November 26, 2012

Durian Crepe


Assalamualaikum w.r.t

My 1st attempt of durian crepe. Alhamdulillah menjadi la kot...bila dicomparekan rasanya dengan durian crepe yang dibeli (4pcs, rm10,) akibat keinginan untuk memakannya yang melampau. So 2 thumbs up untuk diri sendiri. 1st attempt dah tentu lah buat pun tak banyak so tak dapat lah nak disharekan dan ditanya pendapat sesapa. Sendiri buat sendiri makan, sibujang berdua nampak gaya cam kurang berminat jer ngan makanan2 camni. So siibu yang membalun sesorang...
Hari tu masa beli crepe ni, kecik bebeno, rasa makan pun tak puas. So aku bantai la buat betul2 cam bantal tidur tu...besar gedabak...ha kau...makan la puas2...boleh?




Ni nak tunjukkan rupa inti di dalamnya. Untuk resepi durian crepe ni, TQVM untuk tuan empunya resepi. Tercapai la gak hasrat hati nak buat durian crepe yang tengah meleTOP dan hot giler ni....tapi bila dah buat sendiri tu, satu pertanyaan gak yang bermain di fikiran, berapa banyak la sangat boleh diterima oleh anak tekak? Kalau untuk berbisnes mungkin berbaloi la, tapi kalau untuk makan, sekali cuba mungkin bulan depan baru rasa nak makan lagi...hehehe....

Ok...untuk my sis di Ganu. Here u are...the resepi as per requested. Kalau google, terlampau banyak resepi durian crepe sampai tak tahu nak pilih, nak buat yang mana. Kali ni SH pilih jer resepi kak Fiza Nordin untuk crepe dia. Tang inti tu semua pun dah tahu nak buat camane kan? Tapi untuk pencipta resepi durian crepe ni, sumbangan resepi ikhlas daripada anda semoga mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Ada yang langsung tak kedekut ilmu nak share resepi dan step by step. 

DURIAN CREPE

Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental

Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe. Sudukan isi durian di atas fresh cream kemudian paipkan cream di atas durian. Kemudian lipat lah crepe tersebut. 




November 16, 2012

Salam Maal Hijrah dan kek oren

Assalamualaikum w.r.t....

Salam Maal Hijrah buat semua. Kek oren sempena hari cuti semalam, plan untuk makan-makan 2 mulut sahaja di rumah ini bertukar menjadi beberapa mulut yang menikmatinya. Syukur Alhamdulillah..


Resepi kek ni dari blog mat gebu. Memang ikut betul-betul resepi tu, tapi hasilnya cam agak kering sedikit. Tak moist dan berderai bila dipotong, tapi i likeee texture kek camni...rasa tetap sedap dan bau wangi sangat,  semerbak seluruh rumah. Credit to tuan punya resepi. Mintak izin cnp di sini.

Resepi dari blog http://www.tiffinbiru.com/2011/01/kek-oren-perawan.html

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
200 gram gula halus (mat letak 150 gram)
3 biji telur gred B (mat guna gred A)
1 camca besar parutan kulit oren
1 camca besar jus oren
250 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh soda bicarbinate*(*digaul rata dan diayak)
1/2 cawan kismis, gaul dengan sedikit tepung, agak2 dalam 1 camca teh

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 4 inci x 4 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga kembang, masukkan parutan kulit oren dan jusnya, putar sebati. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masuk kismis dan gaul rata. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.
  4. Uji dengan mencucuk lidi sate di tengah2 kek, jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.


November 5, 2012

Debaran datang lagi...SPM

Assalamualaikum w.r.t

Buat anakku, Kamar Adam Iskandar Bin Kamaruzaman. Good luck! Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, tepat dan sempurna. Semoga Allah mempermudahkan segalanya, permudahkan Adam menjawab setiap soalan, berfikir dengan hati yang tenang dan terang dalam mengingati apa yang telah dipelajari. Semoga Adam dapat melakukan yang terbaik. Amin yarabbal alamin



November 1, 2012

Nasi Dagang Ganu kite

Assalamualaikum w.r.t

Selamat kembali bersiaran. Syukur alhamdulillah, dengan segala rahmat dan kurniaan Allah. Tak lupa juga setiap dugaan yang Allah turunkan untuk kita menjadi manusia yang lebih bersyukur dan lebih baik, lebih menghargai kewujudan insan-insan disekeliling kita. Al-fatihah buat anak saudaraku yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin, 29 oct lepas.  Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t, pentadbir sekelian alam.


