May 19, 2017

HCMC - Last day di HCMC, Vietnam

Assalamualaikum

Salam Jumaat.

Last day at HCMC tak banyak aktiviti yang dibuat. Nak ke CBT pun dah takde mood sebab dah packing semua dan beg pun dah beranak pinak. Keluar breakfast dan balik hotel, boleh terlelap sekejap sambung tidur. Anak bujang ketuk pintu kelang kabut nak check out. Check out pada jam 12pm, tinggalkan luggage di area receptionist, lepak sekejap di Lobby dan keluar lunch ke Saigon Green house.๐Ÿ˜

Harga kat sini memang sedikit mahal compared to other halal Restaurants tapi kerana malas nak menapak ke Malaysian Street dan ini aje yang dekat, kami makan kat sini sahaja.
 Nasi paprik katanya. Ermm belasah aje lah dah kelaparan. Pagi pun light breakfast aje

Saje nak tunjuk gambar roti ayam yang sedap ni. Masih terasa keenakan roti ayam ni. Mana nak cari erk kat PJ ni? Agaknya Vietnam restoren mesti ada kan๐Ÿ‘€
Banyak masa terbuang camtu jer, lepak kat Hotel selepas check out, menunggu jam 3.45pm untuk ke Airport. Flight balik adalah pukol 7.30pm. Seharian tanpa aktiviti apa2, masing2 dah kepenatan dan mungkin kocek pun dah kering so tak terfikir pulak untuk ambik teksi kemana-mana. So lepak aje lah kat lobby hotel, nasib baik hotel ni jenis tak kisah kami duk berkumpul kat lobby diorang. Kalau tak mana nak lepak tak tahu lah. Yang paling terasa cuak sedikit bila takde tempat untuk solat. Terpaksa ke bahagian basement hotel, tempat staff diorang parking motor dan kereta dan ada satu toilet di situ. Tapi tempat tu dijaga bersih dan besar tempatnya. Selamba aje la solat kat situ, walaupun ada CCTV tengah memerhati. dah tak peduli dah, janji dapat jamak Zohor Asar sebelum ke Airport.

4.30 pm dah berada kat Tan Son Nhat Airport, kaunter check in pun belum bukak lagi. Lepak2 sambil menengok kapal terbang naik ke angkasa. Pemandangan senja⛅⛅ yang indah di airport. ✈✈✈

Cantik kan orkid ni. Ni orkid betul yer bukan orkid tipu. Bunga orkid ni banyak di Airport Vietnam ni. 

Berakhirlah kisah di HCMC. Kalau ditanya nak repeat lagi tak ke sini, rasanya tidak kot. Cukup lah sekali, lagipun ai bukanlah antu shopping. InsyaAllah murah rezeki kita ke lain destinasi pulak. Bila dan kemana, aku pun tak tahu nak jawab. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. InsyaAllah....aamin

No comments:

Featured Post

Shopping apa di HCMC, Vietnam

Assalamualaikum Wahh๐Ÿ˜„ tajuk cam banyak sangat shopping. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya bukanlah kaki shopping. Shopping sou...