September 20, 2012

Variasi Roti Jala

Assalamualaikum wbt...

Pink kaler...

Kuning dan dwi colour..
Dwi colour...pink and yellow..
Edisi roti jala yang berwarna warni. Tempahan rumah terbuka hari Sabtu tempohari. Lupa pulak nak snap gambar partner roti jala...kari ayam...
Sesiapa yang berminat nak buat, resepi di bawah yer...tapi suka nak diingatkan, menjala ni amatlah penat dan capek yang amat, juga mengambil masa yang agak lama berdiri di dapur. Terimakasih kepada empunya resepi...

ROTI JALA byUmmi 
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning/hijau/pink

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati. 
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala. Sh guna acuan mayonis muncung 3 tu...
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

Hidangkan bersama temannya, kari ayam. Roti jala ni walaupun dah sejuk, tapi kalau perkena dengan kari panas, masih lagi lembut dan sedap.  Selamat Mencuba!


No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...