Ini nasi dagang versi Ganu kita plus sedikit versi kelantan. Cuba nak buat versi kelantan sepenuhnya dengan beras merah tu tapi takut pulak anak tekak Ganu ni tak boleh accept versi kelate. Hari tu gatai sangat duk order beras merah daripada adik yang pergi Pengkalan Kubur, sekarang beras tu dah ter'sebbek' kat situ belum dimasak. InsyaAllah, projek nasi dagang Kelantan akan menyusul.

Semangat nak buat nasi dagang ni kerana anak bujang sekarang ni dah jadi cam chef Joe pulak...pandai   komen-komen makanan la pulakkk...sedap jer dia komplen nasi dagang orang jual cam kurang sesuatu...sabo aje la....macam la ibunya sedap sangat masak nasi dagang...tapi takper, ibu tetap cuba nak memenuhi selera sianak. Bahan-bahan semua dah ada, ndak ngan tak ndak jer, so balik kerja petang Isnin tu terus sinsing lengan baju basuh beras dan kemudian rendam. Pastu siapkan segala bahan untuk membuat gulai ikan tongkol ni. Cabaran kali ini hanya diberi masa 1 jam sahaja....dan siap masak gulai lebih kurang pukul 7 camtu...(kalau ikut masterchef, dah start buat plating dah tu...tapi beras masih lagi terendam dalam rice cooker, abih camno nak masuk master chep...?) Selepas solat maghrib baru tersedar satu bahan untuk nasi tak ade. Siibu pun apelagi, kerah lah sianak ke kedai. Sambil2 tu panaskan pengukus atas dapur..bila sianak balik, bukak jer pintu terus menjerit membawa berita yang mengejutkan. Anak buahku telah kembali mengadap Ilahi, bergegas kami ke Hospital Sg Buluh. Projek untuk memasak nasi terpaksa ditangguhkan dahulu.
Namun Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar dengan izin Allah s.w.t. Semoga rohnya bersama dengan kekasih-kekasih Allah...aminn...

Resepi nasi dagang tu olahan daripada Puan Azlita daripada blog Masam Manis. Mintak izin share resepi di sini. Resepi gulai ikan ayer tu, ingat2 lupa daripada mana, tapi harap-harap tuannya halalkan yer...

Nasi dagang – Source Masam Manis
4 cawan beras biasa
1 cawan beras pulut
1/2 cawan beras merah - yg ni ita tambah (i follow)
1/2 tin santan - ita guna 1/2 kotak santan KARA
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar halba
bawang dan halia - di hiris
Daun pisang
air
Cara-Cara
Beras dibasuh dan direndam 1 malam.
Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih.
Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang
Kukus buat kali kedua.
Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap.
Biarkan seketika.
Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas.
Masukkan hirisan bawang, halia, halba dan santan yg dibancuh dengan sedikit garam dan gula .
Sedia di hidangkan bersama acar dan gulai ikan tongkol
Acar

2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula
Cara-cara
Timun dan lobak dihiris panjang2.
Bawang dan lada dimayang.
Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas.
Masukkan cuka, garam dan gula.

Simpan di dalam peti untuk seketika.
Gulai ikang AYER (tongkol)
Seekor Ikan Tongkol – rebus bersama garam sedikit dan asam keping dahulu.

1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
10 tangkai cili kering*
garam, gula dan perasa
cili api hijau
1 peket kecik serbuk kari ikan babas
minyak untuk menumis
Asam keping drpd rebusan ikan tadi

Cara - Cara
Blender bahan 2 yang bertanda *hingga hancur, kemudian  tumis sehingga betul2 masak, selepas itu masukkan rempah kari ikan, masak hingga rempah pecah minyak, Masukkan santan dan semua bahan2 lain. Masak hingga kuah mendidih dan mereneh dengan api yg sederhana, Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan.








October 25, 2012

Salam Aidil Adha.

Assalamualaikum..


Salam Aidil Adha daripada SH dan anak-anak. Semoga apa jua pengorbanan kita di tahun ini akan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.....semoga mereka yang menjadi tetamu Allah pada tahun ini, akan dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. Amin...

Pic - source google.

