January 19, 2011

Puding Marble




Memuding lak kiter...tingat kt susu cair lebihan buat kuey bakar smlam kt dlm fridge. Kalo tk guna susu tu, dlam 2,3 ari mesti bertukar jadi pekat dan masam...so dari susu tu dicurahkan dlam sink, baik curah kat dalam peyyut...tu yg tinggat kt resepi puding dari umah hanamemories nih...bahan2 lain mmng sentiasa ade kt umah...so ape tunggu lagi...projek on je la...

Puding Marble

• 1 paket agar2 serbuk (10 gm)
• 675 ml air
• 225 gm gula pasir
• 65 gm butter
• 4 biji telor saiz sederhana
• 1/2 tin susu cair Carnation
• 1 sudu makan tepung kastad
• 1 sudu makan serbuk koko
• 1 sudu teh esen vanila
• pewarna merah dan kuning

Cara Memasak

Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.

Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas, tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..

3 comments:

Nieza said...

sedap puding ni..mkn tak jemu colour lak menarik...:)

kak Erna said...

SH...cantik..dan dah tentu sedapkan..
teringin nak cuba bakar pandan tu..terima kasih share ye..

SH said...

nieza - mmng sedap, senang nk buat
kak erna - cubalah, tp kurangkan gula sikit yer, sukatan tu rasa cam manis sngt pd tekak sya...

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...