February 12, 2016

Kek Birthday

Happy Birthday to Us!
Anak bujang 26 Jan, dah 22 tahun dan ibu pulak 10 Feb, 22 x 2. hahaha...dah tua sangat kurasakan diriku ini...namun syukur Alhamdulillah....untuk segala rahmat dan kurniaan Allah...
 Kek sebijik cukup la...
Alhamdulillah...


Semoga Allah meredhai, merahmati dan melindungi kami sentiasa. Aaamin...

February 3, 2016

Mango Panna Cota

Assalamualaikum, Selamat pagi yang nyaman

Alhamdulillah, setiap kali menikmati panna cota ni pasti akan terpana seketika. Sedapnyerrr... nyamannya anak tekak, dengan rasa manis, masam dan manis mashmellow tu...ermmm...tak terkata. 

Menggoda tak? Puree tu anak bujang yang sediakan. Tak sabar tunggu ibu lambat sangat.

MANGO PANNA COTTA 

Bahan2:
2 cawan susu fresh milk
1 cawan whipping cream
2 1/2  sudu besar gelatin + 1/2 cawan air panas
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila

Utk puree mangga:
2 bj mangga masak
4 sudu kecil gula
sedikit perahan lemon (tak letak pun tkper)

Cara:
Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan dia sebati
Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam bekas acuan yang sesuai
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
Sementara itu bolehlah disedikan puree mangga.
Blend buah mangga hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon.
Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
Utk menghidang, tuangkan puree mangga ke atas panna cotta tadi.

Hiaskan dengan hirisan mangga atau ape2 shj mengikut citarasa sendiri


Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...