 Kek order untuk Aidil Adha. Carrot Walnut Cake with cream cheese topping.

 Moist Chocolate Cake.

Red Velvet with Cream Cheese topping for birthday.

Alhamdulillah dengan rezeki daripada Allah.

October 22, 2012

Tart macam2..


Assalamualaikum w.r.t

Ini lah rupa tart-tart yang telah dibuat sebagai buah tangan untuk majlis pertunangan sepupu semalam. Syukur alhamdulillah, I've learned a lesson yesterday. Tak perlulah diceritakan di sini...tapi cukup aku katakan "thumbs up" buat diriku...


Mini blueberry cheese tart. 

 Mini Fruit tartlets

 Close-up....
Ini untuk sahabat yang memberi sesuatu kepadaku tempohari. Sebagai balasan, biarpun tidak seberapa tetapi 'ingatan' dia padaku begitu aku hargai.  Thanks a lot!







October 19, 2012

Tart Shell (Crust)

Assalamualaikum w.r.t

Salam pagi Jumaat yang penuh berkat dan rahmat. Syukur dengan segala kurniaan Allah..

Projek malam tadi, tart shell untuk projek esok. Bila dah siap crust ni rasa lega sangat, InsyaAllah esok boleh continue projek untuk piping filling kat dalamnya....kerja jadi mudah dan cepat...


Banyak gak dapat, berbagai saiz dan bentuk. Corak pun lain tapi rasa tetap sama....untuk crust ni, SH stick to 1 resepi dari dulu...kalau sesapa nak buat, resepi kat bawah....TQ kepada empunya resepi.


TART SHELL (Sumber Resipi : Mamafami ( Spice n Splendour )
Ingredients :

(A)
  • 100g icing sugar
  • 200g butter
  • 1/4 teaspoon vanilla essence
(B)
  • 1 egg
(C)
  • 420g flour
  • 1 tablespoon milk powder
Method :

1. Beat (A) till soft. Add in B and continue beating till well mixed.
2. Add in (C) to form a soft and smooth dough.
3. Take a bit of dough and press it onto the tart casing.
4. Poke the base with a fork. Bake for 12 minutes or till golden brown. Remove from oven and let it cool. -
kita bakar dgn suhu 140 C

Note : Tart shells must be kept in an airtight container







October 16, 2012

Blue theme cake..

Assalamualaikum...







Order - Carrot cake and 30pcs cupcake - Ida
Marble Cheese cake - Su

October 4, 2012

Fruits Tart


Assalamualaikum w.b.t

Wahhhh....'kalerpul' gitu...pilih...pilih...2 singgit...2 singgit...;p...ni la menu tuan rumah untuk potluck kat office hari ni. Selama 3 hari ni kami ber'potluck' dan hari ini tiba giliran tuan rumah untuk buat dessert. Mula-mula plan nak buat dessert dan bawak buah, sekali terpikir why not dessert dan buah tu digabungkan sekali...2 in 1...so terhasil la fruits tart ni....bijak tak...bijak tak...? ngeee....


Yang besar dapat sebijik sorang jer yer...nak menyiapkan crust dengan filling tu ambik masa ok...? Penat menggentel crust tu sambil mata melayan masterchef, camane nak siap dengan cepat..

 Comei tak saya...?
Ni mini tartlets...mereka sangat kiut dan berwarna-warni kan...? (perasaan kejap)...Jual 2 singgit mesti berebut orang beli nih...hahaha...
Dah siap dipacking. Yang besar letak kat dalam casing dia tu...nanti berebut pulak kang...kena siap bahagi-bahagikan....

Sesiapa yan berminat nak buat sendiri, resepi di bawah yer...
Dipetik daripada blog mama fami...TQ kepada empunya resepi

FRUIT TARTLET
Souce : Chef Alex Goh

THE SHELL
Ingredients :

(A)
200g butter
100g icing sugar
1/4 teaspoon vanilla essence

(B)
1 egg

(C)
420g flour
1 tablespoon milk powder

Method :

1. Beat (A) till soft. Add in B and continue beating till well mixed.
2. Add in (C) to form a soft and smooth dough.
3. Take a bit of dough and press it onto the tart casing.
4. Poke the base with a fork. Bake for 12 minutes or till golden brown. Remove from oven and let it cool.

Note : Tart shells must be kept in an airtight container.

