May 4, 2017

HCMC, Vietnam - City Tour

Assalamualaikum.

Sambungan kisah HCMC, Vietnam

Day 2 - Waktu Vietnam adalah lewat sejam dari Msia dan subuhnya seawal pukul 5 pagi. Pagi ini terjaga dalam pukol 6 camtu tengok kat luar matahari dah terik memancar. Melompat lah bangun bersubuh gajah. Allahuakbar culture shock betul 😁
Langit pagi HCMC dari tingkap hotel
Keluar breakfast pada jam 8 pagi. Actually kat hotel ada provide breakfast tapi memandangkan status kehalalannya yang diragui, of cos tak berani nak makan. Boleh jer nak makan roti, susu, cereal dan fruits. Saya rembat pisangnya sahaja buat bekalan nak berjalan kot2 kelaparan dalam perjalanan. Almaklum, orang tua perlu banyak energy. Ada yang kata, masih terlalu awal untuk merasai diri tua, tapi bagi saya merasa tua adalah satu terapi untuk kita 'sedar diri', terapi pada hati dan jiwa. InsyaAllah dengan rasa sedar diri kita tahu tahap, batas2 dan level yang sepatutnya kita berada. Setuju tak?

Sebelah hotel kami stay ni pun ada spa 💆 tapi takde la rasa nak pergi pulak

Ini adalah deretan Restoren halal di Jalan Nguyen An Ninh ataupun Malaysia Street. Semua Restoren tu same row jer, to name a few cam Hjh Basiroh, Hj Osman, Restoren Aysah dan Kg Melayu. Restoren 1 Malaysia Musa Kariem pun ada kat sini. Yang kerap kami pergi beli kopi dan roti ayam ialah Hj Osman tu. Hjh Basiroh tak masuk langsung, Aysah makanan dia agak manis dan Musa Kariem tu so so jer. Selain daripada tu kami ke Saigon Greenhouse.

Selesai breakfast balik ke Hotel untuk ke City Tour pada jam 9.30am. Tour guide kami, John sudah bersedia dengan basnya. Hari ke 2 ini kami akan explore tempat2, bangunan2 menarik kat HCMC. Actually kalau baca blog2 travellers, tempat2 tu semua boleh dicover dengan berjalan kaki sahaja pada yang rajin, sihat dan cergas, Mana2 lah ikut kemampuan masing2. Transport dah ada depan mata buat ape nak meyusahkan diri, yer dak? 😃..kena simpan tenaga untuk 2 hari lagi.

 Bas dah sampai jom kita
Our tour guide, John. Dia ni chinese vietnam. Can speak english very well dan petah berbicara. Lupa nak tanya dia berapa lama dia kerja sebagai tourist guide, semua sejarah dia tahu. Letih jugak lah nak layan cerita sejarah Vietnam.😊
First stop ke sini. Independance palace/Reunification palace. Cabaran betul nak kena naik tangga setingkat demi setingkat sambil mendengar cerita si John ni. Sesapa yang nak tahu pasal sejarah perang Vietnam dulu sila lah gugel yer...nak bercerita kat sini kan jadi blog cerita sejarah pulak. Istana ini masih lagi dipelihara dengan baik. Entrance fees not sure pulak berapa kerana John yang belikan tiket kami. Berjaya lah jugak cover satu Palace (PALAS-sebutan John) ni sampai ke tingkat paling atas. Pastu turun lagi ke bahagian dapur, war room, fax room dan lain2 lah.


Pandangan dari tingkat paling atas, sampai atas ni baru boleh menarik nafas lega. Nak tercabut rasa lutut weih..
Pandangan dari dalam istana dengan berbagai-bagai jenis dewan. Tak ingat satu persatu dewan2 ni. Dah tak boleh hadam cerita si John dengan cuaca yang panas dan peluh yang merecik2...betul2 execise kat sini. Penat amat









Destinasi seterusnya ke Norte Dame Cathedral, Saigon. Tak jauh pun dari Independance Palace tu. Macam wajib pulak ke sini kalau ke HCMC kan. Ini adalah sebuah church katolik senibina Perancis. Bergambar ala kadar sekeping dua, jom ke seberang jalan ke Central Post Office.
Dari pandangan depan
Nak melintas ke seberang sana, tidak lah susah seperti yang digambarkan. Macam takde kenderaan lalu lalang pulak kat sini. Nun di seberang jalan adalah Central Post Office Saigon yang popular tu. Kalau ke HCMC memang wajib bergambar di dalam Post Office ni kan.
Central Post Office @ Saigon

Kat sini boleh beli berbagai souvenier, nak beli poskad dan poskan pada diri sendiri pun boleh. Cam saya buat ni...🙋..selepas 2 minggu balik Malaysia baru lah dia hadir ke dalam letter boxku...saje la suka2 kan, nak harapkan vietnamese hantar tak de la pulak kawan kat sini.


Senibina dalaman yang cantik. Ramai betul orang waktu ni, lama jugak lepak sini sebelum bergerak ke Restoren untuk lunch. Dapat lah cover 3 tempat untuk setengah hari, tour bersambung lagi selepas balik hotel, solat dan keluar semula pada pukul 2.30 petang. Group lunch 😋 at Saigon Green House nearby our hotel. Lepas makan menapak balik ke hotel. Seronok walaupun penat
2.30 petang trip bersambung ke destinasi seterusnya, WAR Remnants Museum. Tak banyak la pulak gambar kat Museum ni. Sampai sini dah lemau dan cam tak bersemangat aje, tapi bila baca kesah2 sedih pada gambar2 yang dipamerkan, sebak gak rasa hati. Kejam betul perang ni kan? Nak ambik gambar pun dah hilang mood. Layan jer la beberapa keping yang ada.



Selesai di Muzeum kami gerak ke Saigon Opera House. Tiada apa yang menarik pun, sekadar tengok dari luar sahaja. Lain la kalau boleh masuk dan tengok show dalam tu.
 @ Saigon Opera House. Tak boleh masuk pun, sekadar tengok dan berswafoto jer
 LV, anyone?
@ Dataran City Hall, tak singgah pun, lalu sahaja. 
Random photos of HCMC

Nampak bersih sungai ni dari pandangan dalam bas. 
Saigon Bandaraya motorsikal. Pandangan biasa di bandar HCMC. Wondering berapa juta motorsikal on the road ni apalagi time peak hours.
 Dah abis city tour, bas dropkan kitaorang kat CBT. Time to jamu mata dan shopping.

END of Day 2

p/s Kualiti gambar ada yg ok ada yg tak OK, ada yang guna Gopro, ada yang pakai Lense hphone dan selebihnya pakai HP cap ayam jer.


No comments:

Featured Post

Shopping apa di HCMC, Vietnam

Assalamualaikum Wahh😄 tajuk cam banyak sangat shopping. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya bukanlah kaki shopping. Shopping sou...