May 23, 2017

JJCM Hari Ibu

Assalamualaikum

Unplanned trip, trip sempoi2 giler. Unplanned kerana pada asalnya nak jalan dekat2 sahaja. Konon nak ke Kuala Selangor mencari mee udang banjir, langsung ke Sekinchan berposing di sawah bendang. Rupanya kita hanya merancang, tiba di pertengahan jalan, lain pulak di fikiran. Kata sepakat dicapai moh aje la kiter, sesekali buat kerja giler

Sempoi kerana masing2 bersehelai sepinggang, dah malas nak berpatah balik ke KD dari Kuala Selangor. Nasib baik baju budak kecik tu dibawak mamanya, pampersnya juga, susu segala. Yang kami orang2 tua ni bawak telekung sepasang sorang (kes lebih selesa guna telekung sendiri - bajet baik di situ) dalam beg masing2. Dah nama pun unplanned, mana terpikir nak bawak baju dan kain, kan? Demi bonda tercinta, ku korbankan segalanya. Chewwahh...sempena mothers day juga, asalkan bonda happy dapat jalan2...itu sudah cukup membahagiakan. Tentang kain baju tu tolak tepi, janji kocek ada money, kat mane2 pun boleh beli.

Alhamdulillah...


Naik ke Bukit Malawati ni bila anak menakan berdua tu nak tengok monyet tapi monyet menyembunyikan diri pulak pada hari ni. Baru nak berkenal-kenalan, malu agaknya mereka, takde pulak diorang melepak kat tempat biasa tu. Terpaksa lah cari diorang bergayut kat bawah pokok sana.
Wajib berphoto rumah api Bukit Malawati ni
Jumaat ni InsyaAllah depe teropong anak bulan Ramadan kat sini. Muzium Sejarah pun dibuka pada hari tu tapi takde la kami masuk.

Turun dari Bukit Malawati perjalanan diteruskan ke Tanjung Karang and Sekinchan. Singgah di Pantai Redang, time ni belum decide lagi nak ke Penang. Keluar dari Pantai Redang baru lah terpacul idea nak ke Penang. So teruskan perjalanan melalui jalan lama, Sungai Besar, Sabak Bernam, Bagan Datoh dan sampai lah ke Teluk Intan. Wahhh...betul2 pusing Selangor dan Perak ni. Nak exit keluar hiway ntah kenapa tak jumpa2 mane exitnya...haha...teruskan perjalanan ke Bidor dan kemudian masuk Tapah. Dah sampai Tapah cam berbelah bahagi la pulak, nak naik CH ke atau teruskan perjalanan ke Penang. Semua nak p Penang, muktamad so Exit PLUS dan dengan selesanya meneruskan perjalanan ke Penang. Boleh tahan jauh route kami tapi enjoy jer. Mentang2 bukan aku jadi drebar kan, sedap lah mulut bercakap...hehee...
Tak dapat mee udang banjir dapat mee rebus Mastan Ghani pun jadi lah. Tapi kali ini taste dia dah kureng sikit lah. Mungkin terlebih masin pada lidah aku. Teruskan perjalanan sambil riki2 bajet hotel sekitar Georgetown. Memandangkan trip ini adalah trip JJCM so kalau boleh nak stay area town sahaja. Tak nak hotel area Tanjung Tokong atau Batu Feringgi. Tengok booking.com a few hotel bajet tapi semua rates below 100 dah penuh. Call a few hotel pun sama jugak so last choice decided to call Tune Hotel. Dapat rate RM87 untuk satu bilik, queen bed, semua includes except entertainment. Memang bilik ni takde TV dan sempit tapi masih ada ruang untuk solat. OK la, what do you expect kan? Lagipun sampai Penang dah malam, yang penting malam itu aku dan bonda dapat tidur dengan nyenyak, terjaga aje dah jam 5.30 pagi. Alhamdulillah 

Tune ni memang kurang popular dikalangan travellers. Tiada hotel yang terlampau berkira selain daripada Tune ni. Serba serbi nak kena bayar, nak bagi air mineral kecik sebotol pun jangan mimpi. Semua kena keluar duit sendiri yer..
View bila masuk bilik


