April 14, 2016

Eskrim Sumi Jelly

Assalamualaikum

Dah lama buat ni, baru nk hapdate sini...terjebak lah jugak tapi buat half resepi aje....nak rasa ape la yang istimewa nau eskrim yang viral sangat nih...dah rasa OK la...sesuai sangat untuk kanak2 riang ria...yg tua2 sila ketepi, x memasal potong kaki kang...

Bahan - bahan :

2 paket sumi / jelly
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air 
secubit garam

Cara penyediaan :

1. Masak susu cair, susu pekat, air dan garam dalam periuk hingga mendidih. Tutup api, sejukkan sebentar.

2. Buka dan asingkan sumi / jelly di dalam bekas. Potong2 kasi kecik sikit

3. Sudukan sumi / jelly ke dalam plastik aiskrim secukupnya. Nak lagi senang guna jag. Kemudian masukkan campuran susu tadi, ikat, goncang dan baringkan atas pinggan supaya sumi / jelly tadi serata. 

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...