June 6, 2012

Rombongan meminang puteri Gunung Semanggol

********Assalamualaikum w.b.t******** Sabtu lepas, menyertai rombongan meminang berkonvoi sebanyak 12 buah kereta ke rumah sigadis di Gunung Semanggol, Bukit Merah, Perak...perjalanan yang begitu meletihkan dengan keadaan PLUS highway jem yang amat. Bergerak dari rumah adik ipar di Saujana Utama pada jam 10am dan sepanjang perjalanan dari tol Rawang jem yang teruk sudah bermula. Naik kematu vuntut duduk dalam kereta dan kebetulan pulak aku jadi passenger jer pada hari itu... Selamat sampai ke tol Bukit Merah lebih kurang pukul 3.30pm dengan keadaan perut yang berkeroncong. Yang lucunya sampai sahaja di rumah sigadis hidangan terus dihidang untuk kami menjamu perut yang dari tadi minta diisi. Macam paham-paham pulak diorang ni yer...selesai late lunch tu, baru lah sessi perbincangan dan membentangkan hajat dibuat....boleh? Boleh la...yang penting majlis berlangsung dengan baik dan dalam keadaan santai, dengan tiupan angin petang yang begitu mendamaikan. Gambar atas adalah rumah si gadis...besh kan...? Yang begitu mengujakan kami ialah, rumah mereka yang dikelilingi sawah padi yang menghijau di kiri, kanan dan belakang, begitu mendamaikan dan menyejukkan mata memandang...apa lagi kami yang jakun ni tak lepas2 berposing macam orang tak pernah jumpa sawah bendang. Almaklum la...pandai makan nasi jer, pokok nasi pun jarang tengok...hahhaha...kalangan kami ada yang anak jati PJ dan tak ada kampung langsung...sekurang-kurangnya aku ni ada jugak kampung halaman. Cuma bezanya kampung aku banyak pokok nyior dan laut yang membiru...siconet kat atas dah berpeluh2 berlarian ke sana sini...seronok sangat cam burung baru lepas dari sangkar.. Kasi layan jer la gambo-gambo yang ada ni...terlampau banyak gambar, dah jadi cam retis (perasan) plak pada hari ni....tapi tuan rumah tak nak la letak muka tuan umah yang tembam ni kat sini...buat malu jer kucing teman tengok (ada kucing ker)....aterr...padi menghijau diremang senja... Ni parit besar, tali air, ntah ape orang panggil teman pun idok ler arif..maklum kat kampung teman takde semua ni, yang ada ombak membiru jer... Sibujang teman sibuk duk memburu pepatung. Excited dia dapat bermain-main ngan dslr orang punya tu...mau idok, ibunya kamera cap ayam ajer yob...'bila nak beli dslr bu, adam nak satu la...hamboi...hamboii...macam boleh beli ngan daun jer yerr... 

Sawah bendang lagi... Pokok kelapa dara...memandai aje teman ni yer... Anak bujang teman ngan sepupunya. Adik siteruna yang bongsu... Barang hantaran daripada pihak perempuan, tema merah menyala... Hantaran daripada pihak lelaki tema grey, black and white. Tapi ada gak warna2 yang tak berkenaan menyelit... Menarik kan apam lady bird nih...teringin nak buat, resepi dah ada bila ntah nak start enjin nih...lately vitamin M banyak sangat dalam badan, tu yang payah tu... Haaa...ni kek yang teman buat tu...cantikkan bila dah siap dideko...kek carrot walnut but with butter cream. Tak dapat nak buat cream cheese bcos perjalanan jauh takut cair la pulak. Tapi buttercream pun tetap sedap... Sirih junjung yang terpaksa diberi sentuhan semula kerana daun2 sirih yang kelayuan. Last minit sebelum bertolak teman gubahkan sirih ni,keluarkan semua sirih yang layu dan cucuk jer sirih yang baru....nasib baik, rumah adik ipar tu ada pokok sirih menjalar di pagar rumahnya so takde la kelam kabut mencari sirih... Anak bujang sorang ni sibuk nak melompat. Takper kasi can dia melompat and enjoy. Tak lama lagi kena concentrate ngadap buku la...spm dah tak lama lagi, pejam celik, pejam celik dan bulan jun dah ni....ibunya gak yang risau sangat mikirkan dia...dia relax jer... Pokok tebu pun ada. Beras tak payah beli, gula pun tak payah beli. Semua tanam sendiri, ok kan...? cam best betul duk kampung ni...mesti masa banyak terisi dengan aktiviti2 bercucuk tanam...itulah kampung... Wajah-wajah ceria...senyuman manis dan menawan... Di celah dedaunan tebu, simentari mula menghilangkan dirinya. Sempat tengok sunset di sawah padi... Ni la pasangan yang berkenaan itew...sama cantik, sama padan. Semoga jodoh mereka berpanjangan dan cepat2 naik pelamin. Alam pertunangan ni terlalu banyak dugaan dan cabaran. Saujana mata memandang...bila la padi aku nak berbuah ni....sekarang menghijau, nanti menguning pulak... *****end of story****...trip yang begitu menyeronokan, walaupun penat, dan nak luruh jantung bila sidrebar berdesut memecut kereta masa on the way balik ke Sg Buluh. Perjalanan hanya mengambil masa 2 1/2 jam sahaja...jusz imagine...rasa nyesal jap pasal tak bawak kereta sendiri. Tapi syukurlah...semuanya ok... *******frens...pls bare with me gambar yang tunggang langgang, ke tengah, ke tepi tu...tak tahu kenapa...dah beberapa kali adjust dan upload baru, masih gak camtu...will rectify the problem soon..kalau rajin nak menyiasat la...

No comments:

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...