May 25, 2017

Shopping apa di HCMC, Vietnam

Assalamualaikum

Wahh😄 tajuk cam banyak sangat shopping. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya bukanlah kaki shopping. Shopping souvenirs dan telekong kiriman kawan sahaja. Tak banyak pun, luggage 30kg baru 14kg yang diguna.😌 Bukan nak tayang atau riak sombong, barang2 Vietnam jer kot, bukan emas perak intan berlian yer. Letak jugak di sini untuk kenangan sahaja.

English cotton ke apa cotton ke tak beli langsung, beli 3 mtrs kain lycra aje kat CBT. RM13 semeter. Memang murah, kalau kat Jakel...ermmmmm...
Telekong lace tu RM40 sahaja di Msian Street. So beli 5 pasang  
Tudung naelofar (hehe) 5 helai shj. Rm15 sehelai untuk label besi. 
Beg Vietnam besar tu RM10 satu, beli kat pasar malam depan CBT. Beli 3 sahaja. 
Tshirt Hard Rock Cafe utk anak2 buah kecik, 5 helai RM10 sehelai
Tshirt dewasa 4 helai. 
haa details u...selebihnya beli coin purse vietnam, pouch vietnam, FM...souveniers untuk mereka yang direzekikan menerimanya. Small token aje
Lotus seed - RM70 sekilo, beli sekilo sahaja. Oh yer lupa pulak pada kopi Ooze yang sedap tu. Yang tu rembat 2 paket aje, RM10 sepeket.
Beg Deuter tu (bagpackers bag) siabang beli untuk siadik dan Kipling untuk siibu ni. Masa tu ibu tak ikut dia keluar dengan kawan2. Harga not sure berapa. dan beg north face 2 bijik, tiada dalam gambar
Yang ni semua pink. Sayang sangat nak let go pada sesapa, kalau boleh nak simpan untuk diri sendiri jer. Tapi bila balik KL banyak la pulak yang terlepas pandang, so terpaksa lah ku korbankan apa yang kusukai ini. Takper la...silaturahim dan hati mereka lebih penting dan perlu kujaga.

Total kerabakan poket di HCMC, tidak dapat dikesan. 


No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...