May 17, 2017

HCMC, Vietnam - Chu Chi Tunnel and Mekong Delta tour

Assalamualaikum

Sambungan jalan2 di HCMC, Vietnam

Day 3 - Hari ni bersemangat sangat bangun pagi, dah bersiap nak solat subuh, anak bujang kata waktu subuh belum masuk lagi la bu...hahaha...lucu pun ada ibu ni, ini kes excited/teruja dan pada masa yang sama risau sangat untuk join tour hari ni. Hari ni tour akan bermula seawal jam 7.30 pagi. Kenapa risau? cos lutut yang tak berapa sihat. Lutut dah bengkak dari Malaysia lagi, sebelum follow trip lagi, dah jumpa doktor, dibagi ubat makan dan sapu. Lepas tu Ok dan take for granted takde la bawak ubat ke Vietnam. Gara2 city tour semalam yang belasah berjalan dan memanjat tangga, makanya bertambah la bengkak dan sakit lututku. Balik dari tour semalam sempat singgah Farmasi di Msian Street untuk beli koyok. Phamacist tu nak bagi ubat makan, aku pulak reluctant, mintak koyok ajelah. Dan suprisingly, harga 2 koyok tu hanya Dong 35,000. Murahkan? tak sampai 5 ringgit.

Light breakfast aje kat hotel, makan roti dan cereal sahaja. Bekalan pisang jangan dilupa. Hehe...seawal 7.30 pagi John dan basnya sampai, Keluar time peak hours dapatlah melihat rakyat HCMC yang berpusu pusu bermotosikal untuk ke tempat kerja. Kalau kita selalu mengeluh, merungut jalan jem la (saya dah lama tidak terjebak dalam jem sejak naik MRT), tempat kerja jauh la, penat lah, tengok lah mereka, rasanya mereka lagi susah dan 'seksa' daripada kita. Tang jalan yang takde traffic light tu kenalah hati kering untuk mencilok2. Mengadap jalanraya yang berjuta motosikal di atasnya, gerun gak menengoknya tapi bak kata orang alah bisa, tegal biasa. Yer dak? 

Trip kali ni adalah whole day trip, half day ke Chu Chi Tunnel pada sebelah pagi dan pada petangnya akan ke Mekong Delta. Kami mulakan perjalanan ke Chu Chi Tunnel, boleh tahan jugak jauhnya dari HCMC, dekat 2 jam jugak. Waktu pagi tidak lah terlalu panas untuk berjalan dan meneroka di dalam 'hutan' dan melihat terowong bawah tanah tinggalan zaman perang Vietnam dulu. Memang dari Malaysia lagi aku teruja gila nak gi sini, tak tahu la nape, hehe...
Singgah di sini dahulu on the way ke Chu Chi Tunnel. Barangan kraf yang dihasilkan oleh OKU, antara bahan2 yang digunakan adalah kulit telur. Kagum dengan kebolehan dan ketelitian mereka menghasilkan sesuatu barang kraf tapi harga semua boleh tercekik aku tengok. Memang diluar kemampuan rakyat marhaen cam aku ni, tengok aje boleh la, nak pegang pun takut. Kang tak pasal, once broken consider sold. Hehe...







Sampai Chu Chi Tunnel tak banyak la sangat ambik gambar. Cam takde mood pun ada. Penat layan berjalan sambil dengar sejarah perang dari John. Atas tu salah satu terowong yang anda boleh cuba masuk kalau berminat. Tawaran dibuka untuk mereka yang berbadan melidi sahaja, yang saiz2 Viet Kong dan gerila2 nya. Kalau saiz besar maaf lah, kang tak pasal lekat kat dalam tu tak boleh keluar. Tak dapat keluar alamatnya kena tinggal la tak boleh balik Malaysia...hahaha...

Semangat betul John ni, kalau jadi cikgu mesti murid cepat hadam apa yang diajar. hehe..

Ni pulak berbagai jenis jerangkap samar yang ada pada masa tu. Kecut la jugak tentera US kan. Bila cik abang tu tunjuk demo satu persatu jerangkap samar tu, eeeii seram jugak nengoknya. Tak dapat bayangkan camana lah waktu tu. Banyak tentera US terkorban kerana jerangkap samar ni
Kat sini ada cafe dan tempat menembak. Not sure la pulak bayar berapa semata2 untuk menembak, naik seriyau dengar bunyi tembakan tu. Macam2 la kan,





Perjalanan dari Chu Chi Tunnel ke Mekong Delta pun ambik masa yang agak lama. Rasanya dekat 2 jam lebih kot. Jalan kampung dan berbatu2, hazab betul naik kematu buntut. Bila dah masuk hiway baru la lega. First stop kami berhenti makan di Masjid ini dahulu. Pakej halal food, lauk pauknya sedap2, betul2 macam masakan kampung. Lepas makan solat Jamak dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Mekong Delta.
Gambar lain tak ada, ni aje gambar yang ada. Selebihnya masing2 melayan penat. No wonder Mekong Delta tour ni biasa orang ambik full day tour. Perjalanan jauh dan masa banyak terbuang di jalan raya sahaja. Kalau half day tour its a bit rushing dan tak banyak pulau yang boat tu bawak, Hanya satu Pulau sahaja. But Ok la daripada takde kan. Alhamdulillah..





Balik dari seharian tour kami ke sini untuk malam terakhir untuk shopping di pasar malam di depan CBT. Kali ni betul2 spend duit dan abiskan sisa2 dong (w/pun tak jugak habis). Banyak gak souveniers yang kurembat untuk insan2 yang terpilih. Hahaha...main pilih2 lak? Of cossss...
Buah-buahan ni 3 paket 10 hinggit. Aku suka sangat terutama sekali buah mangga. Manis dan besar2 pulak tu. Tapi aku basuh dulu buah tu sebelum makan, confident la sikit kan.
Dedulu selalu dapat makan lotus seed ni, FOC je. Time tu adik ipar kerja dekat Vietnam, tiap kali balik KL mesti buah tangan lotus seed dengan cashew nut. Bukan sikit di bagi kat kami, kenyang la makan. Tak sangka pulak mahal bebeno biji buah teratai ni yer, sekilo RM70 kot...sayang betui nak keluar duit tapi dah teringin sangat pejam mata aje ler.

Penat bershopping, moh balik hotel. Esok sempat lagi sambung shopping kerana flight balik KL pukol 7.30 ptg. 
Simpan tenaga untuk esok. Lutut pun bertambah OK, Alhamdulillah.























No comments:

Featured Post

Shopping apa di HCMC, Vietnam

Assalamualaikum Wahh😄 tajuk cam banyak sangat shopping. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya bukanlah kaki shopping. Shopping sou...