June 9, 2012

Chocolate Chips Famous Cookies

Assalamualaikum w.b.t Syukur Alhamdulillah. Dapat meng'update' blog adalah sesuatu yang mengembirakan hati. Kadang2 bila dapur tidak berasap, atau bila tiada aktiviti yang 'sihat' blogku ini akan bersawang tanpa kunjungan. Tiada modal nak berkata-kata, walaupun kadang kala hendak sekali menjadikan blog ini medan luahan rasa, hati dan perasaan tapi takut blogku jadi muram dan suram kerana semestinya luahan hatiku sesuatu yang tidak mengembirakan.. Minggu ini penuh dengan drama kekalutan dan keresahan hati. Bercuti pada hari khamis kerana membawa sibujang untuk medical check up, ke JPN untuk mencari pegawai kerajaan kelas A, untuk mengesahkan sijil2 dan mengambil surat beranak, ke kedai gambar untuk mengambil gambar dan juga ke pejabat pos. Semuanya berjalan lancar dan syukur Allah mempermudahkan segala urusan. Siap sibujang belanja siibu makan nasi briyani lagi. Namun kusangka panas hingga ke petang, bermula semalam hariku suram dan umpama orang buta kehilangan tongkat apabila keretaku terpaksa tersadai di bengkel atas kerosakan yang aku sendiri tidak tahu ape punca dan sebabnya. Kalau ikutkan umur keretaku, tidak 'logik' dia mengalami kerosakan yang begitu, namun itulah takdir dan dugaan Allah buat diriku.Kuterima dengan penuh sabar dan redha di hati, walaupun jauh di sudut hati ini, hanya Allah yang tahu...kos untuk membaiki sahaja lebih daripada 1000k...hati mana tak rawan, hati mana tak sasau, dengan sibujang yang nak masuk belajar pada 8 july nanti...semuanya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit... Inilah lumrah kehidupan, dugaan yang sedikit sebanyak menginsafkan aku, kadang kita di atas, kadang kita dibawah, senang lawannya susah, dan kalau selama ini aku begitu selesa ke sana kemari, dalam beberapa hari ini, perlu la aku mencari jalan bagaimana untuk ke tempat kerja. Bermacam-macam perasaan sedang berkecamuk dan berlegar-legar di hati dan minda ini...perasaan yang tak mampu untuk kuluahkan dan adukan pada sesiapa, hanya Allah tempat untuk mengadu. Namun akan kucuba untuk terus berlapang dada menerima dugaan dari Allah ini..semoga dugaan-dugaan ini dapat mengkifarahkan dosa2ku sebagai hambaNya yang kadang2 lalai dan lupa. Semoga ada hikmah disebalik setiap ujianNya. ********Ok...panjang pulak sessi luahan hati kali ini. Okey...kita berbalik kepada choc chips famous cookies ni, pepandai lak tukar nama...hehehe... Minggu ni tak dapat keluar membeli barang dapur seperti yang biasa dibuat setiap hari Sabtu. Tadi suruh sibujang ke Speedmart membeli gula dan minyak masak, Oat Krunch tak nak ke bu...tanya sianak...siibu pulak menjawab, tak payah nanti ibu buat. So kena lah tunaikan janji dengan sianak, maka petang tadi, kugodekkan jugak cookies yang senang dan enak ni..yang pasti cookies ni tak manis sangat dan aku hanya gunakan brown sugar untuk resepi ni..kebetulan pulak bahan2nya semua ada dalam simpanan. Resepi seperti berikut yer...200gm butter, 100 gm gula perang, 1 biji telur, kocok dan campurkan 1 camt esen vanila, secubit garam, 200gm tepung gandum, 200gm nestum, choc chips, badam dan walnut. Pukul gula dan mentega sehingga gebu. Masukkan telur yang dah dikocok tadi, gaul sebati. Masukkan tepung dan nestum tadi, kacau menggunakan senduk/spatula. Masukkan choc chips dan badam tadi, saya tambahkan walnut jugak...sudukan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking sheet. Bakar sehingga keperangan dalam 20 minit camtu.. ******selamat mencuba*****

No comments:

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...