August 27, 2012

Ceria Raya 2012

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Hari ini dah 9 Syawal baru boleh update blog. Alasan biasa, sibuk beraya sampai lupa aku ada blog. Tapi takper, raya setahun sekali jerk...so pengisian raya tu mesti betul2 happening...hehe..tak ada la...raya tahun ni pun cam tahun2 lepas gak, tiada yang luar biasa, semua masih seperti tahun2 yang sudah...namun syukur, pagi hari raya pertama, kami adik beradik seramai 8 orang, semua dapat berkumpul di rumah mok...mok happy..senyum memanjang...
Biasa SH jarang letak gambar muka sendiri kat blog ni, tapi kali ni nak menempel sikit. Boleh? ;P

Teratak mok...rumah tempat kami 8 beradik dilahir dan dibesarkan. Memang seronok balik kampung, rumah mok mengadap laut tapi kali ni pemandangan laut dah terhalang dengan terbangunnya rumah semi D di depan rumah mok. Nak buat camane, kalau dah depan rumah tanah orang...so now no more sea view...huhuhu...
 Di pagi hari raya pertama. My anak bujang ngan mok. Tinggi cam galah dah anak ambe sorang ni...

Ini lah lokasi photoshoot hari tu...photoshoot la sangat..Teluk Gadung Sura Hujung, berdekatan dengan UITM Dungun. Di sini pertemuan air laut mengalir masuk ke Sungai Sura...

My family members. Tahun ni ubah selera family photoshoot outdoor pulak. Jarak dari rumah mok ke sini tak sampai 5 minit berkereta..hehehe...dalam gambar tu ada adik beradik, ipar duai dan anak2 buah yang lasak2, comei2 dan hensem2....tapi bukan semua ada dalam gambar waktu ini, ada yang rushing ke rumah mentua dan juga bakal mentua...
 My 2 anak bujang...siabang berkopiah (alhamdulillah) dan siadik, taller than siabang...
 My bujangan lagi dan yang tengah tu, kalau dah ada sibujang berdua dah tentu la ada siibunya...huhuhu...

Ni berposing di petang raya. Lokasi nya di hadapan Sek Men Sura, Dungun. Ramai gak orang photoshoot kat sini so saje la tumpang sekaki. Tak de sape nak larang pun..bila berada di celah-celah pokok2 pine aka pokok rhu tu rasa cam kat nami island pun ada....cehhh....perasan tak henggat....saje la happy kan hati sendiri...
Siadik bongsuku...cam anak ngan mak pun ada erkk? dah tua dah kurasakan diriku ini....jarak umur 16thn kot..lebih kurang...hehehe....
Dah semestinya ni pantai Sura Hujung yang bersih dan cantik sekali tu....Tenang dan damai, dengan tiupan angin yang nyaman sekali.
 Pokok dan buah mengkuang, kalau tak silap aku...ekkeleh...buat2 tak tahu pulak...
 Sicubby nieceku yang comei. Husna aka Nana...cantik tak gigi saya...?
 My nieces and nephew, Aina, Nana and Amin...geram nak cium-cium..

My only abang and family. Ustaz Mohamad..
My only kakak and family.


Me and my 2 bujangan...

My sister, nombor 4 in family with her family. 
 My sister's family in purple. Si adik nombor 5...:)

My sixth sister and hubby. The only daughter (at the moment) Husna aka Nana, not in this picture.

My only adik lelaki. Sijejaka idaman Malaya...hahaha...

Si bongsu, single and available. Hahaha...misi aka nurse yang penuh dedikasi dan kuat semangat berbanding dengan saiz badan yang kecik. Wa caya lu...
Seronok dan tak puas berada di kampung tapi demi memenuhi tuntutan hidup, bandaraya KL terpaksa kujejaki lagi. Petang Rabu kami selamat tiba di KD. Siabang sibuk nak beraya dengan kawan2 dan juga keluarga arwah ayahnya di sini perlu diziarahi juga sebelum balik ke Kulim. Pagi Jumaat, bawak anak2 ku menziarahi pusara arwah ayah mereka di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Semoga rohnya tenang di sana, dicucuri rahmat olehNya dengan doa kedua-dua anakku. Aminn....Al-fatihah...

No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...