April 26, 2017

HCMC, Vietnam - Part 1

Assalamualaikum...

Salam sayang untuk semua readers, Alhamdulillah, dalam diam ramai jugak yang visit blog picisanku ini...pageviews bertambah dari sehari ke sehari...tak sangka ada juga insan yang sudi menjenguk dan membaca, berblog bukan untuk buat duit atau keuntungan, sekadar berkongsi dan simpan segala kenangan manis, yang manis2 sahaja, yang pahit maung simpan untuk diri sendiri.

Ok la...semoga semua baik2 sahaja hari ini...Aamin YRA.

Nak cerita pasal trip ke HCMC, Vietnam atau nama lamanya Saigon. Trip ke HCMC ni pada 12hb-15hb April yang lepas. Trip selama 4h3m ini mengikut company trip anak bujang. Syukur segalanya ditanggung dan disponsor oleh bosses anak bujang. Kuhanya bawak badan dan pocket money sahaja. Rezeki yang tak disangka-sangka, macam menang lucky draw pun ada. Syukur dapat menjejakkan kaki ke bumi Vietnam, tak pernah ada dalam wish list pun, maklum tempat2 ala Bandung atau tempat2 shopping sakan ni kurang menarik minat sikit. Saya bukanlah kaki gila shopping. Saya lagi prefer sight-seeing sahaja, lagipun orang yang jarang2, kadang2 sahaja ke oversea cam saya ni mesti ada wish list yang lebih gempak, tapi 'wish list' aje lah, bila nak sampai pun tak tahu. Berangan aje la...berangan yang tak perlukan duit, yer tak?.
Ini adalah note matawang Vietnam iaitu Dong ataupun VND. Tu aje lah yang tinggal saki baki yang masih ada yang di bawak balik ke Malaysia. Masa nak ke sana ada jugak la bertanya pada kawan2 yang baru aje seminggu lebih awal ke sana so info tu agak up to date la. Tukar duit MYR ke VND dalam 2 juta sahaja = RM395. 1 juta VND kurang lebih RM200 duit kita la. Dong biasa guna untuk makan dan jugak transport, teksi atau bas, dan duit ringgit adalah diterima sepenuhnya di dalam Cho Ben Thanh (CBT) untuk shopping. Senang dan lebih untung guna duit RM instead of Dong tak perlu nak pening2 kepala convert bagai. Biasa diorang akan tanya dulu nak guna ringgit atau dong dan terpulang lah pada masing2. 


Geeting ready dengan benda alah untuk ambik gambar la sangat konon, macam la photographer lagaknya tapi banyak gambar yang diambil guna handphone jer. Buat berat handbang aje
Nak jugak ambik gambar buku merah and boarding pass ni, flight pada pukul 5.50pm. On time berlepas, Alhamdulillah

Langit senja Vietnam, flight smooth Alhamdulillah.  Ada cerita best gak dalam flight, siap dapat peanut (kacang MAS yg sedap sangat tu) free sepeket besar dari steward and coke light setin dari stewardess...hahaha...sweet sangat diorang. Reached Tan Soon Nhat Airport after 2 hours 

Urusan imigresen berjalan lancar dan mudah, walaupun mereka itu muka takda senyum, macam tak welcome jer orang pergi negara diorang. Patutnya say thank you tau! hehe...Sampai je terus grab sim card dulu, kot2 nanti urgent tiba2 nak pakai data. Macam2 line ada jual pilih aje yang berkenan di hati, harga pun kurang lebih sama sahaja. Saya grab jer Mobifone ni untuk data sahaja, unlimited data katanya, last for a month, harga kalau tak silap VND200=RM40. Tapi rasanya selama 4 hari tu, sikit aje data yang guna pun, Wifi hotel pun dah berdesup lajunya. Expired sim card ni pada 12 May ni, so sesapa yang nak gi Vietnam dalam masa terdekat, yang nak sim card for free, boleh la pm tepi yer.
On the way to hotel, macam culture shock pulak tengok motor2 yang berlumba dan bertebaran di jalan raya. Kitaorang pulak yang naik risau tengok cara diorang bawak motor dan traffic diorang, hebat betul, perlu kemahiran yang tinggi untuk drive di HCMC. Sabar dan tolak ansur perlu tebal dalam dada
Bestnya bila dah sampai hotel, tengok bilik luas dan selesa pulak tu. Tapi perut berkeroncong sudah tentu mintak diisi. Lepas mandi dan solat, terus keluar dengan anak-anak yang seramai 9 orang tu, tiba2 ramai anak kan...? dah join group orang2 muda, harus lah diri orang yang paling tua dan berprestij. Hahaha...seronok diorang ni semua, peramah dan baik semuanya. Alhamdulillah, ibu mana tak seronok bila tengok anak dikelilingi oleh sahabat2 yang baik, kan? 
Sunflower Hotel, HCMC

Katil triplet, besar dan selesa

TV memang tak tengok sangat. Masa terlalu terhad dan masalah bahasa. 

Bantal yang empuk. 3 malam di sini, dan setiap hari diorang kemas bilik. Housekeeping bagus, barang2 kita satu pun tak diusik

Masuk bathroom tolong turunkan blind tu yer

Bilik air yang bersih 

Bath towel and face towel




hairdryer

Fridge pun ada. Dapat lah simpan minuman dalam tu. Cuaca Vietnam panas betul so banyak sangat minum air sejuk

Salah satu Restoren halal area Hotel Sunflower tapi harga foods agak mahal  

Dah aim dari Msia lagi nak ke Restoren ni, Pho (Fer) dia sedap giler, hari2 makan pun tak jemu, kedai makan yang paling murah among the others. Semangkuk Pho VND50,000 atau RM10. Chicken Banh Mi (kupanggil subway saigon) kat sini pun sedap, kopi vietnam pun kaw, RM3 segelas...ermmm rindunya 3 jenis makanan ni
The Menus

Ni la Chicken Pho yang sedap tu, makan bersama ulam ulaman tapi takde sape pun makan ulam2 tu

Ada Pho Dagin dan Pho ayam, sedapnya sup dia tu, pedas menyengat bila makan dengan cili dia

Spring roll ni pun OK la tapi tak boleh diterima oleh anak tekak. Rice paper wrap dia tu chewy2 dan a bit keras, dah macam kunyah plastik la pulak (jgn marah vietnamese). Pastu vegetables kat dalam tu ada daun mint kuat betul rasa dan bila nak makan daun tu yang dikeluarkan dulu. Tak pernah makan before saje beli untuk try. Tidak memenuhi piawaian anak tekak melayu kami

Kalau ke Malaysian street pasti akan bertemu akak jual kopi best Vietnam ni. Tapi sorry la kak, tak berkesempatan pulak nak beli cos asyik beli kopi kat Restoren jer, rasa kurang lebih sama jer kot. Tapi malam sebelum balik Msia sempat lah beli 2 paket kopi dengan dia. Harga RM10 sepeket. Balik rumah bancuh sendiri tapi tetap tak boleh lawan kesedapan kopi di sini. 
Ni lah kopi RM10 sepeket. Kalau tengok kat lazada harga Rm40 lebih camtu. So sape2 penggemar kopi, borong la banyak2 kalau ke Vietnam. Sedap diminum sejuk. Lepas dinner sempat lagi ke Pasar malam depan CBT tu, saje jamu2 mata dulu. Shopping belum lagi pasal penat tak boleh nak berfikir nak beli apa...haha...balik hotel and tidur. Look forward untuk tour esok.

END of Day 1



No comments:

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...