I like Penang sooo much....

Ni van bawak kami round2. Sekepala dia charge rm20. Kami 7 orang jer pun...
Lenkali borong FR ni banyak2. Harga kat Giant sini, RM47. Langkawi cuma 19.90...
Kisses aka coklat puting ni tak sempat nak beli. Frust..
Whittaker's ni murah kat HIG. Hanya rm7.50. Idaman Suri harganya RM8.20.
 Tak beli ape pun kat sini. Jalan2 cuci mata..
 Hotel kami tido...





Selesai shopping, plan nak lepak2 kat Pantai Cenang tapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Hujan jer bumi Langkawi sepanjang berada di sana. Terus balik hotel check in dan santai2 jap sebelum 'team buiding' start at 3pm.
Bersambung untuk aktiviti lain di Langkawi...



Featured Post

JJCM Hari Ibu

Assalamualaikum Unplanned trip, trip sempoi2 giler. Unplanned kerana pada asalnya nak jalan dekat2 sahaja. Konon nak ke Kuala Selangor ...