January 11, 2011

Oreo chilled cheese cake




Rupe tk seberapa tapi rasa....hmmmm...yummy...

resepi requested by my sister, ja kt kampung sinun...


Bahan-bahan

Untuk base

sepeket oreo (buang krim)- hancurkan
50g butter - cairkan

Untuk Cheesecake

250g cream cheese ( i guna tartura)
200g whipping cream (tk letak ni, letak fresh milk secawan-pandai2 ubah)
150g yogurt plain (2 nestle yogurt yg harga 1.50 tu)
50g gula
20gm gelatin
60ml air panas

Cara-cara
Hancurkan biskut. Alas loyang dengan aluminium foil supaya senang nak keluarkan.
Tuang mentega ke dalam biskut, kacau. Tuang ke dalam loyang, tekan padat2..simpan jap lam pti ais.
Bancuh gelatin dengan air panas tadi. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
Pukul cream cheese dan gula kembang. Masukkan yogurt dan juga fresh milk (whipping cream). Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin tadi.
tuangkan adunan ke dalam loyang tadi. lapisi dengan biskut oreo dan tuang lagi balance cheese tu...pastu sejukkan di dalam fridge..lepas tu sila la jemput smua makan...kalo ade jiran2 trdekat, bagi la barang sepotong dua...

yer adik...jgn merajuk tau...akak nak text kt tepon malas la dik....tk de kedit...selamat mencuba dan selamat beramal! renung-renungkan...

1 comment:

Nieza said...

salam, tak pe biar rupa tak de tapi mkn sodap!...hehe btw salam kenal dr saya..saya follow..:)

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...