September 21, 2012

Amazing Redang Island


Assalamualaikum w.r.t....

Tiada cerita, cuma gambar, kerana tuan rumah pun tak tahu nak cerita ape, tuan rumah belum lagi menjejakkan kaki ke sini. Bukan hati tak teringin nak pergi tapi nanti-nanti lah bila 'terlebih' money. 










Tq kepada empunya gambar, nice shot, nice sceneries of Redang. InsyaAllah, will be here 1 day with my 2 heroes. 

Credit to: Puan Kasmini Mat Amin.

September 20, 2012

Variasi Roti Jala

Assalamualaikum wbt...

Pink kaler...

Kuning dan dwi colour..
Dwi colour...pink and yellow..
Edisi roti jala yang berwarna warni. Tempahan rumah terbuka hari Sabtu tempohari. Lupa pulak nak snap gambar partner roti jala...kari ayam...
Sesiapa yang berminat nak buat, resepi di bawah yer...tapi suka nak diingatkan, menjala ni amatlah penat dan capek yang amat, juga mengambil masa yang agak lama berdiri di dapur. Terimakasih kepada empunya resepi...

ROTI JALA byUmmi 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning/hijau/pink

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati. 
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala. Sh guna acuan mayonis muncung 3 tu...
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

Hidangkan bersama temannya, kari ayam. Roti jala ni walaupun dah sejuk, tapi kalau perkena dengan kari panas, masih lagi lembut dan sedap.  Selamat Mencuba!


September 19, 2012

Karipap Kentang

Assalamualaikum..

Projek menghilangkan boring petang semalam. Ditambah dengan semangat nak mencuba resepi daripada bonda Uda...TQ Uda for the recipe, pastri karipap yang sangat rangup dan wallah!. Dah sejuk pun masih lagi rangup sangat dan sedap. Alhamdulillah....pagi ni goreng bawak ke office, semua suka dan ada yang dah order....hahhaha...tapi masih kurang arif dalam bab mencanai, karipap ada yang kecik, ada yang besar dan tak licin bab sutera. Nyway...congrats to myself. 


Intinya pulak, inti kentang biasa daripada idea sendiri jer...main hentam dan lebur jer dalam kuali. 
Rupa kelim karipap yang belum boleh diberi markah 100% lagih..


September 13, 2012

Si Kitty Perry


Assalamualaikum...

Comei kan saya kan..Nama saya Perry...Kitty Perry...tapi sayang seribu kali sayang, tak sampai sebulan Perry hadir dalam keluarga kami, Perry menghilangkan diri entah kemana....sedih yang pasti tuan empunyanya Adam...aku pun rasa terkilan gak, pasai aku yang salah, lupa tutup pintu masa keluar sidai kain....Perry...Perry...kalau la kebebasan yang kau cari, apa yang boleh aku buat, kau pergilah..duduk rumah ni pun kau asyik dikurung jer...pergilah kemana kau suka....huhuhu...:(

Tapi harapan tu masih lagi menggunung, kot2 masih ada Perry ni kat area rumah ni. InsyaAllah kalau ada jodoh dan rezeki, mesti bertemu lagi...

September 11, 2012

Kampungku yang best....

Assalamualaikum...

Masih lagi mood raya, masih lagi nak tayang gambar2 yang sempat disnap waktu di kampung tempohari. Kampungku yang amat tenang dan tenteram, jauh daripada hiruk pikuk mat rempit aka samseng jalanan. 

Buah pauh dilayang atau mangga telur kat depan rumah mok...lebat berbuah dengan rasanya yang masam...kecur liur bagi mereka yang mengidam...aku kurang minat..buat sambal belacan ok la...

 Bunga raya bunga kebangsaan, merah menyala warnanya...
 Bunga kertas yer...bukan kertas a4 atau a3...ni bunga kertas...
Semi D under construction infront of mok's house. Kalau duit banyak dah lama rembat sebijik...ni tak layak, layak duduk rumah kotak jer...
 Taman Teluk Gadung, Sura Hujung..


Ulek Beach Resort, sesiapa yang berminat nak datang Dungun, boleh la stay sini tapi rate dia not sure la...boleh google for futher informations.
 Pokok pine...
 UITM Dungun, Terengganu.
Mok's house...