Lepas maghrib kami keluar makan ke Disco Pasembur kat Gurney Drive ni. Second time makan pasemboq dia, serius terbaik. Sedapnya, tak cukup banyak tu untuk share 5 orang. Rasa nak tapau bawak balik tapi pujuk anak tekak supaya bersabar. Makan char kuey tiaw jugak di sini. Terbaik...
Disco pasemboq...ermmm...menitik ayaq liuq kami. Lepas makan kami ke Tesco untuk cari barang keperluan yang dirasakan perlu. hehehe....maklum la...trip sehelai sepinggang gitu..
Morning view dari tingkap Tune Hotel. Boleh nampak Komtar dengan jelas, hujan di pagi hari, hujan rahmat, Alhamdulillah. Nasib baik hujan berhenti boleh la berjalan2, kalau tak rugi mai Penang tak dapat gi mana.
Transfer road. Dah lama kepingin nak breakfast kat sini. Tengok pulak Syatilla Melvin dalam Taste Selebriti lagi la membuak2 keinginan tu. Boleh la dikasi 3 bintang untuk roti canai ayam tu. Biasa sahaja pada anak tekak saya ini. Harga roti canai dah boleh beli makanan untuk lunch. Tidak memenuhi seleraku...lain orang lain kesukaan dan selera kan? Namun syukurlah, merasa la jugak sarapan di Transfer Road. Total breakfast RM39. 
Inilah rupa roti canai ayam sambal tu. Sekali makan cukup lah, lepas ni harap tak teringin lagi. Jauh nak datang kot...hehehe..tidak untuk ke dua kalinya. Lenkali kalau ke sini lagi kita try roti bakar telur goyang pulak yer..

Menapak ke kedai jeruk di depan IPK, nak cross jalan kat sini leh tahan hazabnya. Pasar Chowrasta dah berwajah baru.
Jeruk tempayan? Camane tu? dah macam budu pulak ni peram dalam tempayan
Uncle buah berangan masih lagi di sini.
Dulu kat sini Nasir jeruk, ini pulak kedai baru beberapa bulan beroperasi, katanya. Jeruk kat sini pun boleh tahan jugak. Selain jeruk dia menjual muruku, kerepek dan macam2 la kudap2. Tapi bila mintak kurang, katanya dia pekerja aje, dia bukan boss so tak boleh bagi kurang. Adoiii...Jangan tanya kenapa kami tak beli jeruk yang fofular tu, ini kerana harganya beza lebih kurang 5 ringgit sekilo dengan kedai biasa ni. Lagipun jeruk tu boleh dapat dengan mudah di mana2 di Selangor sekarang. Alang2 datang ke negeri jeruk dan nak borong banyak better cari tempat yang lebih murah dan buahnya pun segar dan sedap. Yang penting ianya halal dan pengusahanya adalah muslim. 

Samosa sebelah IPK ni pun dapat jugak kali ini. Alhamdulillah tapi sayang masa beli ni, samosa tu dah sejuk, tak panas dan tak fresh from kuali. Bila makan pun kick kerangupannya pun dah tak ada, liat semacam jer...ermmm....banyak komplain betul kan? Tapi syukur alhamdulillah...semua dimakan habis lincing, tak membazir pun. Rasa intinya tetap menten, sedap. Usai membeli jeruk kami jalan2 terokai Penang, ke Bukit Bendera, Batu Feringgi dan dan Teluk Bahang.
 Kami ke sini di Teluk Bahang.
 Teluk Bahang Dam di depan ni sahaja. Jakun kejap tengok Dam. haha..

Masa on the way balik, singgah Kuala Sepetang, elok sampai dah waktu Asar. Tumpang solat jamak di Surau kat area mi udang mak jah ni. Motip ke sini of cos la nak makan mee udang, ada orang tu lama sangat dah mengidam nak makan mi udang mak jah. Tak dapat mee udang banjir, mee udang mak jah jadi galang gantinya...haha..Ku belasah nasi goreng udang kerana waktu tu memang lapar nasi, maklum pagi makan sekeping roti canai ayam sambal jer mana nak cukup..hehe...

Alhamdulillah trip JJCM ke Penang bersama mok TERBAIK. Walaupun kocek hampir2 kosong tapi demi mok, InsyaAllah, Allah akan mengurniakan rezeki lebih pada anak2mu dalam berbagai bentuk dan cara. Aaminn...janji mok happy dan bahagia. Alhamdulillah, TQ Allah. Sesekali trip mengejut begini happening jugak. 




No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...