June 19, 2012

Ketupat Mini Nona dan kuah kacang

Assalamualaikum... Hidangan mata jer la yer...blueberry cheese cake...very small portion, buat sekadar nak menghabiskan balance cream cheese hari tu. So sekejap aje dah yillek dibalun oleh kedua anak bujangku... Looks yummy but high cholestrol...hahaha.. Our dinner last night. Tak payah nak tunggu raya la sangat kalau nak makan nasi himpit ngan kuah kacang ni yer...kalo dah teringin sangat tu, rajin-rajin la ke dapur (cam SH ni...hahaha) dan kerjakan dia, kita buat dia kan...? Since barang2 semua memang dah ada, so tak payah pening-pening kepala...blender ape yang patut dan tumiskan, leburkan jer dalam periuk. Biar mereneh dan pekat....walaaaa...siap terhidang juadah yang simple dan mengenyangkan. ****updated*****Resepi Kuah Kacang yer.... KUAH KACANG by: Dayang Jack 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar) 5 biji bawang merah * 3 ulas bawang putih * 1 batang serai* 1/2 inci halia * 3 cm lengkuas* 1/2 inci belacan bakar* 1 batang serai (diketuk) 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka) 2 sudu makan gula merah/gula melaka garam dan gula pasir (mengikut citarasa) air secukupnya Kisar bahan2 bertanda * Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana. Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya. Hidangkan setelah masak. Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa. kuah kacang ini sgt enak dimakan bersama nasi impit, sate, roti kosong, dsb. untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan

4 comments:

Acik Erna said...

assalam SH..nasi impit dan kuah kacang..memang terliur ni..nak kena buat jugak..dah ada yang segera..rebus je kan SH

SH said...

Yer Acik, kalau yang mini tu takyah tunggu lama2...tak sampai sejam dah masak...

LadyBird said...

lady suka blueberry tu..

Nuttilycious Kuah Kacang Segera (Instant Peanut Gravy) said...

PERCUMA - Nuttilycious Kuah Kacang Segera (Instant Peanut Gravy)!!! Semudah SMS / emelkan Nama, Alamat, Emel & No Telefon ke 0193621262 / nuttilycious@yahoo.com / nuttilycious@gmail.com

Cara menyediakan mudah cepat pantas dengan hanya mencampurkan kuah kacang bersama air panas.

Stock adalah terhad. Siapa cepat dia dapat...

https://www.facebook.com/Nuttilycious
http://nuttilycious.blogspot.com

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...