September 4, 2012

Happy Birthday Adam

Assalamualaikum...

Entry tertunggak ni, sepatutnya dipostkan pada 2 September 2012, sempena ulang tahun kelahiran anak keduaku aka anak bongsuku, Kamar Adam Iskandar Bin Kamaruzaman. Alhamdulillah, Adam kini 17 tahun. Membesar sebagai johan..hahaha....dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, anak Selangor ni dengan berat 4.2kg, baby yang paling besar waktu tu dan dikerumuni oleh semua orang di wad pada masa tu...semua geram duk mencubit pipi Adam..lucu bila diingatkan dan diceritakan kembali pada Adam. Dah la mata sepet macam anak cina...hahaha...

Syukur, walaupun Adam membesar tanpa merasai sedikit pun kasih sayang daripada ayahnya. Di usia 55 hari, Adam kehilangan ayah tersayang namun doaku semoga Adam akan membesar menjadi anak yang soleh dan berguna pada agama, diri, keluarga, bangsa dan negara. Ditetapkan imanmu untuk sentiasa menjadi  hamba yang sentiasa tunduk mengingati Allah...InsyaAllah...Semoga Adam berjaya dengan cemerlang di dalam SPM nanti. Mudah-mudahan Allah mengurniakan Adam kefahaman yang kukuh, mempermudahkan Adam dalam menuntut ilmu dan diterangkan hati dan ingatanmu. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan dilindungi dirimu sentiasa daripada mara bahaya...Aminn....

Adam yang lincah dan minat menari.

Siabang dan siadik. Permata hatiku dunia dan akhirat. Semoga kalian membesar menjadi anak-anak yang soleh dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapamu. Amin yarabb....

1 comment:

Roslan Putra said...

patutlaa rasa macam ada birthday orang... tp xtau sapa....
anyway ... Selamat Ulangtahun ke 17 buat Adam. Moga sukses selalu...

Featured Post

Surabaya - Day 2 - Bromo Tengger Semeru

Assalamualaikum - sambungan kisah permusafiran kami dari Surabaya ke Bromo. Alhamdulillah...selamat sampai ke Probolinggo pada jam 2 pa...