CUSTARD FILLING
Source : Rinn

Ingredients :

2 tablespoons flour
2 tablespoons custard powder or cornflour (I used cornflour)
8 tablespoons sugar
2 cups (500ml) fresh milk
2 eggs
2 tablespoons butter

Method :

1. Mix flour and custard powder/cornflour in a pot and add 2 tablespoons fresh milk. Stir to mix.
2. Add in egg and mix.
3. Add in balance of the milk.
4. Cook on low fire and stir continuously till the mixture is smooth and not lumpy.
5. Once the mixture thickens and shiny, it's ready. Remove from fire and allow to cool. Ready to use

October 3, 2012

Little Penang Cafe, The Curve

Assalamualaikum....

Lama blog tak diupdate. Sunyi sepi, senyap *tuppah* (diam seribu bahasa) tuan rumah....dah pun bulan October...syukur penantian selama sebulan dah terjawab. Happy? Alhamdulillah dengan rezeki daripada Allah. Busy over the weekend melayan tetamu dari Ganu kiter. Kebizian bermula pada malam Jumaat, majlis bacaan yassin di rumah dengan kehadiran jiran-jiran terdekat. Syukur, majlis berjalan lancar dengan izinMu, ya Allah. Semoga Allah terus memberkati kami sekeluarga dan mempermudahkan segala urusan. Aminn.....



Tertunai la sudah hasrat di hati, terlangsai la sudah hutang lama. 'Janji ditepati' tema untuk makan-makan di Little Penang Cafe, The Curve ni. Syukur, setelah sekian lama berjanji nak belanja adik dan mok kat sini, akhirnya terlaksana jugak. Tak payah jauh-jauh pi Penang nak makan...harga walaupun sedikit mahal daripada kedai biasa tapi masih boleh dibayar lagi la...huhuhu.... 

 Penang curry mee. Sedap sangat tapi portion yang amat banyak, makan pun tak habis.

 Ais kacang ni wajib kalau datang sini. Suka sangat...
Penang laksa. Juga portion yang amat banyak, boleh share 2 orang makan. Sedap...*tiada dalam gambar, Lum Mee, Kueytiaw goreng, cendol dan sirap bandung...
 Mok dan sibongsu. Suka tengok mok happy..
Yang bertudung pink tu adalah watak utama dalam makan-makan 'janji ditepati' ni....hahhaa....Semoga Allah murahkan lagi rezeki dia...aminnn....
 Mok dan sibujangku.

Sikecik ni tetap dengan menu utama dia. Ayam Upin Ipin, 2 singgit...2 singgit...

Little Penang Cafe, The Curve
Food - ****
Environment/Service - ***
Price - ***


September 21, 2012

Amazing Redang Island


Assalamualaikum w.r.t....

Tiada cerita, cuma gambar, kerana tuan rumah pun tak tahu nak cerita ape, tuan rumah belum lagi menjejakkan kaki ke sini. Bukan hati tak teringin nak pergi tapi nanti-nanti lah bila 'terlebih' money. 










Tq kepada empunya gambar, nice shot, nice sceneries of Redang. InsyaAllah, will be here 1 day with my 2 heroes. 

Credit to: Puan Kasmini Mat Amin.

September 20, 2012

Variasi Roti Jala

Assalamualaikum wbt...

Pink kaler...

Kuning dan dwi colour..
Dwi colour...pink and yellow..
Edisi roti jala yang berwarna warni. Tempahan rumah terbuka hari Sabtu tempohari. Lupa pulak nak snap gambar partner roti jala...kari ayam...
Sesiapa yang berminat nak buat, resepi di bawah yer...tapi suka nak diingatkan, menjala ni amatlah penat dan capek yang amat, juga mengambil masa yang agak lama berdiri di dapur. Terimakasih kepada empunya resepi...

ROTI JALA byUmmi 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning/hijau/pink

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati. 
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala. Sh guna acuan mayonis muncung 3 tu...
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

Hidangkan bersama temannya, kari ayam. Roti jala ni walaupun dah sejuk, tapi kalau perkena dengan kari panas, masih lagi lembut dan sedap.  Selamat Mencuba!


Featured Post

JJCM Hari Ibu

Assalamualaikum Unplanned trip, trip sempoi2 giler. Unplanned kerana pada asalnya nak jalan dekat2 sahaja. Konon nak ke Kuala Selangor ...