April 28, 2012

Blueberry Tiramisu and Marble cheese cake

Assalamualaikum dan selamat petang sabtu....
Jom menjamu mata jap dengan marble cheese cake ni....order daripada seorang sahabat untuk birthday anaknya....nak continue trip Yogyakarta tak boleh pulak kerana semua gambar kat komputer di office. Lupa nak bawak balik. Hari tu boleh la jugak layan Blog kat Office, tapi sekarang sejak kena download google chrome so no chance lagi nak isi masa pagi2 kat office tu berblog....hampeh betul....
Blueberry Tiramisu ni dibuat kerana nak habiskan baki biskut lady finger dan jugak whipping cream yang dah nak expired. Pada mulanya nak buat simple tiramisu jer...nescafe tak de pulak...terpandang la pulak blueberry filing ni kat dalam frigde...so ape lagi...thanks kepada empunya resepi. Resepi akan diletak kemudian....memang sedap sangat...Suka tengok anak2 bujang makan...2 hari jer licin satu bekas tu...Kalau letak dalam gelas mesti comei2 kan....?
BLUEBERRY TIRAMISU by: Rabiatun Rujukan : Pautan Kasih Dari blog-Azlita Masam manis Bahan untuk syrup dapat 4 cup spt di atas 150 g blueberry filling 80ml air suam 2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit sedikit parutan kulit lemon ~ optional Bahan Cream 250g cream cheese 125g whipped cream 125g whipping cream 50g gula icing~ sifted Hiasan 1 peket biskut tiramisu sedikit buah blueberry segar Cherry Coklat urai - ita tambah Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika. Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati. Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata. Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

No comments:

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...