June 20, 2012

Puding Sagu Pelangi

Assalamualaikum.... Rasa nak nyorok kan muka jer tengok rupa puding ni...eeee...malu sendiri...kerja tangan yang tak berseni langsung. Tu la kan...biasa orang berseni ni orang yang sabar, kalau dah kurang kesabaran, camtu la jadinya. Terpandang puding ni kat http://nurniezza.blogspot.com/ semalam, so teringin nak buat. Tapi hasilnya tak lah sebeautiful cik Nieza buat;)Nasib baik buat sikit aje, kalau tak jenuh gak nak melapis, nak tunggu keras dulu, pastu melapis lagi...oooo cannot...cannot...SH ni tak sabar orangnya...:P Apa kena mengena orange dalam resepi ni erkk...? hahaha...belasah aje la... ~~~~~Puding Sagu Pelangi~~~~~~ Resepi asal: Gert Sumber: Kak Lina PG, Kak Yatie, Nieza ***Bahan-bahan*** • 1 cawan biji sagu putih • 1 liter air • 20 gm serbuk agar-agar • 11/2 cawan gula pasir • 3 helai daun pandan • 1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan) • 3 jenis pewarna kegemaran Cara Membuatnya 1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat. 2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal. 3. Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih. 4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api 5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau. 6. Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau. 7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais.

1 comment:

Nieza said...

wahh cepat puding sagu ni dh terbang ke sini yer..ok jer saya tgk puding tu cantik jer lapisannya tu. memang kena sabar juga tapi masa saya buat kat sini sekejap jer dah keras sebab masa tu cuaca sini masih sejuk lagi...apapun kira berjaya lah tu:)

Featured Post

Surabaya - Day 2 - Bromo Tengger Semeru

Assalamualaikum - sambungan kisah permusafiran kami dari Surabaya ke Bromo. Alhamdulillah...selamat sampai ke Probolinggo pada jam 2 pa...