Welcome to our nek wan's house...peace yoo...!

September 4, 2012

Juadah dari SH's Kitchen

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar? Mesti masih hangat berhari raya dan berumah terbuka lagi kan? Last weekend, cuti Merdeka plus hari minggu, rumah terbuka di sana sini. Rancak dan hangat, sehangat dapur SH yang asyik berasap jer...nasib baik tengah-tengah masak tak habis gas. hehehe...Plan SH nk jamu adik beradik pada hari Ahad, sempena behday si adik, tapi yang berlaku sebaliknya pulak. Si abang sulong dan sibongsu hanya free pada hari 31 Ogos sahaja,  so bila si long call nak datang beraya, pagi2 dah keluar ke Tesco untuk cari bahan untuk dimasak...alhamdulillah...terhasil la juadah, mee udang, roti jala dan kari ayam. Juga untuk dessert,  butter kek dan dadih mango kegemaran anak tekak aku dan semua orang... 

Roti jala dalam versi hijau dan kuning. Masak kat jiran2 hari tu, versi pink...")
Mee udang dan aksesorinya...
Biskut raya pun ade lagi...
Sabtu 1 Sept 2012. Buat kek untuk pertunangan adik ipar di Mutiara Damansara. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan meriah.
Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. InsyaAllah...Usai majlis tunang, kami berkonvoi ke Kuang untuk kenduri kawen anak jiran rumah lama dahulu. Lepas kenduri kawen ke rumah terbuka di Klang, 2 bijik rumah...
Ini Juadah pada hari Ahad. Nasi tomato, ayam masak merah dan dalca sayur. Kek karet (tiada majlis potong kek pun, behday boy tusyen hari ini)...saje buat kek untuk meriahkan meja. Krim tu lebihan daripada kek tunang tu, tu yang kalernya sama...boleh la....
Warna bunga raya ni pun dah sama dengan warna kek...hahaha...ni gambar sekitar rumah di Klang yang diziarahi pada hari Sabtu tu...suasana kampung, tenang dan sejuk persekitaran dia...
Jalan masuk ke rumah..
Ada buai lagi...

Gambar blurr la....hero and heroin...

***Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, kumpul kalori, berlori-lori...*

Happy Birthday Adam

Assalamualaikum...

Entry tertunggak ni, sepatutnya dipostkan pada 2 September 2012, sempena ulang tahun kelahiran anak keduaku aka anak bongsuku, Kamar Adam Iskandar Bin Kamaruzaman. Alhamdulillah, Adam kini 17 tahun. Membesar sebagai johan..hahaha....dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, anak Selangor ni dengan berat 4.2kg, baby yang paling besar waktu tu dan dikerumuni oleh semua orang di wad pada masa tu...semua geram duk mencubit pipi Adam..lucu bila diingatkan dan diceritakan kembali pada Adam. Dah la mata sepet macam anak cina...hahaha...

Syukur, walaupun Adam membesar tanpa merasai sedikit pun kasih sayang daripada ayahnya. Di usia 55 hari, Adam kehilangan ayah tersayang namun doaku semoga Adam akan membesar menjadi anak yang soleh dan berguna pada agama, diri, keluarga, bangsa dan negara. Ditetapkan imanmu untuk sentiasa menjadi  hamba yang sentiasa tunduk mengingati Allah...InsyaAllah...Semoga Adam berjaya dengan cemerlang di dalam SPM nanti. Mudah-mudahan Allah mengurniakan Adam kefahaman yang kukuh, mempermudahkan Adam dalam menuntut ilmu dan diterangkan hati dan ingatanmu. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan dilindungi dirimu sentiasa daripada mara bahaya...Aminn....

Adam yang lincah dan minat menari.

Siabang dan siadik. Permata hatiku dunia dan akhirat. Semoga kalian membesar menjadi anak-anak yang soleh dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapamu. Amin yarabb....

Featured Post

Ho Chi Minh, Vietnam - Day 1

Assalamualaikum... Salam sayang untuk semua readers, Alhamdulillah tak sangka dalam diam ramai jugak yang visit blog ku ini...pageviews...