September 4, 2012

Juadah dari SH's Kitchen

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar? Mesti masih hangat berhari raya dan berumah terbuka lagi kan? Last weekend, cuti Merdeka plus hari minggu, rumah terbuka di sana sini. Rancak dan hangat, sehangat dapur SH yang asyik berasap jer...nasib baik tengah-tengah masak tak habis gas. hehehe...Plan SH nk jamu adik beradik pada hari Ahad, sempena behday si adik, tapi yang berlaku sebaliknya pulak. Si abang sulong dan sibongsu hanya free pada hari 31 Ogos sahaja,  so bila si long call nak datang beraya, pagi2 dah keluar ke Tesco untuk cari bahan untuk dimasak...alhamdulillah...terhasil la juadah, mee udang, roti jala dan kari ayam. Juga untuk dessert,  butter kek dan dadih mango kegemaran anak tekak aku dan semua orang... 

Roti jala dalam versi hijau dan kuning. Masak kat jiran2 hari tu, versi pink...")
Mee udang dan aksesorinya...
Biskut raya pun ade lagi...
Sabtu 1 Sept 2012. Buat kek untuk pertunangan adik ipar di Mutiara Damansara. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan meriah.
Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin. InsyaAllah...Usai majlis tunang, kami berkonvoi ke Kuang untuk kenduri kawen anak jiran rumah lama dahulu. Lepas kenduri kawen ke rumah terbuka di Klang, 2 bijik rumah...
Ini Juadah pada hari Ahad. Nasi tomato, ayam masak merah dan dalca sayur. Kek karet (tiada majlis potong kek pun, behday boy tusyen hari ini)...saje buat kek untuk meriahkan meja. Krim tu lebihan daripada kek tunang tu, tu yang kalernya sama...boleh la....
Warna bunga raya ni pun dah sama dengan warna kek...hahaha...ni gambar sekitar rumah di Klang yang diziarahi pada hari Sabtu tu...suasana kampung, tenang dan sejuk persekitaran dia...
Jalan masuk ke rumah..
Ada buai lagi...

Gambar blurr la....hero and heroin...

***Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, kumpul kalori, berlori-lori...*

No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...